Friday, December 30, 2011

PERANG ENAM HARI 1967 - Kesan-kesan Selepas Peperangan



Di antara kesan yang paling utama selepas perang ini adalah kemenangan di pihak Israel dan seterusnya mereka dapat meluaskan wilayahnya dengan menguasai Tebing Barat dan Gaza. Kejayaannya itu menyaksikan Israel berjaya menawan Bukit Golan dari Syria, Semenanjung Sinai dari Mesir hingga ke Terusan Suez.23

Israel juga telah membina Bar Lev atau kubu dimana disifatkan sebagai kubu anti kebal terbaik di dunia. Ia dibina sepanjang 160km daripada pasir dengan memperuntukkan kira-kira US500 juta untuk tujuan itu. Kubu Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit bagi mengukuhkan kubu tersebut. Tujuan kubu ini dibina adalah untuk melindungi negara mereka daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir.24

Selepas peperangan ini, negara-negara Arab mula membuat sekatan hasil minyak kepada eropah dan Britain selama tiga bulan. Walaupun sekatan yang seketika, tetapi ia amat memberi kesan kepada Britain dan eropah.akan tetapi, kedudukan Israel di antara Laut Merah dan Laut Mediterranean membantu negara-negara dan Britain mendapatkan hasil minyak ketika sekatan dengan menggunakan paip yang dipasang dari Teluk Parsi ke eropah melalui pelabuhan Israel. Maka dasar Bretton Wood telah digunakan menetapkan harga minyak tidak boleh melepasi kadar tertentu dan tidak terdedah kepada spekulasi.

Walau bagaimanapun, siri peperangan Arab-Israel ini telah berlanjutan kepada peperangan pada tahun 1973, iaitu perang Yom Kipur. Perang ini dicetuskan oleh Yahudi dan sekutunya bertujuan untuk melonjakkan harga minyak ke paras tertinggi. Maka dasar Bretton Wood yang melindungi harga minyak turut dihapuskan. Akibatnya, ia mendedahkan harga minyak kepada spekulasi dan sumber minyak di Alaska dan Laut Utara mula diterokai. Hal ini menyebabkan harga minyak naik kepada 400 peratus dan membebankan kepada negara-negara membangun. Keadaan ini merupakan perancangan untuk memerangkap dan menyebabkan Amerika Syarikat mengukuhkan penguasaan mereka ke atas perdagangan minyak.

Tetapi kesan yang paling mendalam kepada umat Islam setelah kekalahan ini adalah apabila Israel berjaya menawan Masjid al-Aqsa. Mereka memasukinya dan melakukan perkara biadap di dalamnya dengan menjerit-jerit menghina umat Islam. Kemenangan mereka menawan masjid ini dianggap sebagai membalas dendam kepada penghinaan ke atas mereka semasa zaman Nabi Muhammad di Madinah.

Setelah merobohkan laluan pintu maghriba dan Tembok Buroq untuk dijadikan lapangan ibadah untuk mereka dan membina ‘kottel’, mereka menggabungkan Baitul Maqdis Barat (yang ditawan pada 1948) dengan Baitul Maqdis Timur (ditawan semasa Perang Enam Hari). Gabungan ini dinamakan Jerusalem(Baitul Maqdis) sebagai ibu Negara abadi Israel pada 26 Jun 1967 yang tidak boleh dirunding sampai bila-bila.28 Kesan kekalahan ini sebenarnya merupakan kesan kerugian yang paling besar bagi Umat Islam.

Kekalahan Arab kepada Israel pada peperangan ini menyebabkan tokoh Islam terkemuka, Yusuf Qardhawi telah menulis buku yang berjudul “Dars an-Nukbah at-Tsaniyah: Limadza Inhazamna wa Kaifa Nantasyir”. Buku ini menyimpulkan bahawasanya kekalahan kedua umat Islam kepada Israel ini adalah disebabkan umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam ketika peperangan itu. Beliau juga mengecam para pemimpin Arab yang berperang dengan semangat sekular dan nasionalisme yang melampau. Sedangkan pemimpin Zionis, Chaim Weizmann sendiri menyatakan mereka berperang atas semangat keagamaan mereka untuk mewujudkan negara mereka.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

No comments: