Friday, July 29, 2011

ADAB-ADAB DENGAN GURU



Janganlah memanggil guru dengan perkatan kamu atau kau, dan janganlah memanggilnya dari jauh. Berkata Imam al-Khatib, “panggillah guru kamu dengan “wahai tuan guru, wahai al-hafiz”, dan panggilan seumpamanya.”

Sentiasalah penuntut ilmu mencari redha tuan gurunya walaupun berbeza pendapat dengan gurunya. Hendaklah menghormati haknya dan tidak melupakan kelebihanya, jangan mengumpat keatas gurunya dan jangan biarkan orang mengumpatnya.

Sentiasalah berdoa untuk guru semasa hidupnya, mengambil berat akan zuriatnya, sanak saudaranya dan orang yang disayanginya selepas kewafatannya. Sentiasa menziarahi kuburnya, dan meminta maaf darinya.

Berkata Imam Abu Yusuf, “aku sentiasa mendoakan kebaikkan tuan guruku Imam Abu Hanifah sebelum mendoakan kedua orang tuaku kerana aku Imam Abu Hanifah pernah berkata “aku sentiasa guruku Hammad bersama kedua ibu bapaku.”

Berkata Imam Ahmad, “aku sentiasa mendoakan Imam syafie dan meminta ampun darinya sebelum aku tidur selama tiga puluh tahun.”

Pernah diceritakan oleh syeikh Burhanuddin pengarang kitab al-Hidayah yang masyur dalam mazhab Hanafi, bahawa ada seorang Ulamak besar negeri Bukhara ketika beliau sedang mengajar, beliau kekadang bangun berdiri sehingga murid-muridnya tertanya-tanya. Ulamak tadi menjawab, sesungguhnya anak guruku sedang bermain-main bersama dengan kawan-kawannya di lorong sana, jika aku terlihat akan dia aku berdiri demi untuk menghormati guruku.

Terdapat ulamak apabila pergi menuntut ilmu kepada gurunya dia terlebih dahulu bersedekah dan berdoa kepada Allah supaya menutup aib gurunya dari pandangannya dan memohon supaya Allah jangan hilangkan keberkatan ilmu gurunya kepadanya.

Berkata Imam al-Rabi’: Demi Allah, aku aku tidak berani meneguk air sedangkan guruku Imam al-Syafie sedang melihat kepadaku, kerana aku merasa gerun dengannya.”

Berkata Imam al-Syafie: apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Dari Imam Abu hanifah: Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku kea rah rumah guruku Imam hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

Rujukan: Makanat al-‘ilm wal ulama’, wa adab tolab al-‘ilm, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

No comments: