Fatwa
Syekh „Athiyyah Shaqar.
Pada
awalnya Rasulullah Saw melarang ziarah kubur untuk menghapuskan tradisi
jahiliah yang berbangga-bangga dengan ziarah kubur dengan menyebut-nyebut
peninggalan nenek moyang.
Kemudian diberi keringanan hokum dengan
dibolehkan berziarah untuk mengingati mati dan
mempersiapkan
diri untuk kehidupan akhirat, sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu
Majah dengan sanad sohih:
“Dulu
aku melarang kamu ziarah kubur. Ziarahlah kamu ke kubur, kerana
sesungguhnya ziarah kubur itu membuat zuhud di dunia dan mengingatkan
kepada akhirat”.
Kaum
muslimin telah Ijmak‟
tentang anjuran ziarah kubur, wajib menurut Mazhab Zhahiriah, hanya mereka
menyatakan bahawa ziarah itu khusus bagi lelaki, bukan untuk perempuan.
Ketika
Rasulullah Saw melihat bahwa perempuan pergi ziarah dalam keadaan mengandung
dan ada perkara-perkara yang tidak baik, maka Rasulullah Saw melarang mereka ziarah
kubur. Izin ziarah kubur bagi laki-laki tetap berlaku.
Ulama
lain menyatakan bahawa larangan ziarah kubur bagi perempuan adalah pada masa
lalu kerana larangan yang bersifat umum, iaitu larangan ziarah kubur. Kemudian
ada keizinan bagi lelaki. Namun tetap dilarang bagi perempuan.
Bagaimana
pun, ada beberapa pendapat tentang ziarah kubur bagi perempuan:
1. haram
secara mutlak, apakah ketika perempuan melakukan ziarah itu ada fitnah dan hal
tidak baik atau pun tidak. Dalilnya adalah hadis: “Sesungguhnya Rasulullah
Saw melaknat perempuan-perempuan yang ziarah kubur”. (HR. at-Tirmidzi).
At-Tirmidzi berkata, “Hadits hasan shahih”.
Akan tetapi al-Qurthubi berkata, “Ada kemungkinan mengandungi makna bahawa haram
jika dilakukan beramai-ramai berdasarkan perkataan dalam bahasa arab yang
digunakan.
Haram
ketika dikhawatirkan terjadi fitnah atau wujud perkara tidak baik. Berdasarkan
ini diharamkan bagi perempuan ziarah kubur, demikian juga dengan wanita dewasa
jika berhias berlebihan atau menggunakan sesuatu yang menarik perhatian.
Dibolehkan bagi wanita tua yang tidak menimbulkan fitnah, tetap haram jika melakukan
perbuatan yang diharamkan, seperti meratap dan perbuatan lain yang dilarang
Rasulullah Saw:
“Bukan golongan kami orang yang
menampar wajah, merobek baju dan menyerukan seruan-seruan Jahiliah”. (HR. al-Bukhari,
Muslim dan lainnya).
Tidak mudah bagi perempuan melepaskan
diri dari tradisi buruk ini. Dalam hadis Ummu Athiyyah disebutkan,
“Ketika berbai’ah, Rasulullah Saw mengambil janji dari
kami agar jangan meratapi orang yang meninggal dunia. Tidak ada yang memenuhi
janji itu dari kami selain lima orang perempuan”. (HR. al-Bukhari).
Ketika isteri-isteri Ja’far bin Abi thalib
menangis saat Ja’far
mati syahid, Rasulullah Saw memerintahkan seorang lelaki agar melarang mereka
menangis, dua kali dilarang namun mereka tidak patuh. Rasulullah Saw memerintahkan lelaki itu agar menyiramkan debu ke mulut mereka. (HR.
al-Bukhari).
3 Makruh.
Dalilnya adalah Qiyas. Diqiyaskan kepada mengiringi jenazah. Juga berdasarkan
hadits Ummu Athiyyah, “Rasulullah Saw melarang kami mengiringi jenazah. Akan
tetapi Rasulullah Saw tidak bersikap keras terhadap kami”. (HR. al-Bukhari,
Muslim dan lainnya).
4. Dibolehkan.
Dalilnya adalah Rasulullah Saw tidak mengingkari Aisyah ketika ia pergi ke
pemakaman al-Baqi‟.Rasulullah
Saw mengajarkan kepada Aisyah doa ketika ziarah kubur dengan mengucapkan:
“Keselamatan untuk kamu wahai negeri
kaum mu’min.
Telah
datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu esok hari masanya ditentukan.
Sesungguhnya insya Allah kami menyertai kamu”. (HR. Muslim).
Juga sebagaimana
diriwayatkan bahawa Rasulullah Saw mendengar seorang perempuan yang menangis di
sisi kubur. Rasulullah Saw memerintahkannya agar bertakwa dan bersabar namun Rasulullah
Saw tidak melarangnya ziarah kubur. Rasulullah Saw melarangnya menangis kerana
Rasulullah Saw mendengar sesuatu yang tidak baginda sukai.
5. Dianjurkan,
sama seperti anjuran ziarah kubur bagi lelaki. Dalilnya adalah izin dari
Rasulullah Saw yang bersifat umum:
“Maka lakukanlah ziarah kubur”.
Tiga
pendapat terakhir adalah atas penilaian berlaku dalam keadaan aman dari fitnah
dan perkara yang tidak baik. Jika terjadi fitnah dan hal yang tidak baik, maka
haram bagi perempuan melakukan ziarah kubur.
Dengan
demikian maka dapat difahami, jika tidak ada perkara-perkara yang diharamkan
dan terlarang seperti membuka aurat, ratapan, menampar wajah, duduk diatas
kubur, tidur di kawasan kubur dan lain sebagainya maka hukumnya adalah haram. Namun
lebih utama bagi perempuan
Tetap
berada di rumah, tidak pergi meninggalkan rumah kecuali ada keperluan yang
mendesak, untuk memelihara perempuan dari perkara-perkara yang tidak baik.
Sumber : Ustaz Abdul Somad
No comments:
Post a Comment