Monday, January 16, 2012

Memahami Makna Bid'ah - 2



Penjelasan Makna Bid’ah Oleh Ulamak Kontemporari
Penerangan Oleh Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani

Realiti kehidupan kita menuntut adanya pembahagian antara bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, “yang menyesatkan”. Semestinya umat Islam mengakui bahawa bid’ah itu ada yang baik dan ada yang sesat atau menyesatkan. Yang demikian itulah yang menjadi tuntutan akal yang cerdas.

Itulah yang ditahkiq atau diakui kebenarannya setelah dilakukan penelitian oleh para ‘ulama’ ushul (fiqh) dari kalangan ‘ulama’ salaf yang soleh, seperti al-‘Izz bin Abdussalam, Imam Nawawi, Imam Suyuthi, Imam Jalaluddin al-Mahalli, dan Ibnu Hajar – rahimahullah Ta`ala.

Hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. – untuk menghindari kesalahfahaman – perlu ditafsiri sebahagiannya dengan sebahagian hadith yang lain, dan diperjelas kesempurnaan arahnya dengan hadith-hadith lainnya. Umat Islam perlu memahami sabda Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan pemahaman yang cermat dan komprehensif, sempurna dan menyeluruh. Jangan sekali-kali memahaminya secara separuh-separuh atau sepotong-sepotong. Ia juga mesti difahami dengan ruh Islam dan sesuai dengan pendapat para ‘ulama` salaf yang soleh.

Di antara contoh hadith yang perlu difahami adalah sabda Nabi Muhammad s.a.w. berikut:
“Setiap bid’ah adalah dhalalah”
Untuk memahami hadith seperti itu, kita mesti mengatakan bahawa yang dimaksud dengan bid’ah dalam hadith tersebut adalah bid`ah sayyia’ah, iaitu bid’ah yang salah dan menyesatkan. Bid’ah yang dimaksud dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. tersebut adalah suatu peribadahan yang tidak didasarkan pada ajaran pokok agama Islam.
Pendekatan yang seperti itu pula yang harus digunakan untuk memahami pelbagai hadith, seperti hadith berikut:

“Tidak ada solat bagi tetangga masjid kecuali (yang dilakukan) di dalam masjid.”
Hadith di atas, meskipun mengandung “pembatasan” (hashr), iaitu menafikan solat dari tetangga masjid, tetapi kandungan umum dari pelbagai hadith lain mengenai solat mengisyaratkan bahawa hadith tersebut perlu difahami dengan suatu qayyid atau pengikat. Maka pengertiannya, tidak ada solat (fardhu) yang sempurna bagi tetangga masjid, kecuali di masjid.

Begitu pula berkenaan dengan hadith Rasulullah s.a.w. di bawah ini:
“Tidak ada solat dengan (tersedianya) makanan.”
Maksudnya, tidak ada solat yang sempurna jika makanan telah tersedia. Seperti itu pula pendekatan yang harus kita gunakan untuk memahami hadith berikut:

“Tidak beriman salah seorang di antaramu kecuali ia mencintai sesuatu untuk saudaranya seperti ia mencintainya untuk (kepentingan) dirinya.”
Begitu juga hadith berikut:

“Demi Allah, tidak beriman; demi Allah tidak beriman; demi Allah tidak beriman.” Ada yang bertanya: “Siapakah itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Orang yang tidak menyelamatkan tetangganya dari gangguannya.”

“Tidak masuk syurga pengadu domba.”Tidak masuk syurga pemutus tali persaudaraan. Tidak masuk syurga orang yang derhaka lepada kedua orang tuanya.”
Menurut para ‘ulama’, yang dimaksud tidak masuk syurga itu adalah tidak masuk secara baik dan utama, atau tidak masuk syurga jika menganggap halal atau boleh melakukan perbuatan munkar seperti itu. Jadi para ‘ulama’ – atau pakar – itu tidak memahami hadith menurut zahirnya; mereka memahaminya melalui takwil.

Maka harus seperti itulah memahami hadith tentang bid’ah. Keumuman kandungan pelbagai hadith serta keadaan dan sikap para sahabat mengesankan bahawa yang dimaksud dengan bid’ah dalam hadith tersebut hanyalah bid’ah sayyia’ah (bid’ah yang jelas-jelas tidak ada landasan pokok dari ajaran Islam); tidak semua bid’ah.
Cubalah kita perhatikan hadith-hadith berikut ini:

“Siapa yang menetapkan suatu kebiasaan (Sunnah) yang baik, maka ia berhak mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sampai hari kiamat…”
“Hendaklah kamu sekalian (mengikuti) Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang cerdik pandai dan mendapat petunjuk…”

Perhatikan juga perkataan Umar bin Khattab r.a. mengenai solat tarawih “Sebaik-baik bid’ah adalah ini.” Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui yang sebenarnya.



“Dia bukanlah seorang Imâm dalam `Ilmu apabila mengikut pandangan yang ganjil/terpencil (shâdhdh) (`Abdul-Rahmân ibn Mahdî).

Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui

Komentar penterjemah tulisan Sheikh Gibril Fouâd Haddâd
• Jelas sekali berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan di atas membuktikan bahawa para ulama’ di kalangan empat Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah, secara majoritinya, (manakala ijma’ di kalangan ulama Mazhab Shafi’e) telah menerima pembahagian bahawa di sana ada dua bentuk bid‘ah, iaitu yang ‘baik’(hasanah) dan yang ‘buruk’ (sayyi’ah/dalalah). Ini sekaligus menolak pandangan ganjil dan keseorangan (shadhdh) Imam al-Shatibi dalam I’tisomnya, yang menentang pembahagian bid’ah
sedemikian, dan juga pandangan mereka yang bersamanya yang mendakwa semua ‘perkara baharu’ itu bid‘ah sesat (bid‘ah d{alalah/sayyi‘ah) belaka.

• Adapun mereka yang mengemukakan hujah-hujah para Imam Mazhab dan imam-imam besar lain yang kononnya menolak dan menentang amalan yang dikatakan “bid‘ah”, penolakan para Imam itu sebenarnya adalah terhadap bid‘ah dalalah, iaitu bid‘ah yang bertentangan dengan Shari‘at, kerana para imam-imam ini dalam masa yang sama di tempat yang lain jelas sekali mengakui dan menerima wujudnya dua kategori bid‘ah: baik dan buruk.

• Dakwaan bahawa kalimah “bid‘ah” yang diungkapkan oleh Saidina Umar r.a. hanya bermaksud ‘bid‘ah dari segi bahasa’, dan justeru itu sekalian para ulama telah tersilap faham merupakan suatu tanggapan memperlekehkan keilmuan dan kepakaran bahasa para ulama’ besar seperti Imam Shafi’e, Imam al-Ghazali, Imam al-Izz dan lain-lain, seolah-olah mereka ini jahil tidak tahu membezakan antara ‘bid ‘ah dari segi bahasa’ dan ‘bid‘ah dari segi syarak’. Imam Mazhab, Mujtahid Mutlaq, Hujjatul Islam, Sheikhul Islam dan Sultan al-‘Ulama’ adalah antara gelaran-gelaran yang diberikan
terhadap para ulama ini sudah cukup menggambarkan kehebatan keilmuan dan kewibawaan mereka.

Perlu kita akui bahawa para ulama’ silam teramat mengerti dan arif apa yang dimaksudkan oleh Saidina Umar r.a. dengan ungkapan kalimah “bid‘ah” itu . Mereka juga tahu dan amat mengerti bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri pernah melakukan Solat Terawih secara berjemaah untuk dua malam pertama di bulan Ramadhan sepertimana Hadith Aisyah r.a. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Namun mereka tetap menggunakan hujah perlakuan Saidina Umar itu untuk mengatakan bahawa di sana ada bid‘ah hasanah dan bid‘ah d}alalah. Adalah sesuatu yang ganjil tiba-tiba ada ‘ulama mutaakhir termasuk ulama’ kurun ke-20 ini mula mempertikaikan dan menolak hujah para ulama besar seperti Imam Shafi’e, Imam Ghazali dan lain-lain yang telah menggunakan kata-kata Saidina Umar itu tadi sebagai dalil mereka.

• Setiap amalan dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan cermat berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada ketikanya amalan mereka itu merupakan bid‘ah hasanah, ada juga ketikanya bid‘ah dalalah dan khurafat yang mesti ditentang, dan ada juga ianya merupakan persoalan khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan‘ulama’). Adalah terlalu cetek pemikiran melabelkan semua perlakuan yang tiada nas}s} khusus mengenainya, di dalam satu bakul yang sama sebagai bid ‘ah dalalah atau sayyiah.
*Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui*

Sumber:
1. “Mafahim Yajib An Tushahhah” karya Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani
2. Definisi Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah, Sheikh Gibril Fouâd Haddâd
3. Jomfaham.blogspot.com

No comments: