Fatwa
Syekh „Athiyyah Shaqar.
Ziarah
kubur menurut hukum asalnya adalah sunnah kerana mengingatkan manusia kepada
akhirat. Disebutkan dalam hadits Rasulullah Saw sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah, berkata,
“Rasulullah
Saw ziarah ke makam ibunya, beliau menangis, membuat orang-orang di sekelilingnya
ikut menangis. Rasulullah Saw berkata: “Aku memohon izin kepada Tuhanku agar
aku memohonkan ampun untuknya, Ia tidak memberikan izin untukku. Aku
memohon izin agar aku ziarah ke makamnya, Ia memberi izin kepadaku.
Maka ziarahlah kamu ke kubur, kerana ziarah kubur itu mengingatkan
kepada kematian”.
Ibnu
Majah meriwayatkan dengan sanad sohih: “Dulu aku melarang kamu ziarah
kubur. Ziarahlah kamu ke kubur, kerana sesungguhnya ziarah kubur itu
membuat zuhud di dunia dan mengingatkan kepada akhirat”.
Tidak
ada waktu tertentu untuk melakukan ziarah kubur, meskipun sebagian ulama
menyatakan pahalanya lebih besar jika dilakukan pada hari-hari tertentu seperti
hari Kamis dan Jumaat kerana
kuatnya hubungan ruh dengan orang-orang yang meninggal dunia, meskipun dalilnya
tidak kuat. Dari ini dapat kita ketahui bahawa ziarah kubur setelah solat hari
raya, jika tujuannya untuk
mengambil pelajaran dan mengenang orang-orang yang telah meninggal dunia,
ketika masih hidup dulu mereka merayakan hari raya bersama, memohonkan rahmat
untuk mereka dengan
berdoa, maka boleh bagi lelaki. Adapun bagi perempuan adalah lebih baik baginya
berada di rumah bagi mengelakan fitnah.
Jika
ziarah kubur setelah solat hari raya tersebut bertujuan untuk memperbaharui
kesedihan, untuk takziah ke kubur, atau menyiapkan tempat untuk kesedihan, maka
hukumnya makruh. Ini kerana takziah setelah tiga hari mayat dikebumikan
dilarang secara haram atau makruh dan hari raya adalah hari untuk bergembira
dan bahagia, maka tidak selayaknya membangkitkan kesedihan di hari raya.
Sumber : Ustaz Abdul Somad
No comments:
Post a Comment