Skim cepat kaya
ialah satu skim yang menjanjikan pulangan yang berganda daripada apa yang
dilaburkan dan juga pembelian barang yang jauh lebih murah daripada harga
pasaran.
Hukum: Haram
Hukum
terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi,
riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim
ini.
Perlu Patuh
Sharak
Perniagaan
atau pelaburan dalam Islam mestilah bersih daripada unsur-unsur kezaliman,
penipuan, penindasan dan menjurus kepada sesuatu perkara yang dilarang oleh
Islam.
Sabda Nabi
SAW : “Penipu akan dimasukkan ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengamalkan perkara
yang bukan daripada amalan kami maka ia ditolak”. (Hadith Riwayat Muslim)
Keuntungan
Bukan Dari Pelaburan
Menerusi
skim cepat kaya ini, para pelabur dijanjikan keuntungan yang menarik dengan
hanya bermodalkan wang atau caruman yang sedikit. Laporan yang diterima
menunjukkan keuntungan tersebut bukan diperoleh dari hasil pelaburan atau
perniagaan tetapi ia dibayar daripada wang pelabur yang baru.
Pelaburan
Yang Batil
Ini bermakna
skim ini akan terus beroperasi sekiranya ada pelabur baru dan ia mestilah
berterusan selamanya. Perkara ini adalah mustahil dan sudah semestinya ia
memudaratkan pelabur-pelabur baru yang wang mereka akan hangus begitu sahaja.
Hal ini termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil yang
tidak dibenarkan oleh Islam.
Allah SWT
berfirman: “Wahai orang beriman janganlah kamu memakan (gunakan) harta kamu
di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)”. (Surah
al-Nisa’:29)
Rasulullah
SAW bersabda: “Tidak boleh memudaratkan dan mendatangkan mudarat kepada orang
lain”. (Riwayat Imam Malik)
Menjejaskan
Ekonomi
Selain itu,
skim ini jika dibiarkan berterusan boleh memudaratkan ekonomi negara.
Bayangkanlah, dengan hanya menyimpan sejumlah wang yang sedikit menghasilkan
keuntungan yang berganda. Ini akan menyebabkan orang ramai merasa tidak lagi
perlu bekerja kerana wang boleh diperoleh dengan mudah tanpa sebarang usaha
yang kuat.
Panduan Dari
Kaedah Fiqh
Kaedah fiqh menyatakan:
“sekiranya sesuatu kemaslahatan dan kemudaratan bertembung maka menolak
kemudaratan hendaklah diutamakan”.
“Sekiranya
bertembung, antara kemaslahatan individu dan masyarakat maka di utamakan
kemaslahatan masyarakat”.
“Menolak
kerosakan lebih diutamakan daripada mendapatkan kemaslahatan”.
“Hendaklah
mengutamakan maslahat umum daripada maslahat khusus (individu) ketika
bertentangan”.
Pengharamannya
Adalah Jelas
Justeru,
jelaslah bahawa skim cepat kaya mengandungi unsur gharar, penipuan, riba,
memanipulasi ketamakan manusia kepada harta benda dengan cara yang tidak
diizinkan, mendapat keuntungan atas angin, dan mendapat keuntungan daripada
hasil usaha orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya adalah jelas
bertentangan dengan hukum syarak.
Ciri-ciri
Skim Cepat Kaya
Seseorang
pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dalam bentuk tunai dan
akan dibayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan daripada jumlah
pelaburan. Bayaran keuntungan pelaburan ini dibayar dalam bentuk wang tunai
atau dimasukkan ke dalam akaun simpanan pelabur berkenaan.
Semua
pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan resit
akuan terima wang juga tidak dikeluarkan. Urus niaga skim ini berdasarkan
prinsip percaya mempercayai dan tiada surat perjanjian khusus tentangnya.
Pihak
pengurus skim juga melantik wakil-wakil dan ajen-ajen di beberapa tempat bagi
mendapatkan pelabur-pelabur baru. Setiap wakil atau ajen mendapat bayaran sagu
hati mengikut kadar yang dipersetujui berasaskan jumlah pelaburan yang
dipungut.
Pihak pengurus
skim tidak terikat untuk membayar balik wang pelabur sekiranya pelaburan
berkenaan mengalami kerugian.
Apabila
tiada lagi pelabur baru, maka pelabur yang sedia ada yang baru menyertai skim
ini tidak akan mendapat pulangan dan akan kehilangan wang yang telah dilaburkan.
Tiada bukti
menunjukkan pihak pengurus skim ini melaburkan wang yang terkumpul ke dalam
mana-mana institusi kewangan atau pelaburan saham dalam atau di luar negara.
Pengusaha
skim tiada lesen yang sah berdasarkan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Sumber: Himpunan
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Berhubung Dengan Isu-isu
Muamalat, JAKIM
No comments:
Post a Comment