Bertakbir
Dari Abu Hurairah r.a. dari
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Hiasilah hari-hari raya
kamu dengan bertakbir.” (at-Tabrani)
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya sama ada
hari raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha dengan bertakbir beramai-ramai dengan
dimulakan di rumah bersama ahli keluarga, kemudian di masjid-masjid atau di
surau-surau bagi menandakan kesyukuran kepada Allah SWT setelah berjaya
berpuasa selama sebulan.
Takbir bermula sejurus sahaja terbenam matahari pada
hari terakhir Ramadan, selepas berbuka dan menunaikan solat maghrib maka digalakkan
bertakbir dengan takbir raya yang biasa kita ucapkan apabila tiba hari raya.
Mandi,
Memakai Wangian, Memakai Pakaian yang Baik
Perkara
ini dilakukan adalah untuk menzahirkan nikmat Allah dan bersyukur di atas
nikmat tersebut. Ini kerana Rasulullah SAW mandi pada hari raya Fitrah, hari
raya Korban, baginda memakai wangian pada hari raya, walau pun dari wangian
isterinya. (Riwayat Baihaki dari Ibn Abbas.)
Waktu
mandi, pada pandangan Hanafiah dan Hanabilah, ialah selepas subuh sebelum pergi
ke masjid. Di antara dalil, sunatnya perkara tersebut ialah:
Maksudnya:
Hasan berkata: “Rasulullah SAW menyuruh kami pada dua hari raya, supaya kami
memakai sebaik-baik pakaian yang kami ada, kami memakai wangian yang terbaik
yang kami ada, dan kami korbankan benda yang paling berharga yang kami ada…”
Riwayat al-Bukhari.
Makan
Sebelum Keluar Menunaikan solat Pada Hari Raya Fitrah,
Walaubagaimanapun
tidak sunat makan sebelum keluar menunaikan solat hari raya pada hari Raya
Korban. Pada hari raya korban sunat dilewatkan makan sehingga balik dari
menunaikan solat supaya dapat makan masakan dari hasil korbannya, atau hasil
korban orang lain, jika ia tidak berkorban. Disunatkan makan dahulu beberapa
biji tamar (bilangan ganjil) pada hari raya Fitrah, Ini berdasarkan hadis Anas:
Maksudnya:
“Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya Fitrah sehingga baginda makan
beberapa tamar”.
Maksudnya:
Hadis Buraidah “Bahawa Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Fitrah
sehingga baginda makan, dan baginda tidak makan pada hari Raya Korban sehingga
baginda solat.”
Adab
Keluar Rumah Pada Hari Raya
selepas
solat subuh, dengan tenang, bersopan dan dalam keadaan berjalan kaki, dengan
keinginan untuk menambahkan pahala. Ini berdasarkan kata-kata Ali r.a. :
Maksudnya:
“Antara sunnah Rasulullah ialah keluar untuk solat hari raya dalam keadaan
berjalan kaki.”
Manakala
Imam solat, sunat baginya lewat datang ke masjid sehingga dekat waktu untuk
mendirikan solat tersebut. Ini berdasarkan hadis Abi Said al-Khudri r.a.:
Maksudnya:
“Nabi SAW keluar pada hari Raya Fitrah dan raya korban ke musalla, maka perkara
pertama yang baginda mulakan ialah solat sunat hari raya.”
Walau
bagaimanapun tidaklah menjadi suatu larangan untuk menaiki kenderaan ketika
berjalan pulang.
Antara
sunnah Rasulullah SAW juga ialah pulang dari masjid mengikut jalan yang berbeza
supaya langkahnya disaksikan oleh dua batang jalan, ketika pergi dan ketika
pulang. Walau pun begitu, tiada halangan untuk pulang mengikut jalan yang sama.
Sunat
Ucapkan Tahniah.
Terdapat
satu riwayat hadis, maksudnya:
“Para
sahabat Rasulullah SAW, apabila mereka berjumpa pada hari raya, mereka ucapkan
sesama mereka “Moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.”
Berseronok
Pada Hari Raya
Berseronok
pada perkara yang dibenarkan, seperti dengan nyanyian yang dibolehkan termasuk
nasyid, dan qasidah untuk merehatkan jiwa. Ini berdasarkan kata Anas,
maksudnya:
“Ketika
Rasulullah datang ke Madinah, dan bagi penduduk Madinah terdapat dua hari yang
mereka berseronok padanya, maka Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah telah
menggantikan kebaikan bagi kamu dengan dua hari tersebut, iaitu hari raya
fitrah dan hari raya korban.”
Dari Aisyah r.a
katanya:”Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan
permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan
kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas
melihatnya.” (Muslim)
Menghidupkan
Malam Hari Raya
Menghidupkan
malam hari raya adalah dengan berzikir, solat sunat, membaca al-Quran,
bertakbir, bertasbih, dan beristighfar pada sepertiga akhir dari malam itu, dan
yang terbaik ialah menghidupkan seluruh malam itu dengan amalan tersebut. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Hari Raya Fitrah dan malam Hari Raya Korban,
maka hatinya tidak mati pada suatu hari yang mana hati-hati orang lain mati.”
Daripada Abi Umamah r.a,
daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada
malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan
Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya
hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.” (Ibnu Majah)
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan
Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang
yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat
kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat
balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan sebuiruk-buruk balasan.
Di haramkan Berpuasa Di Hari Raya.
Ini berdasarkan hadis Nabi saw dari
Abu Hurairah r.a:
Maksudnya,
”Rasulullah s.a.w melarang puasa pada dua jenis hari. Iaitu pada hari raya Idul
Adha (10 Zulhijjah) dan hari raya Idul Fitri (1 Syawal).” (Muslim)
Dari Umar bin Khathab ra.,
ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk
berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan
hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji “ (Muslim)
Sembahyang
Hari Raya
Daripada Abi Said
al-Khudri, r.a. katanya: “Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang
pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula
dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya)
kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai
(untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing,
lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa)
serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan
segala larangannya).” (al-Bukhari)
Sembahyang hari raya Aidil Fitri (dan juga Aidil
Adha) sunat dilakukan secara berjamaah sama ada di tanah lapang, di dalam
masjid dan sebagainya. Khutbah hari raya Aidil Fitri hendaklah dilakukan
sesudah mengerjakan sembahyang, di mana para jamaah hendaklah tetap duduk dalam
saf masing-masing dan mendengar pengajaran khutbah yang disampaikan oleh
khatib.
Membayar
Zakat Fitrah
Dari Ibnu Abbas r.a.
katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk
membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan
perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh
itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia
zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang
hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (Abu
Daud)
Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua
orang-orang Islam. Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan untuk diberi
kepada fakir miskin bagi membersihkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia sepanjang bulan Ramadhan.
Zakat yang diwajibkan ialah berupa makanan utama di
sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau di Malaysia, kadar
bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau tiga kati dua belas
tahil (dua Kilo 250 gram).
Pembayaran fitrah dengan menggunakan wang ringgit
pula hendaklah dilafazkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah
yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini,
kerana Allah.” (mengikut kadar nilai yang ditetapkan oleh pihak pemerintah).
Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadhan
sehingga akhirnya iaitu sebelum sembahyang hari raya. Maka bagi sesiapa yang
membayarnya selepas sembahyang hari raya, baginya menjadi sedekah biasa sahaja.
2 comments:
mohon share..
Salam Aidilfitri. Mohon share jugak..
Post a Comment