Monday, December 26, 2011

PERANG ENAM HARI 1967 - PENDAHULUAN



Sejak penubuhan Israel pada 1948, rentetan-rentetan peristiwa siri peperangan yang melibatkan Israel dan juga ‘jiran-jirannya’ di negara-negara Arab banyak menyusul. Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan bermula pada tahun 1948 dan seterusnya ke siri peperangan pada tahun 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera Muslim sebenarnya menggambarkan siri-siri peperangan ini adalah untuk Israel menunjukkan kekuatan tenteranya di dunia dan juga untuk menyebar luaskan jajahan ‘negaranya’ secara haram di Palestin.

Selepas kemenangannya menubuhkan ‘negara’ Israel 1948, Israel kembali berperang pada tahun 1967. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, ia merupakan peristiwa sejarah penting di antara pertelingkahan Israel dan juga negara-negara Arab. Peperangan ini bermula pada 5 Jun 1967 sehingga 10 Jun 1967. Peperangan ini hanya mengambil masa enam hari sahaja sehingga ia mendapat julukan ‘Six Days War’ atau Perang Enam Hari.

Kajian ilmiah ini akan menerangkan mengenai sejarah peperangan Perang Enam Hari dan kemudiannya faktor-faktor yang mencetuskan peperangan ini. Akhir sekali, kajian ilmiah ini akan menerangkan kesan-kesan selepas peperangan tersebut.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

No comments: