Antara
keajaiban ciptaan Allah swt adalah penciptaan riak muka, sama ada manusia atau
haiwan berupaya mengubah riak muka atau wajah mengikut emosi apabila rasa
marah, sedih, gembira dan lain-lain. Manusia dengan gelaran makhluk paling baik
dan sempurnaan penciptaan oleh Allah swt berupaya melakukan pelbagai riak wajah.
Firman
Allah dalam surah an-Nuur ayat 35dengan maksudnya
“….cahaya di atas
cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan
peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai
misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu”.
Dimana
keajaiban yang Allah ciptakan mampu mencipta keajaiban yang lain iaitu
keajaiban di atas keajaiban. Keajaiban yang saya maksudkan disini ialah
kebolehan manusia mempengaruhi orang lain hanya dengan riak wajah.
Bayangkan
riak wajah seseorang dalam keadaan marah, siapa yang melihatnya akan menjadi
takut, riak wajah orang yang sombong menyebabkan orang rasa meluat dan riak
wajah yang ceria menyebabkan orang berasa senang hati, dan begitulah
seterusnya.
Maka
kita patut menggunakan kelebihan ini sebaiknya dalam melahirkan kebaikkan. Contohnya
bagi seorang pendakwah, pelanggannya merupakan orang ramai dari pelbagai
lapisan masyarakat. Sepatutnya riak wajah seorang pendakwah perlu ceria,
sentiasa senyum dan meyakinkan pelanggannya. Bertanyalah kepada siapa sahaja,
siapa yang suka kepada orang yang riak wajahnya masam dan garang, walaupun
lidahnya mengucapkan Hadis Nabi saw dan Kalamullah, tapi orang tetap menjauhi diri
dari pendakwah kerana riak wajahnya yang tidak menyenangkan.
Demikianlah
kaedah atau strategi yang digunakan oleh para penjual produk perniagaan. Produknya
bukanlah terbaik, tetapi begitu ramai pelanggan yang membeli atau mendengar
penerangan promoter tersebut kerana startegi wajah yang digunakan. Apatah lagi
bagi seorang pendakwah yang menawarkan barangan yang terbaik di alam semesta
ini iaitu beriman kepada Allah.
wajah
yang ceria dengan senyuman merupakan pakaian para pendakwah dan orang beriman,
malah ia adalah cirri-ciri para penghuni syurga Allah swt. Nabi saw bersabda
dalam sebuah hadis, “Golongan yang pertama sekali
masuk syurga, wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk
sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai
hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara
sesama mereka” .
Selain
itu, riak wajah juga berperanan sebagai merawat hati. Riak wajah yang ceria dan
sentiasa senyum akan membuang dan mengikis sifat-sifat mazmumah yang
tersembunyi di dalam hati. Senyum akan melemahkan sifat ego dan sombong, memenjara
sifat riak dan ujub serta menjadikan hati mudah diresapi dengan zikir iaitu
mengingati Allah, ini kerana senyum itu adalah suatu nikmat sepertimana Nabi
Sulaiman senyum mendengar kata-kata semut dalam surah an-Naml ayat 19.
Firman
Allah swt, “ maka tersenyumlah Nabi
Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa Dengan berkata:" Wahai
Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau
kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal
soleh Yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - Dengan limpah rahmatMu - Dalam
kumpulan hamba-hambaMu Yang soleh".
Ia
bukan sahaja merawat hati bagi orang yang senyum, malah turut merawat hati sesiapa
yang melihat senyuman. Senyuman seseorang mampu menghilangkan tekanan dan
kekusutan yang dihadapi, suami merasa bahagia melihat senyuman isteri, seorang
ayah tenang hatinya melihat senyuman anak-anaknya dan seorang isteri terasa beban
yang dipikul menjadi ringan dengan senyuman suaminya.
Sepertimana
zakat dan sedekah menyucikan harta dan jasad dari perkara syubhah, haram dan
dosa, begitu juga senyum dapat menyucikan hati dari sifat mazmumah. Maka benarlah
sabda Nabi saw dalam sebuah Hadis bahawa senyum itu adalah sedekah.
Cuba
hayati bagaimana Baginda Nabi saw mengajar kita dalam sebuah hadis dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang ma’ruf menjadi
sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu
dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau
ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang
dibawanya.” Lihatlah bagaimana keajaiban yang lahir dari
keajaiban ciptaan Alla swt.
Sumber : Ilmu dan Pengamatan