Showing posts with label Mazhab. Show all posts
Showing posts with label Mazhab. Show all posts

Saturday, December 19, 2015

PERSOALAN TENTANG MAZHAB





Tidak Bermazhab?
Bagi yang tidak mahu bermazhab dengan mazhab muktabar yang empat maka amalannya terdedah kepada amalan bid'ah yang sesat, tertolak dan berdosa. Ini kerana amalannya akan menjadi campur aduk dan bertindih antara pendapat-pendapat imam mazhab di mana para imam mazhab sepakat tidak mengiktiraf sahnya amalan itu.BJauhi golongan yang mengajak kepada merujuk directly kepada al-Quran dan hadith dan meninggalkan mazhab.


Bertukar-tukar / berpindah Mazhab?

Menurut pendapat yang asoh dalam Mazhab Syafie', orang awam wajib mengikuti mazhab tertentu dari mazhab muktabar. Dan dibolehkan / harus berpindah mazhab ke mazhab lain sama ada pada masalah tertentu atau untuk selamanya dengan berpandukan pada adab-adab tertentu supaya tidak rosak amalan yang dikerjakan.

Talfiq?
Talfiq ialah mencampuradukkan beberapa pendapat mazhab sehingga mewujudkan konsep / amalan baru yang tidak diiktiraf oleh mana-mana mazhab yang muktabar. Contohnya, seseorang yang berwudhuk dengan menyapu kepala mengikut cara mazhab Syafie', kemudiannya dia menyentuh anjing dan menganggapnya suci dengan mengikut pendapat mazhab Maliki, setrusnya dia melaksanakan solat dengan wudhuk tadi, maka sepakat kedua-dua imam mazhab berpendapat solatnya dikira tidak sah.


Tatabbu' al-Rukhas?

Tindakan mencari-cari hukum / masalah yang paling ringan diantara mazhab untuk tujuan bermudah-mudah melakukan amalan. Perbuatan ini adalah dilarang kepada orang awam kerana risiko berlakunya pertindihan hukum daripada dua ijtihad. Ini kerana orang awam tidak mencapai tahap ilmu yang cukup bagi memahami dan membanding-bandingkan dalil.


Tuesday, November 9, 2010

Wajibkah Bermazhab??



Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Limpahan kebahagiaan dan rahmat-Nya s.w.t semoga selalu tercurah pada hari-hari kita semua, mazhab guru-guru kita dan guru-guru mereka, sanad guru mereka jelas hingga Imam syafii, dan sanad mereka muttashil hingga Imam Bukhari, bahkan hingga Rasul s.a.w, bukan sebagaimana orang masa kini yang mengambil ilmu dari buku terjemahan lalu berfatwa untuk memilih mazhab ikut selera mereka.

Benar, bahawa kita mesti menyesuaikan hukum dengan keadaan, bila kita di makkah misalnya, maka mazhab disana kebanyakan Hanafi, dan di Madinah mazhab kebanyakannya adalah Maliki, selayaknya kita mengikuti mazhab setempat, agar tak menjadi fitnah dan dianggap lain sendiri, berbeza dengan sebagian muslimin masa kini yang gemar mencari yang aneh dan berbeza, tidak mahu mengikut jamaah dan cenderung memisahkan diri agar dianggap lebih alim dari yang lain, hal ini adalah dari ketidakfahaman melihat situasi suatu tempat dan kondisi masyarakat.

Memang tidak ada perintah wajib bermazhab secara shariih, namun bermazhab wajib hukumnya, karana kaedah syariah adalah Maa Yatimmul waajib illa bihi fahuwa wajib, iaitu apa-apa yang mesti ada sebagai perantara untuk mencapai hal yang wajib, menjadi wajib hukumnya. Misalnya kita membeli air, apa hukumnya?, tentunya mubah saja, namun bila kita hendak menunaikan solat fardhu tapi tidak ada air, dan yang ada hanyalah air yang harus beli, dan kita punya duit, maka apa hukumnya membeli air?, dari mubah berubah menjadi wajib. karana perlu untuk solat yang wajib.

Demikian pula dalam syariah ini, tak wajib mengikuti madzhab, namun kerana kita tak mengetahui keluasan ilmu syariah seluruh mazhab, dan kita hidup 14 abad setelah wafatnya Rasul s.a.w, maka kita tak mengenal hukum ibadah kecuali menelusuri fatwa yang ada pada imam-imam muhaddits terdahulu, maka bermazhab menjadi wajib, Kerana kita tak dapat beribadah dan mengetahui hal-hal yang fardhu/wajib kecuali dengan mengikuti salah satu mazhab itu, maka bermazhab menjadi wajib hukumnya.

Sebagaimana suatu contoh kejadian ketika zeyd dan amir sedang berwudhu, lalu keduanya kepasar, dan masing-masing membeli sesuatu di pasar kemudiannya keduanya menyentuh wanita, ketika keduanya hendak menunaikan solat, maka zeyd berwudhuk dan amir tidak berwudhuk, ketika zeyd bertanya pada amir, mengapa kau tidak berwudhuk?, bukankah kau bersentuhan dengan wanita?, maka amir berkata, aku bermazhab maliki, maka zeyd berkata, maka wudhuk mu itu tidak sah dalam mazhab malik dan tak sah pula dalam mazhab syafii, kerana mazhab Maliki mengajar wudhuk harus menggosok anggota wudhu, tak cukup hanya mengusap, namun kau tadi berwudhu dengan madzhab syafii dan lalu dalam masalah bersentuhan kau ingin mengambil madzhab maliki, maka bersuci mu kini tidak sah secara maliki dan telah batal pula dalam mazhab Syafii.

Demikian contoh kecil dari kebodohan orang yang mengatakan bermazhab tidak wajib, lalu siapa yang akan bertanggung jawab atas wudhuknya?, Dia mendakwa sanad yang dia pegang bahawa dia berpegang pada sunnah Nabi s.a.w dalam wudhuknya, sanadnya berpadu pada Imam Syafii atau pada Imam Malik?, atau pada lainnya?, atau ia tak berpegang pada salah satunya sebagaimana contoh diatas.. Dan berpindah pindah madzhab tentunya boleh boleh saja bila sesuai situasinya, ia pindah ke wilayah malikiyyun maka tak sepatutnya dia berkeras kepala dengan mazhab Syafii nya, demikian pula bila ia berada di indonesia, wilayah mazhab syafi’iyyun, tak sepantasnya ia berkeras kepala mencari madzhab lain.
Wallahu a'lam

Sumber: Kenalilah Akidahmu, Habib Munzir al-Musawa

Saturday, September 25, 2010

Menumpang Di Atas Kapal Yang besar Bhg 2



Maka siapa yang dapat memperkenalkan kita cara dan peraturan yang betul kalau bukan Ulamak. Ulamak menguasai ilmu Al-Quran, menghafal beribu hadis dan khilaf dari kalangan para sahabat nabi ada dalam minda mereka. Jika kita diberi kapal terbang untuk ke suatu tempat, maka biarlah kapal itu diterbangkan oleh juruterbang dan orang yang mempunyai keupayaan atau kepakaran dalam menerbangkan pesawat dan kita hanya menjadi penumpang sahaja. Begitu juga dalam beribadat, biarlah panduan, cara dan peraturan dalam ibadah diambil dari Al-Quran dan Hadis oleh para Ulamak dan kita hanya menjadi penumpangnya.

Oleh itu, seseorang itu tidak akan mampu berijtihad dengan hanya berpanduan terus dari Al-Quran dan Hadis kerana setiap orang tidak akan mampu menjadi juruterbang. Ini kerana, telah menjadi sunnatullah bahawa setiap manusia itu tidak mungkin sama sekali sama dari segi ilmu, keupayaan dan kepakaran. Manusia mempunyai ciri-ciri, sifat, dan kelakuan yang berbeza-beza, inilah keunikan pnciptaan dan kebesaran Allah. Dengan perbezaan ini akan mewujudkan interaksi, hubungan, dan saling melengkapi antara manusia.

Bukan semua orang mampu menjadi juruterbang, pasti ada yang menjadi penumpang, penbina kapal dan orang yang mentadbir. Bukan semua mampu menjadi alim dan bergelar Tuan guru, pasti ada yang menjadi anak murid dan penuntut. Maka orang yang tidak mempunyai kepakaran akan bertanya kepada orang yang ada kepakaran, bertanya kepada orang yang mengetahui jika kita tidak menetahui, seperti mana firman Allah “Tanyalah kepada ahli zikir”, iaitu ahli ulamak.

Seseorang yang ingin beribadah, dia akan bertanya kepada orang yang tahu bagaimana untuk beribadah. Tindakan ini bukanlah bermakna dia menafikan atau tidak menjadikan alQuran dan Hadis sebagai panduan, tetapi kerana perbezaan dan kepelbagaiaan manusia itu tidak memungkinkan agar dia mempelajari ilmu agama atau tidak dapat memahami apa yang sebenarnya dikehendaki oleh tuntutan agama.

Selayaknya Ulamak menjadi tempat kita bertaklid dan mengikut, ini kerana mereka mempunyai takwa kepada Allah yang tinggi, dilengkapi dengan zuhud dan tawadhuk, kesabaran, warak. Seperti imam Abu hanifah, dengan warak, keilmuan dan zuhudnya. Imam malik yang tidak pernah dalam keadaan berhadas ketika meriwayatkan Hadis-hadis Rasulullah, tidak mengampu pemerintah yang sangat berkuasa pada ketika itu, beribadah dengan pakaian yang sentiasa bersih, tawadhuk.

Kehebatan Ulamak-Ulamak terdahulu berbanding dengan kita di zaman moden di mana cara pkaian dan cara hidup yang tidak mengenal sunnah, begitu jauh bandingannya dengan kita sekarang, malahan ada diantara kita dizaman sekarang dengan hanya mendapat beberapa gelaran telah begitu berani bertindak menyalahkan ulamak-ulamak terdahulu. Seperti mana digambarkan di dalam sebuah hadis Nabi tentang terjadinya peristiwa akhir zaman di mana orang-orang yang di akhir zaman bertindak menyalahi orang-orang yang terdahulu.

Kita tidak taklid dan mengikut secara membuta, fanatik dan tidak menganggap Ulamak terdahulu maksum dan tidak terlepas dari kesalahan, tetapi kemungkinan mendapat kebenaran itu adalah lebih seribu kali ganda lebih besar dari mendapatkan kebenaran dari orang zaman sekarang.

Secara kesimpulannya, kita wajib bermazhab kerana orang yang tidak tahu mesti bertanya dan mengikut dari orang yang berilmu dan tahu kemana mahu membawanya pergi kearah kebenaran.

Menumpang Di Atas Kapal Yang besar Bhg 1


Dalam kehidupan kita seharian jangan kita mengabaikan apa yang menjadi kewajipan dan dituntut keatas kita. Merenung sejenak dan berfikir mengapa dan apa tujuan kita dicipta oleh Allah di muka bumi ini.

Tujuan kita dicipta di atas muka bumi ini adalah supaya dapat kita mengabdikan diri kita pada Allah yang Esa serta dilantik sebagai khalifah di muka bumi. Dalam tujuan kita untuk mengabdikan diri kita kepada Allah timbul persoalan bagaimana kita mampu kita mengabdikan diri kepada Allah, bagaimana caranya, dengan bentuk yang bagaimana, dalam keadaan dan situasi yang bagaimana dan bagaimana dapat kita berhubung dengan Allah, bagaimanakah dapat kita taat, patuh dan sentiasa menjunjung segala perintah Allah, bagaimana mampu kita mengabdikan diri dan mengenal Pencipta kita.

Dengan segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita, dengan nikmat udara, nikmat air, makanan dan sebagainya adalah dengan tujuan supaya kita mengabdikan diri kepada Allah dalam bentuk ibadah, tetapi ibadah yang bagaimana yang yang mampu membuat kita dapat betul-batul mengabdikan hidup kita kepada Allah.

Dengan Allah yang Maha Bijaksana maka Allah tidak akan membiarkan kita melakukan ibadah mengikut selera kita sendiri, Allah memberitahu caranya, Allah yang menentukan segalanya, Allah menciptakan kita maka Dialah yang mencipta peraturan bagi kita. Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi adalah sebagai penghubung antara sang Pencipta dengan makhluknya dan dapatlah kita berhubung dengan Dzat Allah yang maha Agong.

Melalui Nabi dan Rasul maka kita mampu mengatahui bagaimana untuk mengesakan Allah, bagaimana untuk mentauhidkan Allah,dan mengajar kita cara untuk menyembah dan taat.
Oleh itu, dalam beribadah kepada Allah perlu ada caranya, perlu ada peraturan dan undang-undangnya.

Melalui Nabi dan Rasul dan kitab Al-Quran yang diturunkan, maka dapat kita mengetahui bagaimana untuk beribadah kepada Allah, melalui tangan yang bergerak, melaui mulut yang bercakap. Sebuah hadis diriwayatkan oleh Saidina Ali karamallahuwajhah Nabi s.a.w bersabda dengan maksudnya, Iman itu adalah makrifat dengan hati, pengakuan dengan lidah dan gerak dengan anggota.

Dengan tiga perkara ini dapat kita perhatikan bahawa bermulanya ibadah itu adalah dengan menyakini didalam hati, diterjemahkan oleh lidah dan dilaksanakan oleh anggota tubuh. Dengan kombinasi ketiga-tiga perkara ini dapat kita mencapai matlamat dan tujuan kita dicipta.

Nabi dan Rasul juga adalah makhluk manusia seperti kita. Mereka juga akan mati dan tidak akan kekal, maka bagaimana mampu mereka terus menjadi penghubung kepada seluruh manusia. Bagaimana kita mampu terus berhubung dengan Allah setelah Nabi meninggalkan kita sejak berabad selama tidak lebih 1431 tahun hijriah dahulu. Adakah generasi yang mendatang membesar tanpa ada penghubung dan panduan bagaimana cara dan peraturan untuk beribadah kepada Allah.

Adakah kita akan beribadah dengan hanya terus membaca Al-Quran dan menghafal beberapa Hadis?

Seperti kita diberi sebuah kapal terbang yang besar untuk pergi ke suatu tempat, adakah kita mampu terus menerbangkan pesawat tersebut tanpa mengetahui cara menerbangkannya? Sudah tentu kapal yang diterbangkan kita akan jatuh terhempas. Begitu jugalah jika seseorang yang tidak mengenal Al-Quran dan hadis, tidak tahu bagaimana mengeluarkan hukum dari Al-quran dan tidak menguasai ilmu dalam menegeluarkan hukum, maka seseorang itu tidak akan mampu untuk berijtihad dan mengeluarkan hukum untuk dijadikan panduan dalan beribadah.

Cetusan dari kuliah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki