Saturday, April 23, 2016

NOTA AKIDAH - SIFAT MA'ANI


Ma'ani berasal dari perkataan makna/maksud. Sifat Ma'ani dapat difahami dalam fikiran. Contoh sifat Ma'ani pada manusia ialah mendengar, dapat difahami mendengar itu dengan telinga. Mendengar itu adalah sifat Ma'ani. Sifat Ma'ani wujud dan sabit pada Zat Allah sejak azalli.

Dalam menghurai sifat Ma'ani ni saya menggunakan kaedah Tuan Guru HJ Soleh Musa pondok sik seperti yang beliau ambil dari Guru beliau iaitu Pak Dak Eil al-Fathoni dalam kitab Bakuroh al-Amani, maka akan sedikit berbeza dengan apa yang kta belajar di sekolah dan dalam buku-buku sekolah atau kitab-kitab jawi yang lain.

Sebagai contoh di sek dahulu kita belajar bahawa sifat Allah adalah berkata, mengikut kaedah Tuan Guru Hj Soleh beliau menggunakan perkataan pekata, pehidup, pelihat dan pedengar dengan imbuhan 'pe'. Kaedah penterjemahan ini menggunakan terjemahan kepada sifat dengan makna ismi bukan makna masdari berdasarkan alasan “barang yang menunjuk di atas zat”dan makna masdari itu menunjuk di atas perbuatan dan perbuatan itu setengah dari al-umur al-i’tibari (perkara yang difahami dan lebih kepada tiada).

1. QUDRAH (Maha Kuasa/pekuasa)
Qudrah dari segi bahasa bermaksud kekuatan /kemampuan. Kebiasaan orang kampung sebut 'ada kudrat'. Sifat Qudrah Allah wujud pada Zat Allah sejak azalli, bermaksud Qudrah adalah sifat dan ia bukan zat (diri) Allah ta'ala. Dgn sifat Qudrah Allah dapat mencipta sesuatu atau meniadakannya sesuai dengan iradat (kehendak)-Nya. Firman Allah ta'ala : "Dan tiada suatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit atau di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. " (Al-Fatir : 44)

2. IRADAH (Pekehendak)
Maksud dari segi bahasa ialah kehendak, mahu, ingin. Sifat Iradah sabit pada zat Allah sejak azalli. Apa yang ditakdirkn adalah dari kehendak Allah sama ada takdir yang baik dan jugak takdir yang buruk.

Kehendak berbeza dengan arahan, ada perkara Allah kehendaki lalu Allah memerintahknnya, ada perkara Allah kehendak tapi Allah tidak memerintahknnya. Contoh Allah tidak arahkan seseorang untuk jadi kafir tapi Allah kehendak dia jadi kafir. Iradah Allah hanya pada perkara harus sahaja. Contoh Allah kehendak kanak-kanak kecil mati atau trus hidup. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya perkataan kami terhadap sesuatu apabila kami mengkehendakinya kami hanya mengatakan kepadanya "kun"(jadilah), maka jadilah ia. " (an-Nahl:40)

3. ILMU (Pengetahu)

Ilmu Allah wujud pada azali dan meliputi setiap perkara yangg wajib, harus dan mustahil. Ilmu Allah tidak memerlukan usaha seperti belajar atau membaca dan tiada satu pun yang terlindung dari ilmu Allah ta'ala. Usaha untuk mendapatkan ilmu seperti belajar adalah sifat makhluk yang bersifat baharu di mana dulu jahil berubah mnjadi mengetahui. Firman Allah ta'ala: "Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan. " (Al-A'raf: 89)

Firman Allah ta'ala: “Dan Allah memiliki kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Al-An’aam:59)

Firman Allah ta'ala: "..Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.." (al-Baqarah: 255).

4. HAYAH (Pehidup)
Hidup Allah kerana Zat-Nya, hidup manusia kerana roh. Bukti Allah ada sifat Pehidup adalah adanya sifat Qudrah. Sifat Pehidup Allah sabit sejak azali. Firman Allah ta'ala: "Tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup kekal dan berterusan mengurus makhluk-Nya " (Ali 'imran: 2)

Firman Allah ta'ala: "Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya." (al-Baqarah: 255).


5. KALAM (Pekata)
Pekata Allah Ta’ala iaitu sifat yang sedia adanya pada zat-Nya yang tiada berhuruf dan tiada bersuara tiada terdahulu dan tiada kemudian. Sekiranya Allah tidak bersifat dengan sifat kalam nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu bisu. Bisu itu sifat kekurangan maka adalah mustahil Allah bersifat dengan kekurangan wajiblah kita percaya Dia bersifat dengan kesempurnaan.

Lafaz al-Qur'an yang kita baca adalah kalam Allah dalam bentuk lafaz. Boleh dikatakan al-Qur'an yang dicetak itu baharu (makhluk) jika untuk mengajar, tetapi jika di tempat awam maka haram mengatakannya begitu.

kalam Allah terbahagi kepada dua: 

Pertamanya ialah Kalam Allah yang nafsi. Inilah kalam Allah yang tidak berhuruf dan bersuara dan merupakan kalam yang hakiki. Sifat Kalam ini sentiasa ada bagi Allah dan tidak pernah berpindah dari zat Allah kerana ia merupakan sifat Allah yang qadim lagi azali dan bukannya makhluk.

Keduanya ialah Kalam Allah yang lafzi. Iaitu kalam Allah yang tersurat di dalam mushaf, berhuruf dan bersuara dan yang dituturkan oleh malaikat Jibril kepada nabi Muhammad saw.

Kalam Allah yang nafsi itulah kalam-Nya yang hakiki yang tidak berhuruf dan tidak bersuara.Selama-lamanya bagi Allah dan tidak berpindah kepada yang lain. Al-Quran itu disebut kalam Allah kerana ianya menunjukkan kepada makna kalam Allah yang hakiki yang ada pada zat Allah yang mana Al-Quran itu berasal daripada kalam Allah yang nafsi yang hakiki itu, dan malaikat Jibril memahaminya daripada Allah hal keadaannya tidak berhuruf dan bersuara.

Firman Allah ta'ala: "Dan Allah telah berbicara kepada Musa secara langsung (tanpa perantaraan). " (al-Nisa': 164)

6. SAMA' (Pedengar)
Sifat yang azali pada Zat Allah ta'ala. Tugas sifat ini adalah meliputi semua yang wujud sama ada yang jelas atau tersembunyi, yang bersuara atau tidak. Sifat Pedengar Allah tidak sama dengan makhluk, sifat mendengar makhluk adalah dibatas oleh jarak dan boleh dihalang oleh sesuatu dari didengari. Sifat mendengar makhluk adalah dengan adanya gelombang pada urat dalam telinga yang sampai padanya gelombang suara.

Firman Allah ta'ala: "Aku Maha mendengar dan Maha Melihat " (Thaha: 46)

7. BASOR (Pelihat)
Sifat pelihat adalah azali pada Zat Allah ta'ala, Allah Maha melihat setiap sesuatu yang wujud, sama ada yang jelas atau tersmbunyi. Sifat Pelihat Allah tidak sama dengan makhluk. Makhluk melihat melalui perantara bola mata, perlukan cahaya dan serba Kelemahan. Sifat Pelihat Allah tidak dibatasi dengan jarak atau terhijab dengan sesuatu dan sifat Pelihat Allah tidak memerlukan anggota untuk melihat.

Firman Allah ta'ala: "...Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat " (As-Syura: 11)

6 comments:

easzg said...

Apakah turutan nya sebegitu?
Bukan kah telah diberi secra bertalaqi Hayat, Ilmu, Iradat, Qudrat, Sama'ah, Basar, kalam
(Hukum Akal)
Mustahil Qudrat dulu lps tu iradat?
Krn maksud Qudrat Pekuasa, baru Pekehendak,jadi Pehidup num 4? Mustahil, ini dari kitab tp bl bertalaqi akn diberi ikut susunan yg diberi Hayat, Ilmu, Iradat, Qudrat, Sama'ah, Basar, kalam, dlm kitab lain, bl bertalaqi lain krn ilmu pd Guru bukan pada kitab, btl?

Imran Abdul Harith said...

Ia tidak disusun turutan kerana menjauhi kesamaan makhluk memerlukan hayah terlebih dahulu daripada iradah kemudian,qudrah. Sifat ALLAH kesemuanya ada tiada mulanya dan tiada akhirnya pada Dzat, harap faham dan jelas.

easzg said...

Siapa yg susun? Btl2 bila betalaqi ambik dr Guru dpt mcm ni ke atau turutan? Sbb andai ikut turutan maka akn ada jalan cerita nya dan andai tak ikut turutan x de jln cerita nya, bab tidak dissn nk menunjuki blh juga begitu namun mustahil yg belajar tak tau perbezaannya.

Ijal said...

Kitab yang saya belajar ilmu tauhid fi dukh al-Aqal wa al-Naqal ia bermula dari susunan qudrah, iradah, ilmu, hayah, samak, basar, kalam

Nor said...

Bila sudah faham iaitu ahlinya kurnianya..datang lah dari arah nana pun akan kenal Hakiki.Sekarang belajar ikut kaedah shj supaya senang paham...bila belajar boleh pandai faham TIDAK SEMSTINYA .kerna faham kurniaNYA ITu...😏😏😏

Zainulabidin said...

Saya bertalagi dgn guru saya dlm kitab aqidatul najin susunannya qudrah, iradah, ilmu, hayah, samak, basar, kalam