Kaedah
pelaburan emas hiasan adalah dengan membeli emas perhiasan dan
menyimpannya sehingga harganya naik untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan.
Kebiasaannya barang perhiasan wanita adalah diperbuat daripada emas
berketulenan 22 karat atau dipanggil emas 916. Namun pada akhir-akhir
ini, syarikat-syarikat emas mula mengeluarkan produk emas hiasan
berketulenan 24 karat atau 999.
Kelebihan
dan Kekurangan Emas Perhiasan Dalam Pelaburan
Berbanding
dengan emas berketulenan 999 dalam bentuk jongkong atau syiling, pelaburan emas
perhiasan 916 memakan masa yang lebih lama untuk memberikan keuntungan. Ini
kerana susut nilai barang kemas adalah tinggi iaitu dalam lingkungan 15-30%.
Harga emas perhiasan juga perlu mengambil kira kos pertukangan yang bergantung kepada
kesenian dan kesukaran membentuknya. Namun kelebihannya ialah emas perhiasan
diterima untuk diletakkan di pusat pajak gadai untuk memperoleh pinjaman dengan
mudah.
Emas Perhiasan
Adalah Item Ribawi
Pendapat
majoriti ulama dan sebahagian menukilkan bahawa ia merupakan ijmak bahawa emas
perhiasan tetap dikira sebagai item ribawi. Maka tidak boleh ditukar antara
emas perhiasan dengan emas lain samada emas perhiasan atau bukan hiasan kecuali
dengan persamaan kadarnya (timbangan). Antara yang menukilkan ijmak ialah Ibn Abd
al-Barr di dalam kitabnya al-Kafi. Oleh itu, pembelian emas perhiasan perlulah memenuhi
syarat jual beli emas ketika majlis akad.
Unsur
Pertukangan Sebagai Tambahan Harga
Manakala ada
segelintir ulama seperti Ibnu Taymiyyah yang mengharuskan pertukaran emas
dengan emas perhiasan dengan tidak bersamaan timbangan, iaitu dengan mengira
bahawa lebihan timbangan adalah sebagai harga bagi pertukangan emas hiasan dan
selama mana tidak ada maksud menjadikannya sebagai matawang. Berdasarkan
pendapat kedua ini, maka emas perhiasan tidak dianggap sebagai item ribawi sebaliknya
sebagai barangan dan hukum jual beli emas perhiasan boleh dilakukan secara
tangguh dan ansuran.
Walau
bagaimanapun, perlu diteliti dari sudut adakah ‘illah yang menjadi sandaran
pendapat tersebut iaitu dengan mengambil kira nilai pertukangan masih wujud? Berdasarkan
tinjauan terhadap beberapa iklan jualan emas hiasan, didapati bahawa unsur
pertukangan tidak diambil kira. Jika demikian, ia adalah sama dengan emas jongkong
yang merupakan item ribawi. Ini kerana pendapat yang menafikan unsur riba dalam
emas hiasan adalah bersandarkan kepada harga pertukangan.
Sumber: International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA). Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas Di Malaysia.
No comments:
Post a Comment