Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Monday, January 23, 2017

KEHEBATAN KITAB SOHIH AL-BUKHARI

Sebelum zaman Imam Al-Bukhari, kitab-kitab hadis masih bercampur, maka sukar untuk mengenal pasti status hadis kecuali setelah mengkajinya. Imam Al-Bukhari merupakan pelopor dalam pengumpulan ilmu hadis. Beliau telah membuat pengasingan hadis-hadis sohih dengan hadis yang lain melalui pendekatan yang berbeza berbanding ulama-ulama hadis lain. Beliau telah menyusun hadis-hadis sohih dalam kitab yang diberi nama Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sohih Al-Mukhtasar Min Umuri Rasulillah SAW wa Sunnatihi wa Aiyamihi, yang bermaksud “Himpunan sanad yang sohih lagi padat mengenai hadis Rasulullah SAW, sunnah dan kehidupannya”.

Al-jami’ bermakna kitab ini menghimpunkan perkara-perkara berkaitan hukum, kelebihan-kelebihan, sastera dan sirah. Perkataan Sohih bermakna tidak terdapat di dalam kitab ini hadis-hadis yang lemah atau dhaif. Manakala perkataan Al-Musnad bermaksud sanad hadis didalamnya bersambung kepada para sahabat sehingga Nabi SAW sama ada dalam bentuk percakapan, ucapan, perbuatan dan pengakuan nabi SAW.

Pendorong Untuk Menyusun Hadis
Pendorong utama Imam Al-Bukhari menyusun kitab sohihnya adalah disebabkan oleh ungkapan  gurunya  bernama  Ishak  bin  Rahawih.  Beliau merupakan guru Imam Al-Bukhari dan seorang yang alim dalam ilmu hadis dan fikah. Ibn Rahawih pernah berkata kepada Imam Al-Bukhari, “alangkah eloknya jika kamu boleh kumpulkan hadis-hadis sohih Rasulullah SAW dalam satu kitab”.

Pendekatan Imam Al-Bukhari Mengarang Sohihnya
Imam Al-Bukhari sebelum beliau menulis sesuatu dalam kitab Al-Jami’ Al-Sohih, terlebih dahulu beliau akan mandi kemudian melakukan solat sunat dua rakaat. Beliau tidak memasukkan hadis ke dalam kitabnya kecuali setelah beliau solat Istikharah dua rakaat terlebih dahulu untuk meminta pertunjuk daripada Allah SWT.

Jangka Masa Penyusunan Kitab
Ketika Imam Al-Bukhari selesai menyusun kitabnya Al-Jami’ Al-Sohih, beliau telah membentangkan kitab itu kepada para Ulama termasuk Yahya bin Mu’in, Ali bin Al-Madini dan Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Al-Bukhari menyusun kitabnya selama 16 tahun bermula pada umurnya 23 tahun.

Imam Al-Bukhari Tidak Memasukkan Semua Hadis Sohih
Walaupun kitab Al-Jami’ Al-Bukhari dimuatkan semua hadis sohih namun Imam Al-Bukhari menyatakan bahawa masih banyak hadis-hadis sohih yang beliau tidak masukkan kerana beliau tidak mahu kitabnya menjadi terlalu besar. Begitu juga Imam Muslim, walau beliau hanya meriwayatkan hadis-hadis yang sohih sahaja dalam kitab Sohihnya namun beliau tidak mengatakan bahawa hadis-hadis yang tidak beliau riwayatkan dalam kitabnya itu merupakan hadis dhaif.

Tujuan Imam Al-Bukhari Dalam Sohihnya
Imam Al-Bukhari begitu iltizam dengan hadis yang sohih sahaja, beliau tidak memasukkan dalam kitabnya kecuali hanya hadis-hadis yang sohih sahaja. Oleh kerana itu beliau menamakan kitabnya sebagai Al-Jami’ Al-Sohih. Dalam kitab ini juga mengandungi persoalan fikah yang menekankan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum-hukum, sirah dan tafsir dengan menghuraikan tentang hadis, fatwa para sahabat, tabi’in dan pendapat ulama tertentu, kemudian memasukkan matan hadis dan cara mendapatkannya dalam bab-bab kitabnya. Imam Al-Bukhari menumpukan usahanya untuk mengeluarkan pelbagai masalah daripada setiap hadis Rasulullah SAW. Oleh kerana itu kebanyakan pendapat ulama terkemuka mengatakan ianya sebagai fikah Imam Al-Bukhari.

Syarat Imam Al-Bukhari Dalam Kitab Sohihnya
Imam Al-Bukhari telah menetapkan suatu syarat bagi menentukan hadis yang diriwayatkan. Syarat yang ditetapkan oleh Imam Al-Bukhari ialah setiap hadis mesti datang dari para sahabat yang masyhur serta sanad perawinya bersambung dan dipercayai. Jika seseorang sahabat itu mempunyai dua riwayat atau lebih maka ia lebih kuat, jika hanya mempunyai satu riwayat sahaja dan cara penentuannya betul, itu sudah memadai. Perawinya juga bukan orang yang mudallis iaitu mereka yang tidak mendengar sendiri dari orang yang mereka riwayatkan atau orang yang banyak melakukan kesilapan kerana umur yang sudah lanjut, buta atau kehilangan nukilannya atau orang yang sezaman dengannya tetapi dia tidak berjumpa dengannya.

Syarat yang ditetapkan oleh Imam Al-Bukhari dalam sohihnya itu menunjukkan kitabnya berada ditahap yang paling tinggi dari segi kesahihan dan kepercayaan, pencarian menukil hadis sohih yang mantap, keprihatinan yang jitu oleh seorang mujtahid, amanah dari segi menukil nas dan perawi, seterusnya menetapkan syarat-syarat yang begitu ketat dalam bidang ini, dengan begitu kuat iltizamnya yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana penyusun dalam bidang ini.

Cara Penyusunan Kitabnya
Penelitian tentang urutan kitab dan bab-bab dalam Sohih Al-Bukhari menunjukkan ketelitian yang menakjubkan dalam menentukan kitab dan bab-bab di dalamnya, sehingga ia menjadi sebuah kitab yang sepadu, mantap dan lengkap, mengandungi simpulan yang tersusun untuk satu matlamat iaitu keindahan dan kesampurnaan. Al-Bukhari memulakan kitabnya dengan menekankan bagaimana permulaan turunnya wahyu. Dimulakan dengan demikian kerana ia sebagai sumber kebaikan, dengan wahyu berjalannya syariat   dan turunnya risalah.

Penyusunan Bab dan Riwayat Hidup Dalam Sohih Al-Bukhari
Dalam penyusunan kitabnya yang mengandungi bab-bab dan riwayat hidup itu merupakan sesuatu yang kompleks dan sukar difahami oleh kebanyakan pensyarah dan ahli-ahli hadis, sehingga pendekatan yang digunakannya itu tidak mampu dilakukan oleh bijak pandai di semua zaman oleh ulama yang hebat-hebat di mana-mana pun. Pengkaji hadis mengakui bahawa bab-bab dan riwayat hidup yang terkandung dalam Al-Jami’ Al-Sohih merupakan satu kajian yang amat mendalam dan memenuhi piawaian, sehingga ia menjadi lambang keistimewaan kitab ini berbanding dengan kitab-kitab yang serupa dengannya seperti Sohih Muslim, kerana ketinggian tahap kualiti dan kehebatan susunannya.

Huraian Al-Jami’ Al-Sohih
Kitab-kitab yang menghuraikan kitab Al-Jami’ Al-Sohih, antaranya:

1.         Kitab Fath Al-Bari bi Syarh Sohih Al-Bukhari
Ditulis oleh Syeikh Al-Islam Al-Hafiz Ahmad bin Ali Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Ahmad Al-Kannani Al-‘Asqolani Al-Masri Al-Syafi’i. Beliau dilahirkan di Mesir pada 13 Sya’ban pada tahun 773 Hijrah dan wafat pada 18 Zulhijjah tahun 852 Hijrah dan disemadikan di Kaherah. Kitab ini ditulis dengan tulisan tangan sebanyak 13 jilid. Pemerintah Al-Athraf meminta kepada Al-‘Asqolani untuk membuat salinan dan dibelinya dengan harga 300 dinar, dari situ kitab ini tersebar ke serata pelusuk dan rantau. Kitab ini terus mendapat sanjungan dari kalangan semua ulama hadis dari dahulu hingga masa kini dan kitab ini terus menjadi sandaran dan rujukan.

2.         Kitab ‘Umdatu Al-Qari fi Syarhi Al-Bukhari
Ditulis oleh Al- Syeikh Al-Allamah Badruddin Mahmud bin Ahmad Al-‘Aini Al-Hanafi. Jangka masa beliau menyiapkan kitabnya itu mengambil masa selama 19 tahun.

3.      Irsyadu Al-Sari Ila Syarhi Sohih Al-Bukhari
Ditulis oleh Syeikh Syihabuddin Ahmad bin Muhammad Al-Khathib Al-Qastholani Al-Qahiri Al-Syafi’i (wafat pada tahun 922 Hijrah). Kitab ini merupakan ringkasan bagi syarah tFathul  Bari  dan Al-Umdah,  kitab  ini juga  terkenal  dengan  Al-Qastholani  sebagaimana  penulisnya. 

Kelebihan dan Pujian

Kitab Al-Jami’ Al-Sohih diperakui merupakan kitab yang paling sohih, hebat dan unggul sekali selepas Al-Quran dan diiktiraf oleh semua ulama hadis di semua tempat dan zaman. Kitab ini membuktikan bahawa Imam Bukhari mempunyai kecekapan, kehebatan dan kepakarannya yang tinggi.

Rujukan: Jabatan Mufti Johor; Dr. Taqiyuddin Al-Nadawi Al-Madzahiri

Friday, December 9, 2016

KHILAFAH ISLAMIYAH


Khilafah Bukan Keutamaan Kita
Daulah Islamiyah (negara Islam) tidak pernah dikenal dalam Islam, yang ada adalah khilafah Islamiyah. Islam adalah untuk dunia, bukan untuk indonesia, malaysia atau mana-mana negara. Waktu Rasullullah saw berkuasa di Madinah, Abdullah bin Ubay bin salul, (pemimpin munafik dan musuh islam) tetap menjadi pemimpin Madinah, Rasulullah saw tidak merebut kekuasaan darinya, Rasulullah saw membiarkan Ibn Ubay tetap memimpin Madinah, dan Abu Sufyan (sebelum masuk Islam) tetap memimpin Makkah. Rasulullah saw tidak pernah merebut kekuasaan dan jawatan, demikian ajaran Nabi saw kepada umatnya.

Kunci Perubahan
Keutamaan kita adalah pada mendidik masyarakat, bukan merampas kuasa dan jawatan. Sebagai contoh, di TV dan radio mengandungi pelbagai perkara yang munkar dan melalaikan, rancangan yang ditayangkan di TV dan radio adalah berdasarkan selera dan minat masyarakat. Maka, kunci utamanya adalah masyarakat, bukan pada TV, radio, pemerintahan, atau system kewangan. Dakwah Nabi Muhammad saw adalah bersifat rahmatan lil ‘alamiin iaitu dakwah untuk kesejahteraan masyarakat dan mengajaknya kepada al-Quran dan sunnah, inilah dakwah yang benar. 

Larangan Menggulingkan Pemerintah

Sabda Rasulullah saw: “Barang siapa yang ditindas oleh penguasanya maka hendaklah dia bersabar, sesiapa yang keluar dari perintah sultan (penguasa) sejengkal saja maka dia mati dalam keadaan jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

“Barangsiapa yang melihat kesalahan pada penguasanya dan dia tidak menyukainya maka hendaklah dia bersabar, sesiapa yang memisahkan diri dari kelompoknya lalu dia mati maka dia dalam keadaan jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Berkata zubair bin Adiy ra: kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan kekejian Hajjaj dan kejahatannya pada kami, maka berkata Anas ra: “Bersabarlah kamu, kerana tidak datang masa kecuali yang sesudahnya akan lebih buruk, sampai kamu akan menemui Tuhan kamu, ku dengar ini dari Nabi kamu (Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah). Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang mengangkat senjata di antara kita (memerangi sesame sendiri) maka dia bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

“Janganlah kamu kembali kepada kekufuran setelah aku wafat dengan saling bunuh membunuh satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

“Barang siapa yang melihat pada penguasanya sesuatu yang tidak dia sukai dari kemungkaran hendaknya dia bersabar, tidaklah seseorang memisahkan diri dari jamaah muslimin lalu dia mati maka dia mati dengan keadaan jahilyah”  (Shahih Bukhari)

“Dengar dan patuhlah bagi seorang muslim selama dia tidak diperintah berbuat maksiat, bila dia diperintah berbuat maksiat maka tidak perlu dengar dan patuh” (Shahih Bukhari)

Khilafah pada ummatku hanya 30 tahun, kemudian kerajaan...” (HR Tirmidzi)

“…engkau tetap bersama jamaah kaum Muslimin dan Imam Mereka. Hudzaifah bertanya: bagaimana jika Kaum Muslimin tidak mempunyai jamaah dan pemimpin? Nabi saw menjawab: “Maka hindarilah seluruh kelompok-kelompok itu, walaupun engkau hanya menggigit pangkal pohon (untuk makan) sampai kamu mati.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Perhatikan! Setelah tidak ada sistem Khilafah adakah wajib mendirikan khilafah semula? Nabi saw menyuruh Hudzaifah untuk beruzlah ketika tiada pemimpin (khilafah), Nabi saw tidak berkata: Jika begitu, engkau harus mengusahakan berdirinya khilafah.

Tiada Pemberontakan Dalam Islam
Kesimpulannya, Rasulullah saw dan para Imam dan Muhaddits ahlussunnah waljamaah tidak ada dari mereka yang menyeru kepada pemberontakan, selagi pemimpin mereka muslim. Walau rakyat diperintah melakukan maksiat sekalipun mereka hanya disuruh untuk tidak taat pada perintah itu, jika yang diperintah selain dosa dan maksiat maka perlu ditaati,

Pada zaman para Imam sudah ada pemimpin yang zalim, malah pemimpin saat itu  berdiri dengan nama “KHALIFAH” namun mereka tetap melakukan kezaliman, diantaranya Hajjaj yang sering membantai dan menyeksa rakyatnya, namun ketika mereka mengadu hal kezaliman Hajjaj pada Anas ra, maka mereka disarankan supaya bersabar, bukan diperintahkan merebut Khilafah dengan alasan khalifah itu zalim.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh setiap individu ialah berdakwah pada muslimin dalam keluarga, di tempat kerja, dalam masyarakat, maka perlahan-lahan kelak akan muncul ketua yang mencintai syariah dan Sunnah. Khilafah islamiyah bila ditegakkan secara paksa maka yang akan menolaknya adalah muslimin sendiri, mereka tidak mahu kehilangan apa yang mereka miliki dan cintai saat ini.

Sumber: http://majelisrasulullah.org

Tuesday, June 3, 2014

HUKUM MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ



Pada setiap tahun kita khususnya masyarakat Malaysia memperingati peristiwa Israk dan Mi’raj dengan aktiviti ceramah, forum, dan lain-lain program. Malah ia dibenarkan tanpa bantahan dari Ulamak muktabar. Jika usaha ini tidak diteruskan maka generasi akan datang akan mula lupa dan lalai dari peristiwa yang besar ini malah mungkin mereka mula meragui dan tidak meyakini peristiwa ini berlaku.

Memperingati peristiwa ini adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Peristiwa yang besar ini berlaku dengan ketentuan dari Allah Ta’ala sudah semestinya mempunyai makna yang mendalam dan penting untuk diingati dan diamati oleh ummat ini.

Memperingati peristiwa Israk dan Mi’raj matlamatnya adalah sama dengan menyambut peristiwa besar dalam Islam yang lain seperti menyambut peristiwa kelahiran baginda Nabi saw.

Allah berfirman:
“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa Yang lalu) Dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah Engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka Dengan hari-hari Allah. "Sesungguhnya Yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda Yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang Yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” (Surah Ibrahim: 5)

Apa yang dimaksudkan dengan “hari-hari Allah” pada ayat di atas adalah peristiwa yang terjadi pada kaum-kaum terdahulu serta nikmat dan seksa yang dialami oleh mereka. Allah Ta’ala menyuruh Nabi Musa ‘alaihissalam mengingati kembali peristiwa-peristiwa yang telah lalu, baik berupa nikmat atau azab.

Tidak ada ketentuan syariat tentang cara mengingati hari-hari Allah. Peristiwa Israk dan Mi’raj adalah termasuk dalam hari-hari Allah dan waktu yang paling baik bagi mengingati hari-hari Allah adalah pada waktu turunnya nikmat itu seperti mana kita kita bersyukur tatkala turunnya hujan atau mendapat anak.

Jumhur ulamak mengatakan bahawa peristiwa Israk dan Mi’raj berlaku pada 17 hari bulan Rejab, walau pun ada pendapat mengatakan tiada nas yang jelas menunjukkan waktu, tarikh, masa dan bulan Israk dan Mi’raj berlaku namun ia tetap tidak menjadi halangan dan larangan untuk kita memperingati peristiwa yang besar dan istimewa ini.

Peristiwa Israk dan Mi’raj merupakan peristiwa yang besar dalam Islam yang mengandungi banyak hikmah dan pengajaran bagi umat Manusia.

Rujukan: Muhadhir bin Haji Joll, Khilafiah:Persoalan & Penjelasan

Saturday, January 28, 2012

PERINGATAN MAULID NABI SAW - BAH 1


Sifat manusia cenderung merayakan sesuatu apabila mereka gembira atas kejayaan, kemenangan, kekayaan dan lain-lain. Bagi orang bukan Islam mereka merayakannya dengan pesta, minum arak sehingga mabuk, tarian, dan bergembira bersama wanita. Termasuk pelajar yang mencari aktiviti untuk menghiburkan hati seperti menonton wayang, bermain futsal dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh direncanakan. Demikianlah adat bagi manusia diseluruh dunia sejak zaman-berzaman.

Allah merayakan hari kelahiran para Nabi-Nya
Allah swt meraikan dan merayakan kelahiran para Nabi-Nya dengan Firman Allah: “(Isa berkata dari dalam perut ibunya) Salam sejahtera atasku, di hari kelahiranku, dan hari aku wafat, dan hari aku dibangkitkan” (Maryam: 33).

Firman Allah: “Salam Sejahtera dari kami (untuk Yahya as) dihari kelahirannya, dan hari wafatnya dan hari ia dibangkitkan” (Maryam: 15)

Antara Kemuliaan dan Anugerah Dari Allah swt Ketika Kelahiran Baginda
1. Ketika Baginda Nabi saw dilahirkan, Rasulullah s.a.w lahir dalam keadaan sudah dikhitan (Almustadrak ala shahihain hadits no.4177).

2. Berkata Utsman bin Abil Ash Asstaqafiy dari ibunya yang menjadi pembantunya Aminah ra bonda Nabi saw, ketika Bonda Nabi saw ketika saat melahirkan Baginda Nabi saw, dia(ibu Utsman) melihat bintang bintang mendekat hingga dia takut jatuh ke atas kepalanya, lalu dia melihat cahaya terang benderang keluar dari Bonda Nabi saw hingga menerangi seluruh bilik dan rumah (Fathul Bari Al-masyhur juz 6 hal 583).

3. Ketika Rasulullah saw lahir kemuka bumi beliau langsung bersujud (Sirah Ibn Hisyam).

4. Riwayat shahih oleh Ibn Hibban dan Hakim bahwa Ibunda Nabi saw saat melahirkan Nabi saw melihat cahaya yang terang benderang hingga pandangannya menembus dan melihat Istana Romawi (Fathul Bari Almasyhur juz 6 hal 583).

5. Malam kelahiran Rasul saw itu runtuh singgahsana Kaisar Kisra, dan runtuh pula 14 buah jendela besar di Istana Kisra, dan padamnya api di Kekaisaran Persia yang 1000 tahun tak pernah padam. (Fathul Bari Almasyhur juz 6 hal 583).

Kenapa kejadian-kejadian ini ditaqdirkan oleh Allah swt? kejadian-kejadian besar ini muncul menandakan kelahiran Nabi saw, dan Allah swt telah merayakan kelahiran Muhammad Rasulullah saw di Alam ini, sebagaimana Dia swt telah pula membuat salam sejahtera pada kelahiran Nabi nabi sebelumnya.

Rasulullah saw memuliakan hari kelahiran beliau saw
Ketika Baginda Nabi saw ditanya mengenai puasa di hari isnin, Baginda saw menjawab : “Itu adalah hari kelahiranku, dan hari aku dibangkitkan” (Shahih Muslim hadits no.1162).

Dari hadits ini sebahagian ulama membolehkan merayakan maulid Nabi saw hanya dengan puasa. Tindakan Rasulullah saw jelas memberi pemahaman bahawa hari isnin itu berbeza dari hari-hari lainnya. Jawapan Baginda saw memberitahu secara khusus bahawa sebab berpuasa itu adalah kerana hari kelahiran Baginda saw, ini menunjukkan bagi Baginda saw sendiri sangat prihatin pada hari kelahiran Baginda saw dan ada kelebihan yang besar dari hari-hari lainnya.

Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi saw
Berkata Abbas bin Abdul muttalib ra : “Izinkan aku memujimu wahai Rasulullah..” maka Rasul saw menjawab: “silakan..,maka Allah akan membuat bibirmu terjaga”, maka Abbas ra memuji dengan syair yang panjang, diantaranya : “… dan engkau (wahai nabi saw) saat hari kelahiranmu maka terbitlah cahaya dibumi hingga terang benderang, dan langit bercahaya dengan cahayamu, dan kami kini dalam naungan cahaya itu dan dalam tuntunan kemuliaan (Al-Qur’an) kami terus mendalaminya” (Mustadrak ‘ala shahihain hadits no.5417)

Kasih sayang Allah atas kafir yang gembira atas kelahiran Nabi saw
Diriwayatkan bahawa Abbas bin Abdul muttalib melihat Abu Lahab dalam mimpinya, dan Abbas bertanya padanya: “bagaimana keadaanmu?”, abu lahab menjawab: “di neraka, Cuma diringankan siksaku setiap hari isnin karana aku membebaskan hambaku bernama Tsuwaibah disebabkan gembiranya aku atas kelahiran Rasulullah saw” (Shahih Bukhari hadits no.4813, Sunan Imam Baihaqi Alkubra hadits no.13701, syi’bul iman no.281, fathul baari Almasyhur juz 11 hal 431).

Walaupun seorang kafir yang memerangi Rasulullah ini, tentunya Allah swt berhak menambah siksanya atau menguranginya menurut kehendak Allah swt, namun Allah swt mengurangi azab keatasnya pada setiap hari isnin hanya kerana Abu Lahab telah gembira dengan kelahiran Rasulullah saw lalu menyambutnya dengan membebaskan seorang hamba miliknya.

Walaupun mimpi tidak dapat dijadikan sebagai hujjah dalam hukum syariah namun mimpi dapat dijadikan hujjah dalam manaqib, sejarah dan iktibar. Walau bagaimanapun hal ini dijadikan hujjah sebagai suatu kebenaran kerana Imam-imam diatas yang meriwayatkan hal ini telah mengakui dan tidak mengingkarinya, ini menjadi hujjah bagi kita bahawa hal itu adalah benar.

Sumber : Meniti Kesempurnaan Iman, Habib Munzir al-Musawa

Friday, December 30, 2011

PERANG ENAM HARI 1967 - Penutup


Peperangan Enam Hari ini juga telah menyaksikan perubahan wilayah Israel yang semakin besar daripada awal penubuhannya pada 1948. Israel juga semakin berani mencabar musuh-musuhnya untuk berperang selepas rentetan-rentetan kemenangan mereka di dalam peperangan semenjak 1948 lagi. Selain kesannya itu, Israel juga telah mendapat sokongan besar daripada sekutunya Amarika Syarikat apabila Israel tidak pernah diambil tindakan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Hal ini membuktikan pengaruh dan kuasa Israel adalah lebih besar daripada negara-negara Arab kepada Amerika Syarikat walaupun Amerika Syarikat masih bersandar permintaan minyak mentah negaranya kepada hasil negara-negara Arab ini. Malahan Israel juga semakin menunjukkan kekuatannya dengan dibayangi Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia. Manakala negara-negara Arab yang sekian lama memusuhi mereka masih tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka.

Impak dari peristiwa ini juga membuktikan umat Islam sedunia masih tidak lagi bersatu untuk mempertahankan rakyat Palestin yang menjadi korban peristiwa ini. Malah, rakyat Palestin terus ditindas dan menjadi pelarian serta hamba di tempat sendiri. Tetapi mereka terus berjihad untuk mendapatkan hak mereka walaupun tidak diendahkan umat seagama mereka. Manakala Israel terus menikmati kezaliman yang telah mereka lakukan tanpa perasaan bersalah.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

PERANG ENAM HARI 1967 - Kesan-kesan Selepas Peperangan



Di antara kesan yang paling utama selepas perang ini adalah kemenangan di pihak Israel dan seterusnya mereka dapat meluaskan wilayahnya dengan menguasai Tebing Barat dan Gaza. Kejayaannya itu menyaksikan Israel berjaya menawan Bukit Golan dari Syria, Semenanjung Sinai dari Mesir hingga ke Terusan Suez.23

Israel juga telah membina Bar Lev atau kubu dimana disifatkan sebagai kubu anti kebal terbaik di dunia. Ia dibina sepanjang 160km daripada pasir dengan memperuntukkan kira-kira US500 juta untuk tujuan itu. Kubu Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit bagi mengukuhkan kubu tersebut. Tujuan kubu ini dibina adalah untuk melindungi negara mereka daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir.24

Selepas peperangan ini, negara-negara Arab mula membuat sekatan hasil minyak kepada eropah dan Britain selama tiga bulan. Walaupun sekatan yang seketika, tetapi ia amat memberi kesan kepada Britain dan eropah.akan tetapi, kedudukan Israel di antara Laut Merah dan Laut Mediterranean membantu negara-negara dan Britain mendapatkan hasil minyak ketika sekatan dengan menggunakan paip yang dipasang dari Teluk Parsi ke eropah melalui pelabuhan Israel. Maka dasar Bretton Wood telah digunakan menetapkan harga minyak tidak boleh melepasi kadar tertentu dan tidak terdedah kepada spekulasi.

Walau bagaimanapun, siri peperangan Arab-Israel ini telah berlanjutan kepada peperangan pada tahun 1973, iaitu perang Yom Kipur. Perang ini dicetuskan oleh Yahudi dan sekutunya bertujuan untuk melonjakkan harga minyak ke paras tertinggi. Maka dasar Bretton Wood yang melindungi harga minyak turut dihapuskan. Akibatnya, ia mendedahkan harga minyak kepada spekulasi dan sumber minyak di Alaska dan Laut Utara mula diterokai. Hal ini menyebabkan harga minyak naik kepada 400 peratus dan membebankan kepada negara-negara membangun. Keadaan ini merupakan perancangan untuk memerangkap dan menyebabkan Amerika Syarikat mengukuhkan penguasaan mereka ke atas perdagangan minyak.

Tetapi kesan yang paling mendalam kepada umat Islam setelah kekalahan ini adalah apabila Israel berjaya menawan Masjid al-Aqsa. Mereka memasukinya dan melakukan perkara biadap di dalamnya dengan menjerit-jerit menghina umat Islam. Kemenangan mereka menawan masjid ini dianggap sebagai membalas dendam kepada penghinaan ke atas mereka semasa zaman Nabi Muhammad di Madinah.

Setelah merobohkan laluan pintu maghriba dan Tembok Buroq untuk dijadikan lapangan ibadah untuk mereka dan membina ‘kottel’, mereka menggabungkan Baitul Maqdis Barat (yang ditawan pada 1948) dengan Baitul Maqdis Timur (ditawan semasa Perang Enam Hari). Gabungan ini dinamakan Jerusalem(Baitul Maqdis) sebagai ibu Negara abadi Israel pada 26 Jun 1967 yang tidak boleh dirunding sampai bila-bila.28 Kesan kekalahan ini sebenarnya merupakan kesan kerugian yang paling besar bagi Umat Islam.

Kekalahan Arab kepada Israel pada peperangan ini menyebabkan tokoh Islam terkemuka, Yusuf Qardhawi telah menulis buku yang berjudul “Dars an-Nukbah at-Tsaniyah: Limadza Inhazamna wa Kaifa Nantasyir”. Buku ini menyimpulkan bahawasanya kekalahan kedua umat Islam kepada Israel ini adalah disebabkan umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam ketika peperangan itu. Beliau juga mengecam para pemimpin Arab yang berperang dengan semangat sekular dan nasionalisme yang melampau. Sedangkan pemimpin Zionis, Chaim Weizmann sendiri menyatakan mereka berperang atas semangat keagamaan mereka untuk mewujudkan negara mereka.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Tuesday, December 27, 2011

PERANG ENAM HARI 1967 - Faktor-faktor Penyebab



Bangsa Yahudi begitu teruja untuk membina negara di tanah Palestin kerana ia merupakan ‘Tanah Rahmat’ yang menjadi rebutan tiga agama, iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ketiga-tiga agama ini mempunyai matlamat masing-masing untuk menawan tanah tersebut.1 Hal ini disebabkan tanah Palestin sangat mulia di sisi ketiga-tiga agama ini.


Impian Yahudi ingin membina penempatan mereka di Palestin mendapat persetujuan kerajaan British. Hal ini apabila deklarasi Balfour telah diluluskan oleh kerajaan British. Tujuan deklarasi ini dibuat adalah untuk membenarkan peghijrahan bangsa Yahudi secara besar-besaran dari Eropah ke Palestin.

Di antara isi kandungan deklarasi tersebut yang di tulis oleh Author Balfour, Setiausaha Luar Kerajaan Britain ketika itu pada 2 November 1917 kepada Lord Rothschild setelah mendapat keizinan daripada George Lloyd, Perdana Menteri Britain itu adalah:

“ I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty’s Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to and approved by the cabinet: His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be gratefull if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist federation”2
Dan juga petikan ini,

“the British now promised to protect the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine”3

Dua petikan daripada surat ini telah membuktikan bahawasanya perancangan bangsa Yahudi Zionis untuk membina sebuah negara Israel di Palestin Berjaya. Hal ini disebabkan adanya bantuan dari kerajaan Britian untuk membantu bangsa Yahudi membuat penempatan di Palestin. Kerajaan Britian hanya berselindung di bawah deklarasi ini untuk menyokong penubuhan negara yahudi. Manakala di petikan yang terakhir, kerajaan Britian telah menggunakan istilah “non-Jewish communities in Palestine” sebagai merujuk bangsa arab Palestin. Istilah itu seolah-olah menafikan hak penduduk arab Palestin sebagai pribumi sah di bumi Palestin sementara mengiktiraf bangsa Yahudi sebagai penduduk yang sah di sana.4

Disebabkan Deklarasi Balfour ini, bangsa Yahudi dapat mewujudkan negara Israel di Palestin pada tahun 1948 dan seterusnya menyebabkan Negara-negara Arab di timur tengah menjadi marah dan ingin membela rakyat Palestin.

Selepas kemenangan Israel menubuhkan negaranya pada 1948, pemerintahan Israel mahu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti politik, ekonomi, sosial dan budaya negaranya berpandukan kepada ajaran dan gerakan Zionis. Tujuan utama mereka merancang sebegitu adalah kerana untuk menubuhkan sebuah negara yang terdiri dari komuniti Yahudi. Perkara ini menjadi konflik dan masalah di antara Arab dan Israel.

Pada awalnya, negara-nagara Arab yang terlibat secara langsung kepada konflik ini seperti Mesir, Jordan dan Syria adalah disebabkan untuk mempertahankan Palestin dari serangan dan keganasan Israel kepada rakyat palestin, dimana Israel telah menyerang dan mengusir penduduk Palestin di perkampungan Arab di Jaffa, Ramaallah dan Deir Yassin yang mengakibatkan ramai penduduk Palestin terbunuh. Manakala Israel pula bertujuan untuk meneruskan niatnya untuk menubuhkan negara mereka yang berpaksikan ajaran Zionis. Akibat daripada krisis dan konflik yang berterusan di antara mereka ketika itu, akhirnya tercetus siri peperangan ini.5

Konflik dan krisis yang berterusan menyebabkan keadaan dan suasana di Timur Tengah menjadi tegang. Hubungan antarabangsa telah menjadi tidak stabil. Pada tahun 1966 dan 1967, negara-negara Arab telah mengenakan tekanan kepada Israel untuk membela rakyat Palestin manakala Israel pula mahu meluaskan wilayah negaranya. Akhirnya, di antara mereka mula saling mencabar untuk membuat serangan dan mencetuskan peperangan.

Sebab-sebab yang menjadi pencetus kepada peperangan ini apabila Israel, Perancis dan Britain ingin menyerang Mesir. Krisis ini menyebabkan tiga negara ini secara bersama menyerang Mesir sehingga dikenali sebagai Krisis Suez 1956. Puncanya apabila Mesir ingin mencari sumber lain untuk kewangan negaranya dengan cara menutup laluan di Terusan Suez. Terusan Suez ini merupakan laluan Israel, Perancis dan Britain untuk tujuan ekonomi dan politik mereka. Peperangan ini menyebabkan keempat-empat negara yang terlibat mengalami kerugian disebabkan Terusan Suez menjadi rosak dan tidak lagi boleh digunakan sebagai laluan kapal.

Maka, PBB menghantar pasukan pendamaian di al-Irish supaya konflik kedua negara dapat dihindari. Pasukan ini dinamakan sebagai United Nation Emergency Force (UNEF).6
Seterusnya, krisis ini bertambah berlarutan apabila Jordan dan Syria mula memusuhi Israel akibat daripada projek bekalan air Israel yang dibina di Lembah Jordan. Dengan kewujudan projek bekalan air ini, Negara-negara Arab mengalami kerugian apabila Israel memotong bekalan air dari lembah ke Syria. Melalui Arab Summit, Syria menyokong pejuang Palestin menyerang Israel secara gerila.7

Konflik menjadi semakin parah pada 30 Mei 1967, di mana Mesir-Jordan telah memeterai pakatan ketenteraan dan disokong oleh Algeria dan Iraq. Pakatan ini telah memberi amaran kepada Israel mengenai serangan yang akan dilakukan Arab. Pakatan ini membuatkan keadaan krisis menjadi panas. Manakala Israel tidak mengambil mudah ancaman tersebut. Mereka mula mengatur strategi untuk berperang dengan pihak Arab.8

Akibat daripada tekanan itu, Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat dari segi senjata dan teknologi yang canggih dari awal penubuhan negaranya menyebabkan Israel semakin berani mencabar. Maka, pada 1 Jun 1967, empat hari sebelum perang bermula, Israel telah memutuskan untuk memberi ancaman kembali kepada pihak Arab sebagai meningkatkan keamanan dan keselamatan. Hal ini menurut Israel, keberkesanan

ketenteraan, kestabilan nasional dan pengawalan keselamatan negara adalah lebih efektif sebagai bentuk kekuatan negara berbanding hal yang lain.9 Israel juga telah menggariskan tiga masalah yang menyebabkan peperangan ini berlaku. Ia adalah masalah sempadan, konflik antara masyarakat dan serangan pengganas.

Israel begitu mengharapkan peperangan kerana mereka dapat meluaskan wilayahnya, tujuannya adalah bagi memastikan sumber bekalan makanan dan air mereka terjamin serta mereka boleh beribadah di tembok tangisan bekas Kuil Sulaiman yang mereka muliakan. Maka, pada 5 Jun 1967, Israel mula melancarkan serangan dan peperangan Perang Enam Hari bermula sehingga 10 Jun 1967.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Monday, December 26, 2011

PERANG ENAM HARI 1967 - PENDAHULUAN



Sejak penubuhan Israel pada 1948, rentetan-rentetan peristiwa siri peperangan yang melibatkan Israel dan juga ‘jiran-jirannya’ di negara-negara Arab banyak menyusul. Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan bermula pada tahun 1948 dan seterusnya ke siri peperangan pada tahun 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera Muslim sebenarnya menggambarkan siri-siri peperangan ini adalah untuk Israel menunjukkan kekuatan tenteranya di dunia dan juga untuk menyebar luaskan jajahan ‘negaranya’ secara haram di Palestin.

Selepas kemenangannya menubuhkan ‘negara’ Israel 1948, Israel kembali berperang pada tahun 1967. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, ia merupakan peristiwa sejarah penting di antara pertelingkahan Israel dan juga negara-negara Arab. Peperangan ini bermula pada 5 Jun 1967 sehingga 10 Jun 1967. Peperangan ini hanya mengambil masa enam hari sahaja sehingga ia mendapat julukan ‘Six Days War’ atau Perang Enam Hari.

Kajian ilmiah ini akan menerangkan mengenai sejarah peperangan Perang Enam Hari dan kemudiannya faktor-faktor yang mencetuskan peperangan ini. Akhir sekali, kajian ilmiah ini akan menerangkan kesan-kesan selepas peperangan tersebut.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Friday, July 29, 2011

SEJARAH RINGKAS BURDAH AL-BUSIRI




Qasidah Burdah adalah salah satu karya paling popular dalam khazanah sastera Islam. Isinya, sajak-sajak pujian kepada Nabi Muhammad SAW, pesan moral, nilai-nilai spiritual, dan semangat perjuangan, hingga kini masih sering dibacakan di sebagian pesantren salaf dan pada peringatan Maulid Nabi. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa seperti Persia, Turki, Urdu, Punjabi, Swahili, Pastum, Melayu, Sindi, Inggris, Prancis, Jerman dan Italia.

Pengarang Qasidah Burdah ialah Al-Bushiri (610-695H/ 1213-1296 M). Nama lengkapnya, Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Zaid al-Bushiri. Dia keturunan Berber yang lahir di Dallas, Maroko dan dibesarkan di Bushir, Mesir, Dia seorang murid Sufi besar, Imam as-Syadzili dan penerusnya yang bernama Abdul Abbas al-Mursi – anggota Tarekat Syadziliyah. Di bidang ilmu fiqih, Al Bushiri menganut mazhab Syafi’i, yang merupakan mazhab fiqih majoriti di Mesir.

Di masa kecilnya, ia dididik oleh ayahnya sendiri dalam mempelajari Al Quran di samping berbagai ilmu pengetahuan lainnya. Kemudian ia belajar kepada ulama-ulama di zamannya. Untuk memperdalam ilmu agama dan kesusateraan Arab ia pindah ke Kaherah. Di sana ia menjadi seorang sastrawan dan penyair yang ulung. Kemahirannya di bidang sastra syair ini melebihi para penyair pada zamannya. Karya-karya kaligrafinya juga terkenal indah.

Sebagian ahli sejarah menyatakan, bahwa ia mulanya bekerja sebagai penyalin naskah-naskah. Louis Ma’luf juga menyatakan demikian di dalam Kamus Munjibnya.

Sajak-sajak pujian untuk Nabi dalam kesusasteraan Arab dimasukkan ke dalam genre al-mada’ih an-nabawiyah, sedangkan dalam kesusasteraan-kesusasteraan Persia dan Urdu dikenal sebagai kesusasteraan na’tiyah (kata jamak dari na’t, yang berarti pujian). Sastrawan Mesir terkenal, Zaki Mubarok, telah menulis buku dengan huraian yang panjang lebar mengenai al-mada’ih an-nabawiyah. Menurutnya, syair semacam itu dikembangkan oleh para sufi sebagai cara untuk mengungkapkan perasaan religius yang Islami.

Qasidah Burdah terdiri atas 160 bait (sajak), ditulis dengan gaya bahasa (uslub) yang menarik, lembut dan elegan, berisi panduan ringkas mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW, cinta kasih, pengendalian hawa nafsu, doa, pujian terhadap Al Quran, Isra’ Mi’raj, jihad dan tawasul.

Dengan memaparkan kehidupan Nabi secara puitis, AI-Bushiri bukan saja menanamkan kecintaan umat Islam kepada- Nabinya, tetapi juga mengajarkan sastra, sejarah Islam, dan nilai-nilai moral kepada kaum Muslimin. Oleh karenanya, tidak mengherankan jika kasidah Burdah senantiasa dibacakan di pesantren-pesantren salaf, dan bahkan diajarkan pada tiap hari Kamis dan Jumat di Universitas AI-Azhar, Kaherah.

Al-Bushiri hidup pada suatu masa transisi perpindahan kekuasaan dinasti Ayyubiyah ke tangan dinasri Mamalik Bahriyah. Pergolakan politik terus berlangsung, akhlak masyarakat merosot, para pejabat pemerintahan mengejar kedudukan dan kemewahan. Maka munculnya Qasidah Burdah itu merupakan reaksi terhadap situasi politik, sosial, dan kultural pada masa itu, agar mereka senantiasa mencontoh kehidupan Nabi yang berfungsi sebagai uswatun hasanah (suri tauladan yang baik), mengendalikan hawa nafsu, kembali kepada ajaran agama yang murni, Al Quran dan Hadis.

Sejarah Ringkas Qasidah Al-Burdah
Al-Burdah menurut etimologi banyak mengandung arti, antara lain :
1. Baju (jubah) kebesaran khalifah yang menjadi salah satu atribut khalifah. Dengan atribut burdah ini, seorang khalifah biasa dibezakan dengan pegawai negara lainnya, teman-teman dan rakyatnya.
2. Nama dari qasidah yang dipersembahkan kepada Rasulullah SAW yang digubah oleh Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma.

Pada mulanya, burdah (dalam pengertian jubah) ini adalah milik Nabi Muhammad SAW yang diberikan kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair terkenal Mukhadramin (penyair dua zaman: Jahiliyah dan Islam). Burdah yang telah menjadi milik keluarga Ka’ab tersebut akhirnya dibeli oleh Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan seharga dua puluh ribu dirham, dan kemudian dibeli lagi. oleh Khalifah Abu Ja’far al-Manshur dari dinasti Abbasiyah dengan harga empat puluh ribu dirham oleh khalifah, burdah itu hanya dipakai pada setiap shalat fardu dan diteruskan secara turun temurun.

Riwayat pemberian burdah oleh Rasulullah SAW kepada Ka’ab bin Zuhair bermula dari Ka’ab yang menggubah syair yang senantiasa menjelek-jelekkan Nabi dan para sahabat. Karena merasa terancam jiwanya, ia lari bersembunyi untuk menghindari luapan amarah para sahabat. Ketika terjadi penaklukan Kota Makkah, saudara Ka’ab yang bernama Bujair bin Zuhair mengirim surat kcpadanya, yang isinya antara lain anjuran agar Ka’ab pulang dan menghadap Rasulullah, karena Rasulullah tidak akan membunuh orang yang kembali (bertobat). Setelah memahami isi surat itu, ia berniat pulang kembali ke rumahnya dan bertobat.

Kemudian Ka’ab berangkat menuju Madinah. Melalui ‘tangan’ Abu Bakar Siddiq, di sana ia menyerahkan diri kepada Rasulullah SAW. Ka’ab memperoleh sambutan penghormatan dari Rasulullah. Begitu besarnya rasa hormat yang diberikan kepada Ka’ab, sampai-sampai Rasulullah melepaskan burdahnya dan memberikannya kepada Ka’ab.

Ka’ab kemudian menggubah qsidah yang terkenal dengan sebutan Banat Su’ad (Putri-putri Su’ad), terdiri atas 59 bait (puisi). Qasidah ini disebut pula dengan Qasidah Burdah. la ditulis dengan indahnya oleh kaligrafer Hasyim Muhammad al-Baghdadi di dalam kitab kaligrafi-nya, Qawaid al-Khat al-Arabi.

Di samping itu, ada sebab-sebab khusus dikarangnya Qasidah Burdah itu, yaitu ketika al-Bushiri menderita sakit lumpuh, sehingga ia tidak dapat bangun dari tempat tidurnya, maka dibuatnya syair-syair yang berisi pujian kepada Nabi, dengan maksud memohon syafa’afnya. Di dalam tidurnya, ia bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. di mana Nabi mengusap wajah al-Bushiri, kemudian Nabi melepaskan jubahnya dan mengenakannya ke tubuh al-Bushiri, dan saat ia bangun dari mimpinya, seketika itu juga ia sembuh dari penyakitnya.

Pemikiran-Pemikiran Bushiri dalam Al-Burdah dimulai dengan nasib, yaitu ungkapan rasa pilu atas dukacita yang dialami penyair dan orang yang dekat dengannya, yaitu tetangganya di Dzu Salam, Sudah menjadi kelaziman bagi para penyair Arab klasik dalam mengawali karya syairnya selalu merujuk pada tempat di mana ia memperoleh kenangan mendalam dalam hidupnya, khususnya kampung halamannya. Inilah nasib yang diungkapkan Bushiri pada awal bait :

Amin tadzakurin jiranin bi Dzi Salami Mazajta dam ‘an jara min muqlatin bi dami?
maksudnya, Tidakkah kau ingat tetanggamu di Dzu Salam Yang air matanya tercucur bercampur darah?

Kemudian idea-idea al-Bushiri yang penting dilanjutkan dengan untaian-untaian yang menggambarkan visi yang bertalian dengan ajaran-ajaran tentang pengendalian hawa nafsu. Menurut dia, nafsu itu bagaikan anak kecil, apabila diteruskan menetek, maka ia akan tetap saja suka menetek. Namun jika ia disapih, ia pun akan berhenti dan tidak suka menetek lagi. Pandangan al-Bushiri tentang nafsu tersebut terdapat pada bait ke-18, yang isinya antara lain :

Wa an-nafsu kattifli in tuhmiihu syabba ‘ala Hubbi ar-radha’i wa in tufhimhu yanfatimi
Nafsu bagaikan anak kecil, yang bila dibiarkan menetek Ia akan tetap senang menetek. Dan bila disapih ia akan melepaskannya.

Dalam ajaran pengendalian hawa nafsu, al-Bushiri menganjurkan agar kehendak hawa nafsu dibuang jauh-jauh, jangan dimanjakan dan dipertuankan, karena nafsu itu sesat dan menyesatkan. Keadaan lapar dan kenyang, kedua-duanya dapat merusak, maka hendaknya dijaga secara seimbang. Ajakan dan bujukan nafsu dan setan hendaknya dilawan sekuat tenaga, jangan diperturutkan (bait 19-25).

Selanjutnya, ajaran Imam al-Bushiri dalam Burdahnya yang terpenting adalah pujian kepada Nabi Muhammad SAW. la menggambarkan betapa Nabi diutus ke dunia untuk menjadi lampu yang menerangi dua alam : manusia dan Jin, pemimpin dua kaum : Arab dan bukan Arab. Beliau bagaikan permata yang tak ternilai, pribadi yang tertgosok oleh pengalaman kerohanian yang tinggi. Al-Bushiri melukiskan tentang sosok Nabi Muhammad seperti dalam bait 34-59 :


Muhammadun sayyidui kaunain wa tsaqaulai Ni wal fariqain min urbln wa min ajami
Muhammad adalah raja dua alam : manusia dannjin Pemimpin dua kaum : Arab dan bukan Arab.

Pujian al-Bushiri pada Nabi tidak terbatas pada sifat dan kualitas pribadi, tetapi mengungkapkan kelebihan Nabi yang paling utama, yaitu mukjizat paling besar dalam bentuk Al Quran, mukjizat yang abadi. Al Quran adalah kitab yang tidak mengandung keraguan, pun tidak lapuk oleh perubahan zaman, apalagi ditafsirkan dan dipahami secara arif dengan berbekal pengetahuan dan makrifat. Hikmah dan kandungan Al Quran memiliki relevansi yang abadi sepanjang masa dan selalu memiliki konteks yang luas dengan peristiwa-peristiwa sejarah yang bersifat temporal. Kitab Al Quran solamanya hidup dalam ingatan dan jiwa umat Islam.

Selain Qasidah Burdah, al-Bushiri juga menulis beberapa qasidah lain di antaranya al-Qashidah al-Mudhariyah dan al-Qashidah al-Hamziyah. Sisi lain dari profil al-Bushiri ditandai oleh kehidupannya yang sufistik, tercermin dari kezuhudannya, tekun beribadah, tidak menyukai kemewahan dan kemegahan duniawi.

Di kalangan para sufi, ia termasuk dalam deretan sufi-sufi besar. Sayyid Mahmud Faidh al-Manufi menulis di dalam bukunya, Jamharat al-Aulia. bahwa al-Bushiri tetap konsisten dalam hidupnya sebagai seorang sufi sampai akhir hayatnya. Makamnya yang terletak di Iskandaria, Mesir, sampai sekarang masih dijadikan tempat ziarah. Makam itu berdampingan dengan makam gurunya, Abu Abbas al-Mursi.

Oleh: Imam Saiful Mu’minin AR* *Penulis adalah anggota Forum Mubahasah Seni dan Budaya LEMKA,
Jakarta.
Sumber: http://www.amanah.or.id/detail.php?id=666

Wednesday, October 22, 2008

BALASAN ALLAH KEPADA KAMAL ATARTUK

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syaratpakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendakbarat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir dimana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perludihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga
dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allahberikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi(kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam dicelah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui Renungilah.......!