“Kamu adalah umat terunggul (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”...(Ali 'Imran:110)
Friday, July 29, 2011
MUHASABAH DIRI
Dari hujung rambut sehinggalah kehujung kuku, dari setiap organ-organ badan kita dan setiap anggota badan yang kita miliki yang mana satukah hasil dari ciptaan kita?
Semua yang kita miliki saat ini adalah dari kehendak Allah ta’ala. Bagaimana agaknya nanti kiranya segala nikmat yang diberikan ini ditarik balik oleh Allah ta’ala, cukup sahaja dengan hilangnya nikmat kaki yang tidak lagi mampu berjalan dan nikmat jantung yang tidak lagi berupaya untuk berdenyut. Selepas kita meninggalkan dunia ini, segala nikmat yang dimiliki sudah tidak dapat kita gunakan lagi, sudah tidak dapat kita manfaatkan untuk redha Allah.
Kita patut merenung dari makhluk ciptaan Allah yang lain yang berada disekeliling kita, contoh paling mudah adalah pokok dan tumbuhan. Ia tiada nikmat sepertimana kita miliki, tetapi pokok dan tumbuhan sangat taat kepada Allah.
Bayangkan bagaimana keadaan kita apabila mati nanti, berapa banyakkah sujud kita kepada Allah? Berapa banyak bekas di bumi Allah ini yang telah kita letakkan dahi kita untuk sujud?
Bagaimana agaknya keadaan kita apabila dihantar menuju ke kubur nanti? Di dalam kubur kelak siapa yang akan membantu kita? Tiada harapan kita hendak harapkan kecuali dari rahmat dan pertolongan dari Allah ta’ala.
Sedarlah wahai hamba Allah, setiap zarah dari perbuatan kita sama ada baik atau jahat akan di hisab oleh Allah dengan seadilnya. Oleh yang demikian, di mana fikiran kita waktu kita beribadah kepada Allah? Di mana hati dan ingatan kita?
Sesungguhnya setiap manusia tidak akan selamat di akhirat kelak walaupun dengan amal ibadat yang banyak kecuali dengan rahmat Allah. Satukan hati-hati kita, jangan kita berpecah belah, semoga kita semua mendapat hidayah dan taufik dari Allah ta’ala.
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment