Kad kredit
sering dikaitkan dengan hutang. Maka, apakah pembelian emas melalui pembayaran
kad kredit dikira sebagai pembelian secara hutang?
Ulama
Berbeza Pendapat
- Pendapat pertama: Tidak sah pembelian emas menggunakan kad kredit samada kad kredit tersebut ada sandaran (Akaun) atau tidak
- Pendapat kedua: Pembelian emas menggunakan kad kredit adalah sah samada ada sandaran atau tidak.
- Pendapat ketiga: Harus membeli emas menggunakan kad kredit yang ada sandaran manakala kad kredit yang tiada sandaran tidak boleh digunakan untuk membeli emas.
Hujah Pendapat Pertama: Terdapat Penangguhan
Bayaran
Situasi lani
(fawriyyah) tidak berlaku. Pemegang kad kredit tidak membuat pembayaran kepada
penjual emas sebaliknya pihak yang membuat pembayaran penjualan emas ialah bank
pengeluar selepas tempoh masa tertentu. Taqabud mesti sempurna dalam majlis
akad yang diadakan di antara pemegang kad dengan penjual emas, bukannya hanya
menyerahkan penyata bayaran. Kad kredit adalah alat pembayaran bertangguh
kerana penjual emas tidak menerima pembayaran melainkan selepas berlalu tempoh
masa tertentu.
Hujah
pendapat kedua: Jaminan Bank dan Uruf
Penyata
pembayaran yang terhasil melalui kad kredit dikira telah mewajibkan bank
pengeluar kad untuk membuat pembayaran kepada penjual emas. Namun begitu,
penjual emas perlu memastikan kad tersebut masih sah dan berfungsi. Bank bertindak
sebagai penjamin terhadap pembayaran, keadaan ini lebih jelas dan tiada
kebimbangan dalam kes kad kredit dicuri atau digunakan oleh orang lain, penjual
emas tidak akan menanggung sebarang kesan daripada perkara di atas kerana
haknya terhadap harga emas tersebut tidak tergugat. Syarat penting ialah
penyata mesti dikeluarkan segera manakala pembayaran harganya tidak memberi
kesan berbeza samada ia berlaku segera atau tertangguh. Manakala penjual
tersebut menerima harga emas yang dijual samada harga emas tersebut dibayar
oleh pembeli sendiri atau individu lain.
Bersandarkan
urf semasa, kad kredit telah diterima pakai oleh masyarakat kerana ia sama
seperti kertas-kertas note (tunai) terutamanya penjual pada masa sekarang lebih
mengutamakan memegang kad kredit daripada tunai kerana ia lebih selamat dan
teratur khususnya apabila transaksi yang dimeterai melibatkan wang berjumlah
jutaan ringgit.
Pandangan
ini juga merupakan resolusi yang dicapai oleh Majlis Penasihat Syariah Bank
Negara Malaysia memutuskan bahawa produk kad kredit berasaskan konsep bay
al-‘inah dan wadi’ah, serta pembelian emas, perak dan barangan lain yang halal menggunakan
produk kad kredit secara Islam adalah dibenarkan.
Hujah
pendapat ketiga: Akaun Tidak Wujud
Pendapat
ketiga menyatakan bahawa pemegang kad kredit yang membeli emas menggunakan kad
kreditnya kemungkinan tidak mempunyai akaun dalam bank pengeluar kad. Ini
menyebabkan penebusan penyata kad kredit dibuat tanpa wujud akaun yang
mengandungi wang pemegang kad kredit. Di antara contoh kad kredit tiada
sandaran ialah MasterCard, American Express dan Visa.
Pembelian
emas melalui kad kredit tanpa sandaran iaitu yang tidak mempunyai akaun
pemegang kad tidak dibenarkan. Tiada tolakan daripada wang pemegang kad ketika
kad kredit dilalukan di atas mesin laluan kad kredit sebaliknya situasi ini hanya
menunjukkan bahawa penjual emas mendapat persetujuan daripada pemegang kad
(pembeli) untuk menjual emasnya kepada pemegang kad tersebut.
Operasi kad
kredit sebenarnya terbina di atas kontrak hutang dan kontrak kafalah. Pemegang
kad ialah sebagai penghutang (madin). Penjual menerima pembelian secara hutang
atau bertangguh kerana bank pengeluar kad memberi jaminan akan membayar harga
emas tersebut.
Kesatuan
Fiqh Sedunia OIC mengemukakan resolusi tidak harus membeli emas dan perak serta
wang tunai (dalam pelbagai matawang) dengan menggunakan kad kredit yang tidak
mughattah (uncovered) dan harus membeli emas atau perak atau mata wang dengan
menggunakan kad kredit covered. Ini ialah resolusi yang dicapai oleh Kesatuan
Fiqh Sedunia dan pendapat sebahagian ilmuan Islam seperti Prof. Dr. Wahbah
al-Zuhayli.
Sumber: International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA). Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas Di Malaysia.
2 comments:
HAPPY TAHUN BARU SELAMAT TAHUN BARU SELAMAT TAHUN BARU
DARI-rossastanleyloancompany
Apakah Anda membutuhkan kredit yang mendesak?
* Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank Anda
Bayar kembali bulan setelah Anda mendapatkan kredit Anda di bank Anda
akun bank
* Suku bunga rendah 2%
* Pengembalian jangka panjang (1-30) Panjang
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48 Jam setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
Dari kuang Di perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan yang menyediakan fasilitas pinjaman untuk perusahaan, serius, korporat, hukum dan masyarakat dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke koleksi uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli biaya kecil atau besar, kami menyediakan uang tunai. Yakinlah yang kesejahteraan dan Kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, di sini kami di sini untuk mengurus Anda.
Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan track record layanan yang memberikan kebebasan finansial kepada Perserikatan Bangsa-Bangsa.
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang membutuhkan untuk membangun bisnis Anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,
E-mail Resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
Instagram resmi: Rossamikefavor
Twitter resmi: Rossastanlyloan
Facebook resmi: rossa stanley mendukung
CSN: +12133153118
untuk respon cepat dan cepat.
Silahkan mengisi aplikasi di bawah ini dan kami akan memanggil Anda lagi, Kami tersedia 24/7
DATA PEMOHON
1) Nama Lengkap:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jenis Kelamin:
5) Status Perkawinan:
6) Pekerjaan:
7) Nomor Telepon:
8) Posisi saat bekerja:
9) Penghasilan Bulanan:
10) Tingkat Pinjaman yang Dibutuhkan:
11) Durasi Pinjaman:
12) nama facebook:
13) nomor Whatsapp:
14) Agama:
15) Tanggal lahir:
SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com
Ha ah .... You speaking Bahasa Malaysia/ Indonesia ...
Post a Comment