Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts

Friday, December 9, 2016

KHILAFAH ISLAMIYAH


Khilafah Bukan Keutamaan Kita
Daulah Islamiyah (negara Islam) tidak pernah dikenal dalam Islam, yang ada adalah khilafah Islamiyah. Islam adalah untuk dunia, bukan untuk indonesia, malaysia atau mana-mana negara. Waktu Rasullullah saw berkuasa di Madinah, Abdullah bin Ubay bin salul, (pemimpin munafik dan musuh islam) tetap menjadi pemimpin Madinah, Rasulullah saw tidak merebut kekuasaan darinya, Rasulullah saw membiarkan Ibn Ubay tetap memimpin Madinah, dan Abu Sufyan (sebelum masuk Islam) tetap memimpin Makkah. Rasulullah saw tidak pernah merebut kekuasaan dan jawatan, demikian ajaran Nabi saw kepada umatnya.

Kunci Perubahan
Keutamaan kita adalah pada mendidik masyarakat, bukan merampas kuasa dan jawatan. Sebagai contoh, di TV dan radio mengandungi pelbagai perkara yang munkar dan melalaikan, rancangan yang ditayangkan di TV dan radio adalah berdasarkan selera dan minat masyarakat. Maka, kunci utamanya adalah masyarakat, bukan pada TV, radio, pemerintahan, atau system kewangan. Dakwah Nabi Muhammad saw adalah bersifat rahmatan lil ‘alamiin iaitu dakwah untuk kesejahteraan masyarakat dan mengajaknya kepada al-Quran dan sunnah, inilah dakwah yang benar. 

Larangan Menggulingkan Pemerintah

Sabda Rasulullah saw: “Barang siapa yang ditindas oleh penguasanya maka hendaklah dia bersabar, sesiapa yang keluar dari perintah sultan (penguasa) sejengkal saja maka dia mati dalam keadaan jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

“Barangsiapa yang melihat kesalahan pada penguasanya dan dia tidak menyukainya maka hendaklah dia bersabar, sesiapa yang memisahkan diri dari kelompoknya lalu dia mati maka dia dalam keadaan jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Berkata zubair bin Adiy ra: kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan kekejian Hajjaj dan kejahatannya pada kami, maka berkata Anas ra: “Bersabarlah kamu, kerana tidak datang masa kecuali yang sesudahnya akan lebih buruk, sampai kamu akan menemui Tuhan kamu, ku dengar ini dari Nabi kamu (Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah). Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang mengangkat senjata di antara kita (memerangi sesame sendiri) maka dia bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

“Janganlah kamu kembali kepada kekufuran setelah aku wafat dengan saling bunuh membunuh satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

“Barang siapa yang melihat pada penguasanya sesuatu yang tidak dia sukai dari kemungkaran hendaknya dia bersabar, tidaklah seseorang memisahkan diri dari jamaah muslimin lalu dia mati maka dia mati dengan keadaan jahilyah”  (Shahih Bukhari)

“Dengar dan patuhlah bagi seorang muslim selama dia tidak diperintah berbuat maksiat, bila dia diperintah berbuat maksiat maka tidak perlu dengar dan patuh” (Shahih Bukhari)

Khilafah pada ummatku hanya 30 tahun, kemudian kerajaan...” (HR Tirmidzi)

“…engkau tetap bersama jamaah kaum Muslimin dan Imam Mereka. Hudzaifah bertanya: bagaimana jika Kaum Muslimin tidak mempunyai jamaah dan pemimpin? Nabi saw menjawab: “Maka hindarilah seluruh kelompok-kelompok itu, walaupun engkau hanya menggigit pangkal pohon (untuk makan) sampai kamu mati.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Perhatikan! Setelah tidak ada sistem Khilafah adakah wajib mendirikan khilafah semula? Nabi saw menyuruh Hudzaifah untuk beruzlah ketika tiada pemimpin (khilafah), Nabi saw tidak berkata: Jika begitu, engkau harus mengusahakan berdirinya khilafah.

Tiada Pemberontakan Dalam Islam
Kesimpulannya, Rasulullah saw dan para Imam dan Muhaddits ahlussunnah waljamaah tidak ada dari mereka yang menyeru kepada pemberontakan, selagi pemimpin mereka muslim. Walau rakyat diperintah melakukan maksiat sekalipun mereka hanya disuruh untuk tidak taat pada perintah itu, jika yang diperintah selain dosa dan maksiat maka perlu ditaati,

Pada zaman para Imam sudah ada pemimpin yang zalim, malah pemimpin saat itu  berdiri dengan nama “KHALIFAH” namun mereka tetap melakukan kezaliman, diantaranya Hajjaj yang sering membantai dan menyeksa rakyatnya, namun ketika mereka mengadu hal kezaliman Hajjaj pada Anas ra, maka mereka disarankan supaya bersabar, bukan diperintahkan merebut Khilafah dengan alasan khalifah itu zalim.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh setiap individu ialah berdakwah pada muslimin dalam keluarga, di tempat kerja, dalam masyarakat, maka perlahan-lahan kelak akan muncul ketua yang mencintai syariah dan Sunnah. Khilafah islamiyah bila ditegakkan secara paksa maka yang akan menolaknya adalah muslimin sendiri, mereka tidak mahu kehilangan apa yang mereka miliki dan cintai saat ini.

Sumber: http://majelisrasulullah.org

Wednesday, April 24, 2013

Hubungan Ulamak dengan Pemerintah



Ulamak tidak menganjurkan supaya kita kerap berkunjung ke tempat-tempat orang berkuasa atau pemimpin dari kalangan kita atau ke istana dan kediaman mereka, malah terdapat ulamak yang sangat tegas dalam perkara ini.

Perkara ini jelas bahawa manusia itu hatinya mudah terpesona dan terpaut dengan kekayaan dan kemegahan, terutama ketakjuban kekayaan para pemimpin. Hal ini sangat bertepatan dengan hadis Nabi saw di manaNabi saw bersabda “makin dekat seseorang dengan pemerintah maka makin jauh dirinya dari Allah SWT.”

Terdapat sebuah hadis Nabi saw menggambarkan pada hari kiamat kelak ada disediakan tempat khas dalam neraka untuk ulamak yang mengampu pemimpin serta riak dengan amalan dan ilmunya.

Malah Allah membenci orang-orang yang selalu mengunjungi pemimpin.

Terdapat Ulamak pernah berkata, “sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang selalu pergi megunjungi ulamak, dan seburuk-buruk ulamak ialah ulamak yang selalu mengunjungi ke rumah pemimpin.”

Ulamak juga berpesan jika kamu melihat seorang yang faqeh tapi dia mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin maka dia adalah seorang pengampu.

Pernah diceritakan bahawa Tuan guru Husin al-banjari disajikan makanan oleh Sultan kedah dengan menggunakan peralatan yang dibuat daripada emas, lantas beliau serta merta keluar dari majlis tersebut.

Cuba fahami dan renungkan mengapa ulamak salaf bertindak menjauhi para pemimpin dan penguasa.
Imam Sufyan at-Thauri apabila utusan khalifah Harul ar-Rashid datang membawa surat dari khalifah, Imam Sufyan at-Thauri bertindak mengendahkan dia.

Imam Sufyan at-Thauri mengatakan bahawa Khalifah Harun adalah pemimpin yang zalim hanya kerana Khalifah Harun meninggalkan bidang dakwah dan memilih menjadi khalifah.

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis, “Siapa yang redha dengan kezaliman pemimpin, maka dia bukan dariku dan aku bukan dari dia dan dia tidak akan dapat minum dari telagaku”.

Ulamak itu pewaris bagi para Nabi dan Rasul, Nabi saw menolak tawaran wanita, harta dan jawatan, ia sebagai panduan bagaimana sikap Ulamak Rabbani dalam menghadapi pemimpin.

“Allah menganugerahkan harta dan dunia pada sesiapa sahaja tapi Allah SWT tidak mengurniakan ilmu dan agama kecuali kepada orang yang Dia cintai.”

Diri kita menjadi hina tatkala kita yang dimuliakan Allah tapi tunduk kepada pemerintah.

Ulamak itu adalah pewaris para Rasul selagi mana mereka tidak bergaul dengan pemerintah.

Nabi saw bersabda, “Siapa yang berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim dan redha dengannya dia akan masuk neraka”.

Dan Nabi saw bersabda lagi, “Jangan berkumpul dengan ahli bid’ah, dengan pemerintah dan perempuan”.
Malah Ulamak salaf terkenal bernama Imam Sufyan at-Thauri pernah berkata, “kalau diminta mengajar al-Quran sekali pun jangan pergi”

Begitu juga kisah yang berlaku pada Imam Malik apabila Khalifah meminta Imam Malik mengajar kitab di istana, Imam Malik berkata “ilmu itu didatangi bukan dipaggil”

Begitu juga Ulamak yang bernama Hammad ibn Salamah bila mana menteri menyuruh Hammad ibn salamah pergi ke Istana menyelesaikan suatu masalah tapi Hammad menyuruh Menteri itu dating sendiri kepada nya untuk bertanya.

Nabi SAW bersabda, "Manusia yang paling berat siksanya pada hari kiamat kelak adalah pemimpin yang memimpin ke arah kesesatan dan orang yang pandai bersandiwara." [HR. Imam Ahmad]

Arrasoil al-Qaiyimah Wal Muqtathofatul Hammah

Tuesday, July 26, 2011

PEMBERONTAKKAN DAN BAGAIMANA MENGHADAPINYA DALAM HUKUM ISLAM


Siapakah pemberontak?
Pemberontak ialah siapa sahaja yang melampaui had atau melampai batas undang-undang yang sepatutnya dipatuhi dalam sesebuah Negara. Dalam bahasa arab pemberontak di kenali sebagai bughah iaitu sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam atau melanggar perintahnya atau bertindak menghalang hak-hak Allah atau hak manusia.

Apakah hukumnya?
Apabila wujud pemberontakkan, pemerintah Islam wajib menghantar wakil bagi berurusan dengan pemberontak. Jika tuntutan bughah tadi adalah baik dan tidak memberi kesan yang buruk, tuntutan mereka wajib dipenuhi. Sekiranya tuntutan mereka tidak relevan, boleh memberi kesan buruk, atau tidak ada sebarang motif, maka pemerintah hendaklah memberi nasihat berupa amaran bahawa mereka akan diperangi jika meneruskan

pemberontakkan dan minta mereka supaya kembali taatn. Jika mereka enggan dan masih memberontak, mereka wajib diperangi.

Kumpulan pemberontak tidak dihukum fasik atau kafir kerana mereka mempunyai sebab dan alasan yang dibenarkan syarak.

Syarat-syarat bagi Memerangi bughah.
1. Untuk memerangi bughah, syarat pertama ialah kumpulan pemberontak itu mestilah kekuatan dan keupayaan untuk menentang atau mengancam pemerintah. Kekuatan mereka mungkin dari segi jumlah ahli yang ramai atau senjata.

2. Pemberontakkan yang dilakukan mestilah benar-benar diluar kawalan pemerintah. Jika ia masih boleh dikawal, mereka tidak perlu diperangi, cukup sahaja dengan ditangkap dan dipenjarakan.

3. Kumpulan bughah ini perlulah mempunyai tafsiran yang jelas tentang sebab mereka memberontak dan mereka mempunyai ruang dalam berijtihad. Jika mereka tiada takwilan yang jelas dan ijtihad yang disandarkan, maka mereka tidak dihukum sebagai pemberontak tetapi diperangi sebagai kumpulan yang fasik. Perlu ditekankan disini bahawa, jika tiada ijtihad dan tafsiran yang jelas bagi sebab memberontak, dan mereka menghalalkan memerangi pemerintah Islam, kumpulan pemberontak boleh menjadi kufur.

4. Syarat terakhir ialah kumpulan pemberontak mestilah mempunyai tokoh yang ditaat yang berperanan menguatkan mereka, yang mempengaruhi dan menyatupadukan ahli bagi melakukan pemberontakkan.

Hujah
Firman Allah SWT: "Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil". (al-Hujurat: 9)

Menurut Ulamak, ayat ini bersifat umum atau boleh diqiaskan dengan pemberontakkan. Puak yang zalim adalah kumpulan yang melampaui batas dan perlu diperangi oleh pemerintah apabila dituntut oleh syarak.

Dari sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dalam bab memerangi khawarij Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memisahkan diri dari jamaah walaupun sejengkal, maka dia telah mencabut ikatan Islam daripada lehernya.”

Mengapa Pemberontak Perlu Diperangi?
Ini adalah kerana supaya menjaga kestabilan pemerintahan setelah dilantik secara sah oleh Umat Islam. Kestabilan pemerintahan penting bagi menyatupadukan kekuatan Umat Islam dan bagi menakutkan musuh.

Banyak Ayat al-Quran memerintahkan umat Islam taat setia kepada pemerintah walaupun dia seorang yang zalim. Tetapi ketaatan dikecualikan dari taat pada perkara maksiat. Dan ketaatan kepada pemerintah adalah melebihi dari berpegang pada ijtihad.

Bagaimana memerangi pemberontak?
Memerangi bughah berbeza dengan cara memerangi orang yang fasik, kafir dan musuh Islam. Malah ia tidak ada kaitan dengan Bid’ah. Memerangi bughah hanya satu matlamat iaitu menjaga keamanan dan perpaduan umat Islam.

1. Mestilah pemerintah terlebih dahulu menghantar wakil bagi berbincang seperti mana dilakukan oleh Saidina Ali r.a yang menghantar Abdullah bin Abbas r.a bagi berbincang dengan kumpulan yang menentangnya. Setelah perbincangan gagal, perlulah diberi ancaman akibat dari pemberontakkan dan kemudian memberi amaran akan diserang, kemudian barulah wajib diperangi jika masih gagal.

2. Peperangan hanya pada orang yang membalas serangan, jika ada pemberontak yang lari dari medan perang tidak boleh dikejar dan pemberontak yang cedera tidak boleh dibunuh.

3. Pemberontak yang ditawan tidak boleh dibunuh, larangan keatas pemberontakkan ini dari hadis Nabi s.a.w dari Ibnu Umar,
“jangan kejar mereka yang melarikan diri dan jangan kejar dan bunuh mereka yang cedera.” Al-Baihaqi menambah lagi: “dan jangan dirampas harta mereka”.

Dalam satu peristiwa saidina Ali r.a pernah menyuruh pesuruhnya membuat pengumuman dalam peperangan terhadap pemberontak bahawa jangan mengejar orang yang melarikan diri, jangan diserang orang yang cedera, jangan dibunuh orang yang ditawan dan sesiapa yang menutup pintunya dan meletakkan senjata akan selamat. Sesiapa yang enggan menyerah, enggan memberi baiah dan taat setia akan dipenjara sehinggalah peperangan tamat. Tawanan akan dibebaskan sekiranya dia berjanji tidak akan terlibat lagi dalam peperangan. Jika dikhuatiri dia akan memungkiri janji, dia boleh terus dipenjarakan sehingga diyakini.

4. Walaupun harta milik tidak boleh dirampas atas nama harta rampasan perang, namun harta berupa senjata perlu disimpan sebagai bukan hak milik kerajaan sehingga diyakini mereka tidak kembali melancarkan serangan.

Implikasi peperangan terhadap pemberontak.
Jika semua syarat dipenuhi dan langkah awal telah diambil, maka halal darah pemberontak yang dibunuh kerana tindakan ini dibenarkan oleh syarak. Oleh itu pembunuh tidak dikenakan qisas dan bayar diyat.

Selepas tamatnya peperangan, jika pemberontak dibunuh sedangkan dia telah melakukan baiat, maka pembunuh akan dikenakan hukuman qisas. Jika pembunuh bersumpah dia membunuh dengan menganggap pemberontak masih engkar, maka qisas digugurkan dan dia hanya perlu membayar diyat.

Sumber : Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, bab Pemberontakkan dan Hukumannya.