Wednesday, May 9, 2012

SOHIH AL-BUKHARI - HADIS KE-7277



Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., “sesungguhnya sebaik-baik ungkapan ialah kitab Allah iaitu al-Quran, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad SAW, dan sejahat-jahat perkara ialah perkara baru yang diadakan.” Firman Allah SWT (surah al-An'am: ayat 134), “sesungguhnya apa-apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (daripada balasan itu).
Hadis Riwayat Imam Bukhari.

Hadis ini walaupun hadis mauquf tetapi dihukumkan sebagai hadis marfu’ berdasarkan riwayat-riwayat imam hadis yang lain. – al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul al-Baari, juzuk 30, hal 330.

Rujukan: Ensiklopedia Bid'ah, 91.