Friday, December 30, 2011

PERANG ENAM HARI 1967 - Penutup


Peperangan Enam Hari ini juga telah menyaksikan perubahan wilayah Israel yang semakin besar daripada awal penubuhannya pada 1948. Israel juga semakin berani mencabar musuh-musuhnya untuk berperang selepas rentetan-rentetan kemenangan mereka di dalam peperangan semenjak 1948 lagi. Selain kesannya itu, Israel juga telah mendapat sokongan besar daripada sekutunya Amarika Syarikat apabila Israel tidak pernah diambil tindakan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Hal ini membuktikan pengaruh dan kuasa Israel adalah lebih besar daripada negara-negara Arab kepada Amerika Syarikat walaupun Amerika Syarikat masih bersandar permintaan minyak mentah negaranya kepada hasil negara-negara Arab ini. Malahan Israel juga semakin menunjukkan kekuatannya dengan dibayangi Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia. Manakala negara-negara Arab yang sekian lama memusuhi mereka masih tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka.

Impak dari peristiwa ini juga membuktikan umat Islam sedunia masih tidak lagi bersatu untuk mempertahankan rakyat Palestin yang menjadi korban peristiwa ini. Malah, rakyat Palestin terus ditindas dan menjadi pelarian serta hamba di tempat sendiri. Tetapi mereka terus berjihad untuk mendapatkan hak mereka walaupun tidak diendahkan umat seagama mereka. Manakala Israel terus menikmati kezaliman yang telah mereka lakukan tanpa perasaan bersalah.

Sumber : Kajian Ilmiah oleh saudara Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

No comments: