SIFAT NAFSIYYAH
Adalah sifat yang menetapkan adanya zat (diri) Allah ta'ala semata-mata tanpa ada sebarang tambahan pada zat Allah ta'ala. Sifat ini hanya ada satu iaitu sifat wujud Allah.
Adanya alam ini adalah dalil wujudnya Tuhan yang mencipta iaitu Allah ta'ala. Alam ini bersifat dengan sifat yang baharu (berubah-rubah, dahulu tiada sekarang ada) membuktikan Allah menciptakan alam ini dari tiada kepada ada, menciptakan perkembangan dan perubahan alam ini peringkat demi peringkat.
Sifat Wujud Allah adalah wajib bermaksud sifat ini wajib ada dan mustahil tiada sifat wujud, malah jika alam ini tiada pun Allah tetap wujud tanpa ada permulaan.
Wujud Allah tidak memerlukan sesuatu yang membantu-Nya untuk wujud seperti memerlukan tempat, udara, graviti, atau kerusi. Ini kerana jika Allah memerlukan bantuan yang lain untuk wujud maka Allah bersifat dengan sifat yang lemah iaitu memerlukan bantuan. Allah tidak memerlukan bantuan sesuatu malah Allah-lah Maha memberi pertolongan.
Firman Allah ta'ala: ”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia beristawa di atas Arasy. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan
(diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing)
tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak
Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam”.( Al-A’râf: 54).
Dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa makhluk ciptaan-Nya mengalami perubahan berperingkat dan Dia-lah yang mencipta alam ini.
SIFAT SALBIYYAH
Sifat salbiyyah tidak tetap dan tida ada pada Zat, perbahasan sifat ini hanya menolak sifat-sifat yang tidak patut dan layak kepada Zat-Nya Allah ta'ala. Sifat Salbiyyah adalah sifat yang tertelok/ternafi segala
sifat-sifat yang tidak layak dan tidak patut bagi Allah ta'ala, sebab Allah Maha
sempurna dan tidak memiliki sedikit pun kekurangan.
Sifat salbiyyah tidak tetap dan tida ada pada Zat, perbahasan sifat ini hanya menolak sifat-sifat yang tidak patut dan layak kepada Zat-Nya Allah ta'ala.
1. SIFAT QIDAM (tiada awal bagi kewujudan Allah ta'ala).
Dalilnya ialah jika Allah tidak bersifat dengan sifat Qidam bermaksud wujud Allah ada permulaan, adanya permulaan pula bermakna ada pencipta lain yang mencipta Allah yang mana sifat ini sama seperti sifat makhluk lainya, maka ada Allah juga diciptakan dari tiada kepada ada, ini adalah mustahil bagi Allah ta'ala yang Maha Menguasai alam ini.
Firman Allah ta'ala: “Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Lahir dan yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu” (Al Hadiid:3)
2. BAQA (Tiada akhir bagi kewujudan Allah ta'ala)
Dalilnya ialah jika Allah tidak bersifat dengan Baqa maka akan ada pengakhiran atau bianasa pada suatu hari nanti, maka mustahil Allah bersifat dengan sifat binasa/musnah malah Allah tiada bagi-Nya tempoh masa tertentu, tiada batasan waktu dan tidak memerlukan masa untuk membatu kewujudan-Nya.
Bagi Allah ta'ala tiada akhir bermaksud kewujudan Allah adalah kekal tanpa ada had atau tempoh waktu tertentu walau alam ini musnah semuanya.
Firman Allah: "...Manakala Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. " (ar-Rahman: 26-27)
Firman Allah: "...Manakala Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. " (ar-Rahman: 26-27)
Firman Allah: "Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya lah
segala penentuan, dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan.” (al-Qashash: 88).
3. MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH (Bersalahan Allah dengan yang baharu)
Semua makhluk yang telah diciptakan dan seluruh alam ini bersifat baharu yang berlaku dan terkesan dengan perubahan. Segala yang terlihat oleh mata dan yang tergambar/terlintas dalam fikiran atau bayangan adalah berlawanan dan tidak sama dengan Allah ta'ala.
Mukhalafatu Lil Hawadith ( Berbeda dengan yang baharu )
adalah sifat yang menolak adanya persamaan Zat, Sifat dan Perbuatan Allah
dengan Zat, sifat dan perbuatan baharu, dengan makna lain Allah tidak seperti
makhluknya.
Firman Allah SWT : "Dan tiada sesuatu pun yang sama dengan Dia (Allah)" (al-Ikhlas: 4)
Firman Allah SWT : "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. As-Syura : 11).
4. QIAMUHU BINAFSIHI (berdiri Allah dengan diri-Nya sendiri)
Berdiri di sini dengan maksud wujud. Wujud Allah tanpa perlu bantuan, pertolongan atau kerjasama. Allah tidak perlukan zat (diri) selain-Nya untuk wujud.
Allah tidak memerlukan tempoh masa, waktu, Allah tidak memerlukan graviti atau udara untuk wujud. Firman Allah SWT : "Sesungguhnya Allah ta'ala benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan yang lain) dari semesta alam " (al-Ankabut:6)
5. WAHDANIAH (Esa/Tunggal/tidak berbilang)
Esa Allah pada zat(diri)-Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya tanpa ada persamaan dan bandingan dengan sesuatu pun yang lain.
Zat Allah tidak seperti jisim dan jirim yang tersusun dari gabungan unsur sehingga membentuk seperti ada anggota badan.
Jika Allah ada dua atau tiga (berbilang) maka tidak tercipta alam ini kerana akan ada perselisihan, akan ada satu Tuhan yang lebih kuat dari Tuhan kedua dan akan berlaku kuasa yang berasingan, ini adalah mustahil bagi Allah.
Firman Allah SWT : "Jika ada di langit dan bumi Tuhan-Tuhan selain Allah nescaya rosaklah langit dan bumi " (al-Anbiya':22)

No comments:
Post a Comment