Sunday, December 19, 2010

Download Kuliah Sifat Solat Nabi oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki


Adakah sembahyang yang kita kerjakan selama ini betul dan bertepatan dengan sunnah nabi?
Kuliah yang memperincikan secara halus (praktikal) sifat solat nabi berdasarkan hadis dan ijtihad 4 mahzab, termasuk pandangan golongan wahabi.
Video lengkap Sifat Solat Nabi boleh didownload dari link ini :-
(Sila download ke semua file (part 01-11) kemudian unzip menggunakan winrar atau 7zip)

1.http://www.mediafire.com/?6dptajj4fz91itk
2.http://www.mediafire.com/?j57ksh61h2mo623
3.http://www.mediafire.com/?z97d2cmkir73b08
4.http://www.mediafire.com/?w4wq4lkm5zi18wk
5.http://www.mediafire.com/?oemc0cq0v8926mm
6.http://www.mediafire.com/?a0m3xj9053sbskc
7.http://www.mediafire.com/?pbvto7xe8etksbt
8.http://www.mediafire.com/?v41pk652d8or8o0
9.http://www.mediafire.com/?45qch7x60hroyjo
10.http://www.mediafire.com/?57t72jfq8efj74b
11.http://www.mediafire.com/?7yk9n9mces2zwfg

Friday, December 3, 2010

Didik Rasa Sayang, Wujudkan Perlembagaan, dan Dirikan Masjid di dalam Hatimu.


Hari ini 3hb 12 tahun 2010 bersamaan dengan 26 zulhijjah tahun 1431 iaitu pada hari jumaat. Tertarik dengan khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Tardmizi Toha iaitu pensyarah dari fakulti pengajian islam Universiti Sultan Zainal Abidin di Masjid UniSZA tadi. Dalam khutbah tadi khatib berbicara tentang langkah atau strategi Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda mula sampai di kota Madinah ketika berlakunya peristiwa besar dalam Islam iaitu peristiwa penghijrahan orang-orang Islam dari mekah ke Madinah. Langkah pertama yang baginda lakukan ialah dengan menyatukan dan mempersaudarakan kaum-kaum yang bertelagah di Madinah. Setelah itu baginda mempersaudarakan pula kaum Ansar yang berada di Madinah dengan Kaum Muhajirin yang datang dari mekah. Langkah kedua pula ialah baginda telah mewujudkan perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah yang merupakan undang-undang bagi penduduk Madinah berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Seterusnya Baginda membina Masjid yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Negara. Langkah seterusnya ialah baginda telah mewujudkan pasar khas untuk orang islam.

Inilah satu strategi yang sangat berkesan yang patut menjadi contoh kepada Negara-negara Islam dan seluruh Umat Islam khususnya dalam menegakkan sebuah Negara Islam di zaman sekarang. Bermula dengan langkah pertama iaitu mempersaudarakan seluruh pnduduk di dalam Negara, sesebuah Negara tidak akan mencapai matlamat penubuhannya dan tidak akan aman selagi rakyatnya tidak bersatu padu dan berpecah belah. Konsep perpaduan ini sangat penting, bukan sahaja membina Negara, malah untuk memimpin institusi keluarga pun perlukan perpaduan. Perpaduan akan tercapai dengan cara kita sentiasa mengelak dari perbalahan, pergaduhan dan mengkhianati sesama kita.

Baginda bersabda:
“Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadhilatnya berbanding puasa (sunat), sedeqah (sunat) dan solat (sunat), Maka Abu darda’ menjawab : ya Rasulullah. Nabi membalas “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat”
(Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud)

Ia boleh dicapai jika kita berusaha mencari titik pertemuan iaitu mengutamakan perkara yang kita boleh bersepakat dan berlembut dan bertolak ansur pada perkara yang berbeza pendapat. Perpaduan perlulah bermula dari dalam diri setiap orang Islam, dalam dirinya sentiasa mempunyai rasa sayang terhadap saudaranya yang lain, rasa sayang ini yang akan membuat seseorang tidak akan mengkhianati saudaranya yang lain, tidak akan memfitnah, hilangkan rasa benci, dan tidak akan menyakiti hati saudaranya yang lain.


Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

Rasa sayang dalam hati perlu ditanamkan dengan sentiasa merawat hati dan menjauhi penyakit hati, caranya ialah dengan banyakkan zikir, bersangka baik, tolong menolong, menjauhi perkara maksiat dan mendidik diri dengan akhlak mahmudah.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” [H.R. Imam Muslim]

Perkara kedua yang dilakukan Baginda ialah dengan mewujudkan Piagam madinah. Ini kerana, sesebuah Negara tidak akan terdidik tanpa peraturan, rakyat di dalamnya perlu diberi arah atau petunjuk kemana mereka perlu pergi, perkara apa yang perlu dilakukan dan perkara yang mana salah untuk dilakukan. Tanpa peraturan manusia akan melakukan apa sahaja yang mereka suka, bagi mewujudkan Negara yang mempunyai nama Islam, Negara perlulah mempunyai peraturan dan perlembagaan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Inilah cirri-ciri atau perwatakkan yang ada untuk melayakkan sesebuah Negara layak untuk mendapat gelaran Negara Islam. Seperti mana seseorang yang layak digelar Ulamak, dia perlulah mempunyai cirri-ciri dan perwatakan ulamak.

Oleh itu, setiap individu Islam perlulah mewujudkan piagam atau perlembagaan terhadap tubuh badannya dahulu. Piagam yang dapat mengawal dirinya, sebagai panduan kehidupan hariannya, dan piagam untuk dirinya juga mestilah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Strategi Baginda yang ketiga ialah dengan mendirikan masjid. Masjid merupakan tempat umat islam berkumpul, sebagai tempat untuk bersatu dibawah rumah Allah s.w.t, bersatu dibawah Tuhan yang satu. Masjid juga berperanan sebagai pusat pentadbiran dan penyebaran ilmu. Ini menunjukkan bahawa, untuk mendirikan sesebuah Negara, kita perlu berdoa kepada Allah s.w.t, menyembah, mentaati suruhan dan larangan-Nya, dan bergantung sepenuhnya terhadap Allah, sesungguhnya tanpa pertolongan Allah, sesuatu perkara tidak akan tercapai.

Perpaduan akan tercapai dengan berfungsinya masjid dan peraturan akan terlaksana dan member kesan dengan masjid. Dalam diri setiap muslim wajib didirikan masjid di dalam jiwanya, adanya rumah Allah dalam hatinya, ini akan mengingatkan manusia kepada Allah setiap waktu, merasakan Allah sedang melihat apa yang kita lakukan, dan mendengar apa yang kita perkatakan. Terbinanya masjid dalam hati, bermakna wujudnya tempat ibadat dalam hati, hatinya akan sentiasa dengan aktiviti ibadat iaitu dengan zikir, bersangka baik dan sebagainya yang akan terzahir pada fizikal luarannya. Hati yang baik akan menjadikan seluruh jasadnya menjadi baik, terbinanya masjid dalam hati akan membawa jasadnya kemasjid.

Baginda bersabda:
“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” [Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.]

Dan strategi yang keempat ialah baginda mewujudkan pasar khas untuk orang islam. Kewujudan pasar ini telah memantapkan ekonomi orang-orang islam secara tidak langsung telah mengukuhkan ekonomi Negara. Ini menunjukkan bahawa peranan ekonomi dan kewangan sangat penting dalam penubuhan Negara. Dalam agama Islam sangat mementingkan system ekonomi, terdapat perbahasan yang panjang di bawah bab muamalat, perbahasannya sangat terperinci dan sistematik.

Bagi menjaga kestabilan ekonomi Islam telah mengharamkan riba sehingga diberi amaran keras dan azab yang berat terhadap orang yang terlibat dalam mengamalkan riba. Kewajipan untuk mengeluarkan zakat juga menunjukkan betapa Islam mementingkan ekonomi, kestabilan ekonomi adalah melalui pengagihan kekayaan yang cekap ke seluruh penduduk sesebuah Negara dan pengagihan kekayaan ini dapat dicapai melalui system zakat yang cekap. Bagi setiap individu islam menjadi keharusan baginya untuk menjaga ekonomi diri dan keluarganya, kita perlulah mempunyai wang untuk bersedekah, untuk memberi orang lain makanan, untuk mengeluarkan zakat dan untuk membolehkan segala keperluan untuk mencapai matlamat syariat islam tercapai.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Wallahu a'lam...