“Kamu adalah umat terunggul (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”...(Ali 'Imran:110)
Tuesday, December 27, 2011
PERANG ENAM HARI 1967 - Faktor-faktor Penyebab
Bangsa Yahudi begitu teruja untuk membina negara di tanah Palestin kerana ia merupakan ‘Tanah Rahmat’ yang menjadi rebutan tiga agama, iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ketiga-tiga agama ini mempunyai matlamat masing-masing untuk menawan tanah tersebut.1 Hal ini disebabkan tanah Palestin sangat mulia di sisi ketiga-tiga agama ini.
Impian Yahudi ingin membina penempatan mereka di Palestin mendapat persetujuan kerajaan British. Hal ini apabila deklarasi Balfour telah diluluskan oleh kerajaan British. Tujuan deklarasi ini dibuat adalah untuk membenarkan peghijrahan bangsa Yahudi secara besar-besaran dari Eropah ke Palestin.
Di antara isi kandungan deklarasi tersebut yang di tulis oleh Author Balfour, Setiausaha Luar Kerajaan Britain ketika itu pada 2 November 1917 kepada Lord Rothschild setelah mendapat keizinan daripada George Lloyd, Perdana Menteri Britain itu adalah:
“ I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty’s Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to and approved by the cabinet: His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be gratefull if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist federation”2
Dan juga petikan ini,
“the British now promised to protect the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine”3
Dua petikan daripada surat ini telah membuktikan bahawasanya perancangan bangsa Yahudi Zionis untuk membina sebuah negara Israel di Palestin Berjaya. Hal ini disebabkan adanya bantuan dari kerajaan Britian untuk membantu bangsa Yahudi membuat penempatan di Palestin. Kerajaan Britian hanya berselindung di bawah deklarasi ini untuk menyokong penubuhan negara yahudi. Manakala di petikan yang terakhir, kerajaan Britian telah menggunakan istilah “non-Jewish communities in Palestine” sebagai merujuk bangsa arab Palestin. Istilah itu seolah-olah menafikan hak penduduk arab Palestin sebagai pribumi sah di bumi Palestin sementara mengiktiraf bangsa Yahudi sebagai penduduk yang sah di sana.4
Disebabkan Deklarasi Balfour ini, bangsa Yahudi dapat mewujudkan negara Israel di Palestin pada tahun 1948 dan seterusnya menyebabkan Negara-negara Arab di timur tengah menjadi marah dan ingin membela rakyat Palestin.
Selepas kemenangan Israel menubuhkan negaranya pada 1948, pemerintahan Israel mahu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti politik, ekonomi, sosial dan budaya negaranya berpandukan kepada ajaran dan gerakan Zionis. Tujuan utama mereka merancang sebegitu adalah kerana untuk menubuhkan sebuah negara yang terdiri dari komuniti Yahudi. Perkara ini menjadi konflik dan masalah di antara Arab dan Israel.
Pada awalnya, negara-nagara Arab yang terlibat secara langsung kepada konflik ini seperti Mesir, Jordan dan Syria adalah disebabkan untuk mempertahankan Palestin dari serangan dan keganasan Israel kepada rakyat palestin, dimana Israel telah menyerang dan mengusir penduduk Palestin di perkampungan Arab di Jaffa, Ramaallah dan Deir Yassin yang mengakibatkan ramai penduduk Palestin terbunuh. Manakala Israel pula bertujuan untuk meneruskan niatnya untuk menubuhkan negara mereka yang berpaksikan ajaran Zionis. Akibat daripada krisis dan konflik yang berterusan di antara mereka ketika itu, akhirnya tercetus siri peperangan ini.5
Konflik dan krisis yang berterusan menyebabkan keadaan dan suasana di Timur Tengah menjadi tegang. Hubungan antarabangsa telah menjadi tidak stabil. Pada tahun 1966 dan 1967, negara-negara Arab telah mengenakan tekanan kepada Israel untuk membela rakyat Palestin manakala Israel pula mahu meluaskan wilayah negaranya. Akhirnya, di antara mereka mula saling mencabar untuk membuat serangan dan mencetuskan peperangan.
Sebab-sebab yang menjadi pencetus kepada peperangan ini apabila Israel, Perancis dan Britain ingin menyerang Mesir. Krisis ini menyebabkan tiga negara ini secara bersama menyerang Mesir sehingga dikenali sebagai Krisis Suez 1956. Puncanya apabila Mesir ingin mencari sumber lain untuk kewangan negaranya dengan cara menutup laluan di Terusan Suez. Terusan Suez ini merupakan laluan Israel, Perancis dan Britain untuk tujuan ekonomi dan politik mereka. Peperangan ini menyebabkan keempat-empat negara yang terlibat mengalami kerugian disebabkan Terusan Suez menjadi rosak dan tidak lagi boleh digunakan sebagai laluan kapal.
Maka, PBB menghantar pasukan pendamaian di al-Irish supaya konflik kedua negara dapat dihindari. Pasukan ini dinamakan sebagai United Nation Emergency Force (UNEF).6
Seterusnya, krisis ini bertambah berlarutan apabila Jordan dan Syria mula memusuhi Israel akibat daripada projek bekalan air Israel yang dibina di Lembah Jordan. Dengan kewujudan projek bekalan air ini, Negara-negara Arab mengalami kerugian apabila Israel memotong bekalan air dari lembah ke Syria. Melalui Arab Summit, Syria menyokong pejuang Palestin menyerang Israel secara gerila.7
Konflik menjadi semakin parah pada 30 Mei 1967, di mana Mesir-Jordan telah memeterai pakatan ketenteraan dan disokong oleh Algeria dan Iraq. Pakatan ini telah memberi amaran kepada Israel mengenai serangan yang akan dilakukan Arab. Pakatan ini membuatkan keadaan krisis menjadi panas. Manakala Israel tidak mengambil mudah ancaman tersebut. Mereka mula mengatur strategi untuk berperang dengan pihak Arab.8
Akibat daripada tekanan itu, Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat dari segi senjata dan teknologi yang canggih dari awal penubuhan negaranya menyebabkan Israel semakin berani mencabar. Maka, pada 1 Jun 1967, empat hari sebelum perang bermula, Israel telah memutuskan untuk memberi ancaman kembali kepada pihak Arab sebagai meningkatkan keamanan dan keselamatan. Hal ini menurut Israel, keberkesanan
ketenteraan, kestabilan nasional dan pengawalan keselamatan negara adalah lebih efektif sebagai bentuk kekuatan negara berbanding hal yang lain.9 Israel juga telah menggariskan tiga masalah yang menyebabkan peperangan ini berlaku. Ia adalah masalah sempadan, konflik antara masyarakat dan serangan pengganas.
Israel begitu mengharapkan peperangan kerana mereka dapat meluaskan wilayahnya, tujuannya adalah bagi memastikan sumber bekalan makanan dan air mereka terjamin serta mereka boleh beribadah di tembok tangisan bekas Kuil Sulaiman yang mereka muliakan. Maka, pada 5 Jun 1967, Israel mula melancarkan serangan dan peperangan Perang Enam Hari bermula sehingga 10 Jun 1967.
Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman
Labels:
Perbahasan,
Sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment