Makruh Memijak
Atau Berjalan Di Atas Kubur
Kubur dihormati
dari segi syara’ demi memuliakan si mati. Lantaran itu para fuqaha’ (ahli
fiqah) sepakat menghukumkan makruh memijak atau berjalan di atas kubur si mati.
Ini disebabkan Nabi SAW melarang memijak kubur.
Mazhab Maliki
mengatakan hukumnya makruh jika kubur itu telah didirikan bangunan di atasnya. Mazhab
Syafi’e dan Hambali pula mengecualikan memijak kubur jika kerana hajat seperti tidak
boleh sampai ke kubur si mati kecuali dengan memijak kubur yang lain.
Makruh Solat
kerana Dibimbangi Ada Najis
Mazhab
Hanafi menghukumnya sebagai makruh, ini dijelaskan, kerana tempat ini dibimbangi
terdapat najis dan ianya juga menyerupai dengan perbuatan orang Yahudi. Kecuali
jika sekiranya di perkuburan itu disediakan tempat untuk bersolat, tiada kubur di
situ dan tiada najis, maka tidak mengapa solat di situ.
Harus Solat
Di Kawasan Perkuburan
Mazhab
Maliki pula menghukumkan harus solat di atas kubur sama ada didirikan bangunan
di atasnya atau telah lama ditinggalkan atau telah digali semula dan dipindahkan
atau tidak, sama ada kubur orang Islam atau orang kafir.
Tidak Sah
Solat Jika Tiada Hamparan
Mazhab
Syafi’e mengatakan tidak sah solat di atas kubur yang dapat dipastikan telah
digali atau dipindahkan tanpa ada hilaf ulama, kerana tanahnya telah bercampur
dengan darah dan lendir si mati. Jika tidak dihamparkan sesuatu di bawahnya,
tetapi jika di hamparkan sesuatu di bawahnya, maka makruh hukumnya.
Sah Solat
Tetapi Makruh
Adapun jika
pasti kubur itu tidak digali atau dipindahkan, maka sah solatnya tanpa ada khilaf
ulama, kerana bahagian yang digunakan untuk bersolat itu suci, tetapi hukumnya
adalah makruh tanzih yang perlu dielakkan, kerana ia tempat menyimpan najis.
Pendapat
Paling Asoh
Adapun jika
sekiranya diragui kubur itu tidak digali semula atau dipindahkan, maka terdapat
dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan bahawa sah solatnya tetapi makruh,
kerana pada asalnya bumi itu suci, maka tidak boleh dihukumkan najis tanah itu
dengan kerana kita syak atau tidak yakin dan inilah pendapat paling asoh.
Pendapat kedua
pula menyatakan bahawa tidak sah solatnya, kerana pada asalnya kekal hukum
haram itu pada tempatnya (kerana tidak sah solat di perkuburan yang telah
digali semula), walhal dalam situasi ini dia hanya syak bahawa kubur itu tidak
digali semula. dan hukum ini tidak boleh digugurkan dengan syak.
Tidak Sah
Solat Di Kawasan Yang Mempunyai Lebih Dari 3 Kubur
Mengikut
mazhab Hambali pula menyatakan tidak sah solat di atas kubur sama ada kubur
lama atau baru, berulang kali digali semula atau pun tidak. Tidak mengapa solat
jika hanya terdapat satu atau dua kubur sahaja kerana ia bukan diistilahkan
sebagai kawasan perkuburan, kerana perkuburan itu mempunyai tiga kubur dan
lebih daripada itu.
Kubur Di
Rumah Adalah Bukan Kawasan Perkuburan
Diriwayatkan
daripada ulama mazhab Hambali bahawa kawasan perkuburan itu termasuk kawasan
sekitarnya dan tidak boleh dijadikan tempat untuk solat. Mereka mengatakan
lagi, tidak mengapa solat di atas tempat yang mayat tersebut disemadikan di
dalam rumah sekalipun melebihi tiga mayat, kerana ia bukan dinamakan kawasan perkuburan.
Inilah
pendapat ahli fiqah mengenai solat di atas kubur tanpa mengaitkan masalah solat
di masjid yang bersebelahan dengan makam.
Sumber: Al-Bayan Lima Yasyghulul Adzhan, Fadhilah Dr. Ali Jum’ah Mufti Besar Mesir, diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor