Wednesday, July 18, 2012

NAMANYA PENCURI SETELAH MENCURI.


Menjadi satu perkara biasa bagi setiap manusia merasai kehilangan sesuatu, begitu juga aku. Namun sepertinya hati ini tidak serik dengan rasa kehilangan, tetap sahaja terasa terkilan. Mungkin kerana ia adlah bernilai bagiku. Bernilai sangat ke? Hanya sebiji Laptop atau dalam malaynya dipanggil komputer riba walaupun kebnyakkan masanya bersamaku diatas meja tapi tetap dipanggil komputer riba.

Hairan memikirkan kenapa pencuri itu bersusah payah pecah masuk umah hanya untuk mendapatkan dosa, bersungguh nampaknya dia nk masuk neraka (semoga Allah mengampuni dosa-dosanya), dan nekad betul dia untuk merasakan "nikmat" azab dr Allah. Klaulah hukum hudud dan qisas dilaksanakan mungkin dia akan terlepas dari azab di akhirat.

Sebagai anugerah dari Allah, laptop aku jaga dengan baik tanpa ada sebarang kerosakkan selama dua tahun, tapi akhirnya ia hilang kerana perbuatan orang lain. Betapa kita merancang dan menjaga tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik.

Bukan masa untuk marah atau stress tapi sekarang masa untuk muhasabah diri, mengukur jarak dengan Allah, menguji kekuatan iman.dan berusaha menyemai titis-titis kesabaran...

Ya Allah, aku sanggup menerima ujian kehilangan segalanya, tetapi jangan Kau Hilangkan iman dan Islam dari sanubariku...

Bagi sang pencuri/perompak, kita akn berjumpa jua di akhirat nanti..bagitu juga bagi pncuri motosikal dan henset aku....kita buat konvokesyen di darr al-akhirah nanti...


No comments: