Monday, July 23, 2012

HUKUM BERKAITAN NIAT PUASA


Jika terlupa berniat puasa pada waktu malam. Kemudian teringat setelah fajar bahwa masih belum berniat. Apakah sah puasa?

Niat merupakan sesuatu yang mesti ada dalam puasa, menjadi rukun dan puasa tidak sah tanpa niat. Jumhur (majoriti) ulama mensyaratkan niat puasa mesti dilakukan setiap hari, manakal sebahagian ulama mencukupkan hanya dengan satu niat saja iaitu pada awal malam bulan Ramadhan untuk niat satu bulan secara keseluruhan. Waktu berniat adalah bermula tenggelam matahari hingga terbit fajar. 
 
Tidak disyaratkan melafazkan niat, karana tempat niat itu di hati. Jika seseorang sudah berniat di dalam hatinya untuk melaksanakan puasa, maka itu sudah cukup. Meskipun hanya sekadar bangun pada waktu sahur dan berniat akan melaksanakan puasa, itu sudah cukup, atau minum agar tidak merasakan haus pada siang hari, maka niat itu sudah cukup. Siapa yang tidak melakukan itu pada waktu malam, maka puasanya tidak sah, ia mesti meng-qadha’ puasanya. Ini berlaku pada puasa Ramadhan. Berbeza dengan puasa sunnat, niatnya sah dilakukan pada waktu siang hari sebelum zawal (matahari tergelincir).

Fatawa al-Azhar, juz. IX, hal. 266 [Maktabah Syamilah]

Sumber : somadmorocco.blogspot.com

No comments: