Sebahagian penjual emas menamakan kaedah ini
sebagai pelan pembayaran mudah, apa sahaja namanya tetap dikira sebagai secara
ansuran berdasarkan kaedah jual beli yang dilakukan.
Sebagi contoh pembelian emas dibayar setiap
bulan secara ansuran selama empat bulan. Selepas tempoh empat bulan dan
bayarannya selesai barulah emas tadi diserahkan kepada pembeli.
Tidak Bertepatan Dengan Syarak
kaedah pembayaran secara ansuran tidak
bertepatan dengan syarak kerana wujud penangguhan bayaran dan serahan emas
dalam pembelian. Ini kerana akad pembelian telah berlaku ketika pembayaran pertama
dibuat dengan harga semasa pada waktu tersebut.
Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam
bersabda: “(Jual beli atau pertukaran) Emas dengan emas, perak dengan
perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam
dengan garam, hendaklah dengan kadar yang sama (timbangan atau sukatan), dan hendaklah
beserta penyerahan bersama/serentak (oleh kedua-dua pihak). Sekiranya ia
berlainan jenis, maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat
secara penyerahan dari tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak)”. (HR.
Muslim)
Kaedah Yang Dibolehkan
Namun jika bayaran yang dilakukan itu adalah
merupakan simpanan amanah dan akad dimeterai pada bayaran terakhir dan emas
juga diserahkan ketika bayaran terakhir maka urus niaga ini dikira sah. Ini kerana
bayaran pada setiap bulan selama tiga bulan itu adalah simpanan bukan
pembelian, pembelian berlaku pada bayaran bulan keempat. Dalam hal ini, apabila
‘bayaran’ penuh dibuat, pembeli hendaklah diberikan hak penuh sebagai pembeli
samada untuk meneruskannya atau tidak.
Sumber: International
Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA). Analisis Syariah
Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas Di Malaysia.
No comments:
Post a Comment