Thursday, December 22, 2011

Taqwa, Iman dan Politik



Dalam sebuah madah tasawuf yang indah berbunyi,”untuk memulakan sesuatu yang besar itu memerlukan asas yang kukuh”. Seperti ingin membina bangunan yang besar dan tinggi memerlukan tiang dan bahan-bahan binaan yang berkualiti tinggi supaya setiap sudut binaannya menjadi kukuh dan kuat, dengan itu barulah bangunan itu nanti akan bertahan lama.

Maksud dari gambaran di atas ialah umat ini perlukan kekuatan rohani dan iman yang tinggi untuk membina dan mewujudkan perkara yang lebih besar, contohnya dalam berjuang menegakkan undang-undang Allah, negara islam, hudud, dan sebagainya. Iman dan pembangunan rohani yang mantap adalah sebagai bahan yang paling berkualiti bertindak sebagai batu asas dan tiang dalam membina dan mencapai perkara yang lebih besar.

Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari pernah berkata, umat islam ini bergerak secara berasingan dengan matlamat yang sama tetapi melalui peranan setiap individu muslim yang berbeza-beza. Ini merupakan keunikan Islam itu sendiri selagi mana ia mampu membawa kepada matlamat penciptaan kita di muka bumi sebagai khalifah dan untuk beribadat kepada Allah dengan cara menggabungkan kedua-dua matlamat.

Setiap individu muslim ada yang bergerak dan berperanan dalam dunia politik bagi membina Negara islam dan meletakkan undang-undang Islam sebagai perlembagaan tertinggi. Ada yang bergerak dan berperanan dalam dunia dakwah seperti kumpulan tabligh, penubuhan persatuan-persatuan, penulisan dan drama tv. Ada juga yang terlibat dalam dunia perniagaan dalam mewujudkan ekonomi org islam, ada yang mengadakan majlis-majlis Ilmu, semuanya ini adalah dengan matlamat yang sama untuk tegakkan Islam tetapi dengan gaya dan watak yang berbeza. Namun, asas bagi kejayaan setiap peranan ini dalm memandu menegakkan syiar islam adalah melalui pembangunan rohani, ketinggian iman, taqwa dan tentunya dengan ilmu.

Dalam usaha menegakkan negara islam perlu ada undang-undang Islam sebagai tanda dan ciri-ciri yang membolehkan sesebuah Negara di isytiharkan sebagai Negara islam. Undang-undang islam perlu diletakkan di tempat paling tinggi, bukan dengan menjadikan system atau perundangan lain sebagai perlembagaan, contohnya perundangan yang acuannya adalah dari fahaman secular.
Perlu diberi perhatian dan muhasabah diri bahawa setiap dari kita adalah satu jasad yang saling memerlukan, kita perlu sling menyokong dan bekerjasama, kita perlu sokong saudara yang berjuang bagi menegakkan undang-undang islam, dan mreka perlu menyokong kita dalam menghidupkan iman dan ilmu, jangan kita saling mentohmah dan menjatuhkan satu sama lain.

Nabi s.a.w bersabda mafhumnya, umat islam adalah seperti setiap bahagian dari bangunan yang saling menyokong satu sama lain. Jika satu bahagian rosak, maka bangunan yang bakal dibina menjadi tidak kukuh dan mudah runtuh. Demikianlah sejarah mengajar kita bahawa runtuhnya kerajaan islam dan system khalifah islam adalah bukan kerana tiadanya perundangan islam tapi kerana bahan asas pembinaan dan tiangnya yang tidak kukuh iaitu iman, pembangunan rohani dan taqwa.

Perundangan islam wajib dilaksanakan bukan hanya tertumpu pada hudud sahaja, termasuk juga hukum takzir yang di jatuhkn dengan panduan dan nasihat ulamak, hukum dalam muamalat berkaitan bank, ekonomi, transaksi matawang supaya tidak terikat dengan mahkamah sivil, dan pelbagai lagi. Akhir sekali saya membawakan lagi mtiara-mutiara kalam Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, beliau pernah menyatakan bahawa setiap dari kita ada tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam menegakkan agama Allah di muka bumi supaya mencapai matlamat kita diciptakan iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan untuk beribadat kepada Allah taala wallau a’lam….

No comments: