Fatwa Syekh ‘Athiyyah Shaqar.
Pertanyaan:
Pertanyaan:
Boleh atau tidak wanita hamil dan menyusu
berpuasa di bulan Ramadhan dan adakah wajib membayar Fidyah, dan tidak
wajib qadha’ puasa.
Jawapan:
Allah Swt berfirman:
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan
berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa.” - (Qs. Al-Baqarah [2]:
183).
Firman Allah SWT:
“(Puasa
Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara
kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah
ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib
atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu
adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Qs. Al-Baqarah [2]: 184).
Dan pada ayat ini,
“dan wajib atas orang-orang Yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi
makan orang miskin.”. (Qs. Al-Baqarah [2]: 184).
Ada dua pendapat ulama tentang
tafsir ayat ini.
Pendapat
pertama
Mengatakan bahawa pada awalnya puasa itu
adalah ibadah pilihan, siapa yang mampu untuk melaksanakan puasa maka bolehlah
berpuasa atau tidak berpuasa. Bagi yang tidak berpuasa maka sebagai
gantinya membayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin.
Daripada dua pilihan ini, berpuasa adalah lebih utama. Kemudian hukum
ini di-nasakh (dimansuhkan),
dengan diwajibkan berpuasa bagi yang mampu, tidak boleh meninggalkan
puasa dengan sengaja dan jika meninggalkan puasa dengan sengaja maka perlu
memberikan makanan kepada orang miskin sebagai fidyah. Ini berdasarkan
firman Allah:
“Oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain.” (al-Baqarah: 185)
Demikian diriwayatkan para ulama kecuali
Imam Ahmad. Dari Salamah bin al-Akwa‟, ia berkata, “Ketika
ayat ini turun, sebelumnya orang yang tidak mau berpuasa boleh tidak berpuasa
dan membayar fidyah, sampai ayat setelahnya turun dan menghapus hukumnya”.
Satu pendapat mengatakan bahwa puasa itu
diwajibkan bagi orang-orang yang mampu saja, dibolehkan tidak berpuasa bagi orang
yang sakit, musafir dan orang yang tidak terdaya melakukannya. Mereka
menafsirkan makna al-Ithaqah dengan tidak terdaya melaksanakan puasa, iaitu
orang-orang yang telah lanjut usia. Bagi orang yang sakit dan musafir
diwajibkan qadha’. Sedangkan bagi orang yang lanjut usia diwajibkan
membayar fidyah saja, tanpa perlu melaksanakan puasa qadha’ karana
semakin tua maka semakin sukar mereka melaksanakannya, demikian juga orang yang
menderita penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan tidak mampu melaksanakan
puasa qadha’, mereka dibolehkan tidak berpuasa namun wajib membayar fidyah.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Atha‟, ia mendengar Ibnu
Abbas membaca ayat:
“dan wajib atas orang-orang Yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi
makan orang miskin.”.
(Qs. Al-Baqarah [2]: 184). Imam al-Bukhari berkata, “Ayat ini tidak di-nasakh.
akan tetapi ayat ini bagi orang yang lanjut usia yang tidak mampu
melaksanakan puasa, maka mereka memberi makan satu orang miskin untuk
satu hari tidak berpuasa”.
Sebahagian ulama kontemporari seperti
Syekh Muhammad Abduh mengiaskan para pekerja berat yang kehidupan mereka bergantung
pada pekerjaan yang sangat berat seperti mengeluarkan batu bara, mereka dikiaskan
kepada orang tua yang lemah dan orang yang berterusan menderita dengan penyakit.
Demikian juga dengan orang yang terpaksa melakukan kerja berat secara terus
menerus.
Sedangkan wanita hamil dan ibu menyusu,
jika mereka tidak berpuasa karana risaukan diri mereka, atau karana risau anak
mereka, maka menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas, mereka boleh tidak berpuasa dan
wajib membayar fidyah saja, tidak wajib melaksanakan puasa qadha’,
mereka disamakan dengan orang tua yang telah lanjut usia.
Abu Daud dan Ikrimah meriwayatkan dari Ibnu
Abbas, ia berkata tentang ayat: “dan wajib atas orang-orang Yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi
makan orang miskin.”
(Qs.
Al-Baqarah [2]: 184). Ibnu Abbas berkata, “Ini keringanan bagi orang tua yang
telah lanjut usia bagi lelaki mahupun perempuan yang tidak mampu berpuasa, mereka
boleh tidak berpuasa dan wajib memberi fidyah memberi makan satu orang
miskin untuk satu hari puasa yang ditinggalkan.
Wanita hamil dan ibu menyusu, jika risaukan
anaknya, maka boleh tidak berpuasa dan wajib membayar fidyah”.
Diriwayatkan oleh al- Bazzar dengan tambahan di akhir riwayat: Ibnu Abbas
berkata kepada seorang ibu hamil, “Engkau seperti orang yang tidak mampu
berpuasa, maka engkau wajib membayar fidyah, tidak wajib qadha’ bagiku”.
Sanadnya dinyatakan shahih oleh ad- Daraquthni.
Imam Malik dan al-Baihaqi meriwayatkan
dari Nafi‟
bahwa Ibnu Umar ditanya tentang wanita hamil jika risaukan anaknya, ia
menjawab, “dia dibolehkan tidak berpuasa dan wajib membayar fidyah satu
orang miskin untuk satu hari, membayar satu Mudd gandum”. Dalam hadits
disebutkan: “Sesungguhnya Allah Swt tidak mewajibkan puasa bagi musafir dan menggugurkan setengah kewajiban
shalat (shalat Qashar). Allah
Swt menggugurkan kewajiban puasa bagi wanita hamil dan ibu menyusu”. Diriwayatkan oleh lima imam, Imam Ahmad
dan para pengarang kitab as-Sunan.
Berdasarkan dalil diatas maka wanita
hamil dan ibu menyusu, jika risaukan dirinya atau anaknya, maka dibolehkan
tidak berpuasa. Apakah wajib melaksanakan puasa qadha’ dan membayar
fidyah? Menurut Ibnu Hazm: tidak wajib qadha’ dan fidyah. Menurut
Ibnu Abbas dan Ibnu Umar: wajib membayar fidyah saja tanpa kewajiban qadha’.
Menurut Mazhab Hanafi, wajib qadha’ saja tanpa kewajiban fidyah.
Menurut Mazhab Syafi‟i
dan Hanbali, wajib qadha’ dan fidyah jika yang dirisaukan anaknya
saja. Jika yang dirisaukan adalah
dirinya saja, atau yang dirisaukan itu diri dan anaknya, maka wanita hamil dan
ibu menyusu wajib melaksanakan qadha’ saja, tanpa wajib membayar fidyah.
(Nail al-Authar, juz. 4, hal. 243 – 245).
Dalam Fiqh empat mazhab dinyatakan:
Menurut Mazhab Maliki:
wanita hamil dan ibu menyusu, jika
melaksanakan puasa dikhuatirkan akan sakit atau bertambah sakit, apakah yang
dikhawatirkan itu dirinya, atau anaknya, atau dirinya saja, atau anaknya saja.
Bagi wanita hamil mereka boleh berbuka dan wajib melaksanakan qadha’,
tidak wajib membayar fidyah bagi wanita hamil, berbeza dengan ibu
menyusu, ia wajib membayar fidyah. Jika puasa tersebut dikhuwatirkan
menyebabkan kematian atau mudharat yang sangat parah bagi dirinya atau anaknya,
maka wanita hamil dan ibu menyusui wajib tidak berpuasa.
Menurut Mazhab Hanafi:
Jika wanita hamil dan ibu menyusu bimbang
akan mudharat, maka boleh berbuka, apakah kebimbangan tersebut terhadap diri
dan anak, atau diri saja, atau anak saja. Wajib melaksanakan qadha’ ketika
mampu, tanpa wajib membayar fidyah.
Menurut Mazhab Hanbali:
Wanita hamil dan ibu menyusu boleh
berbuka, jika bimbangkan mudharat terhadap diri dan anak, atau diri saja. Dalam
keadaan seperti ini mereka wajib melaksanakan qadha’ tanpa membayar fidyah.
Jika yang dibimbangkan itu anaknya saja, maka wajib melaksanakan puasa qadha’
dan membayar fidyah.
Menurut Mazhab Syafi’i:
Wanita hamil dan ibu menyusu, jika
bimbang mudharat terhadap diri dan anak, atau diri saja, mereka wajib berbuka
dan mereka wajib melaksanakan qadha’. Jika yang dibimbangkan anaknya
saja, maka wajib melaksanakan qadha’ dan membayar fidyah.
Pendapat Mazhab Syafi‟i
sama seperti Mazhab Hanbali dalam hal qadha’ dan fidyah, hanya
saja Mazhab Hanbali menharuskan berbuka jika bimbangkan mudharat, sedangkan
Mazhab Syafi‟i
mewajibkan berbuka. Dalam salah satu pendapatnya Imam Syafi‟i
mewajibkan fidyah bagi wanita menyusu, tidak wajib bagi ibu hamil,
seperti pendapat Mazhab Maliki.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan saya merujuk
keputusan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Mereka yang dikenakan fidyah adalah:
·
Orang yang uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang
menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan
tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.
·
Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan
keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikuatiri berlaku keguguran.
Golongan ini diwajibkan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa
yang ditinggalkan.
·
Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang merasa
bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau
menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang
ditinggalkan serta membayar fidyah.
·
Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah
meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya
mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
·
Orang yang melambatkan ganti puasa (Qada)’
Mereka yang melambatkan ganti
puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan),
dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang
ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang
ditinggalkan.
Sumber: http://www.maiwp.gov.my: somadmorocco.blogspot.com