Satu lagi
kaedah yang digunakan ialah penjual emas ialah dengan memajak emas miliknya di
pusat pajak gadai untuk mendapatkan pinjaman bagi pihak pembeli. Pembeli akan mendapat
pinjaman dari pusat pajak gadai dan dengan duit pinjaman itu pembeli gunakan
untuk membayar harga emas kepada penjual emas tadi.
Kaedah ini
dilakukan kerana pembeli tidak mempunyai modal mencukupi untuk membeli emas.
Melalui kaedah ini, pajak gadai dilakukan atas nama pembeli dan emas adalah
milik penjual. Pinjaman yang diperolehi pembeli akan diberikan kepada penjual
sebagai bayaran emas lalu emas yang digadai tadi bertukar milik kepada pembeli.
Analisis
Syariah:
Perkara
penting yang perlu dikenalpasti ialah bilakah berlakunya kontrak jual beli emas
antara penjual dan pembeli. Dua kemungkinan yang ada iaitu:
- Berlaku sebelum akad gadaian dengan pusat pajak gadai atau
- Berlaku selepas akad gadaian.
Sekiranya
akad jual beli emas berlaku sebelum akad gadaian, kemudian pembeli meletakkan
emas di pusat pajak gadai untuk mendapatkan pinjaman wang, bermakna terdapat penangguhan dalam serahan bayaran
yang tidak dibenarkan syarak. Ini menyalahi syarat jual beli emas.
Jika sekiranya
akad jual beli emas berlaku selepas pembeli mendapat pinjaman dari pajak gadai,
maka emas tadi dikira sebagai pinjaman dari pembeli kepada penjual oleh itu pinjaman
emas adalah sama hukumnya dengan hutang kerana pembeli tidak akan memulangkan
semula emas kepada penjual, sebaliknya membayar harga dengan wang tunai. Dalam keadaan
ini urus niaga menjadi riba kerana setiap hutang yang membawa manfaat (kepada
pemberi hutang) maka ia adalah riba.
Walau
bagaimanapun ia adalah masalah teknikal, kaedah ini masih boleh menjadi patuh
syariah jika caranya dilakukan dengan betul. Antaranya dengan cara pembeli
membuat pinjaman dari pajak gadai, tetapi emas masih tidak digadaikan kepada
pusat pajak gadai. Pada ketika itu, pembeli boleh membuat perjanjian dengan
pusat pajak gadai untuk menggadaikan emasnya. Kemudian pembeli bolehlah membeli
emas dari penjual dengan menggunakan wang pinjaman dari gadaian. Apabila selesai
akad jual beli emas, barulah pembeli menyerahkan emasnya kepada pusat pajak
gadai untuk disimpan.
No comments:
Post a Comment