Pelaburan
emas boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti berikut:
- Emas Fizikal
- Akaun Emas
- Emas Maya
Emas Fizikal
Emas fizikal
adalah dalam dua bentuk berikut:
- Bentuk syiling emas dan jongkong emas
- Barang perhiasan.
Akaun Emas
Terdapat
produk pelaburan emas berasaskan akaun simpanan emas. Kelebihannya ialah
pemegang akaun dapat membuat keuntungan dengan kenaikan harga emas tanpa perlu
menyimpan emas yang dibelinya secara fizikal. Dengan membuka akaun ini,
pelanggan tidak diberikan emas fizikal, sebaliknya kuantiti emas yang dibeli
beserta nilainya direkodkan dalam buku akaun pelanggan.
Emas Maya
Emas maya
adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan
emas maya adalah menggunakan platform elektronik, seperti yang ditawarkan oleh
sesetengah broker forex.
Pastikan
Mematuhi Syarak
Terdapat
pelbagai kaedah dan produk pelaburan emas dan semakin ramai orang Islam yang
terlibat dalam aktiviti ini. Bagi yang terlibat atau baru hendak menceburkan
diri dinasihatkan supaya mengambil perhatian dari sudut kepatuhan Syariah. Ini
kerana keuntungan dari pelaburan tersebut sekiranya tidak memenuhi tuntutan
syarak akan membiakkan sumber pendapatan haram yang dimurkai dan tidak
diberkati oleh Allah.
Menjadi
peranan kepada para Ustaz, Pendakwah dan pelajar Pengajian Islam untuk sentiasa
peka dengan kewujudan pelbagai produk pelaburan emas, agar dapat memberi
panduan kepada masyarakat Islam yang ingin melibatkan diri dengan aktiviti ini.
Apatah lagi aktiviti pelaburan ini melibatkan item yang bersifat ribawi.
Pengguna
Islam perlu berhati-hati dalam memilih produk pelaburan emas dan tidak hanya
terpengaruh dengan janji-janji pulangan lumayan yang tidak dipastikan status
halalnya.
Syarikat-syarikat
perniagaan emas hendaklah peka dengan hukum-hakam syarak berkaitan pelaburan
emas. Sewajarnya setiap syarikat pelaburan emas mewujudkan jawatankuasa syariah
tersendiri bagi memastikan produk yang ditawarkan tidak menyalahi hukum syarak.
No comments:
Post a Comment