عن أمّ سلمة رضي الله عنها قالت: قال
رسول الله صلى الله عليه و آله و سلم أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا
عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ
(رواه
الترمذي وقال حديث حسن)
Dari Ummu
Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Wanita yang
meninggal dunia, dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka dia akan masuk
syurga”
(HR Tirmidzi, berkata Tirmidzi hadith hasan)
SIAPAKAH
UMMU SALAMAH?
Hadith ini
diriwayatkan oleh seorang wanita yang dipanggil Ummu Salamah. Ummu Salamah
adalah Ummahatul Mukminin, iaitu salah seorang isteri Rasulullah SAW. Nama sebenar
beliau ialah Hindun binti Abu Umayyah Al-Quraisy Al-Makhzumiyyah. Beliau diberi
gelaran Ummu Salamah kerana beliau mempunyai anak lelaki yang bernama Salamah.
Beliau
bernikah dengan Rasulullah SAW setelah 4 tahun menjadi janda kerana kematian
suami. Ummu Salamah merupakan antara isteri Rasulullah yang cantik. Ummu salamah juga adalah salah seorang
isteri Rasulullah SAW yang pernah melihat malaikat Jibril bentuk rupa manusia. Beliau meninggal dunia pada tahun 62 Hijrah pada
usia 90 tahun. Beliau banyak meriwayatkan Hadith, jumlah hadith yang
diriwayatkan beliau adalah lebih kurang 378 hadith.
WANITA YANG
TAAT PADA SUAMI DAN TAAT PADA ALLAH
Rasulullah
SAW bersabda bahawa para wanita dan isteri yang mempunyai suami, kemudian
wanita atau isteri tadi meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya
maka wanita itu akan dimasukan ke dalam syurga. Namun ini bukan bermakna wanita
berkenaan masuk syurga cukup hanya dengan redha suaminya, ia tetap terikat
dengan syariat iaitu wanita berkenaan tetap melakukan perkara yang diwajibkan
ke atasnya. Ini bermakna wanita tadi bukan hanya taat pada suaminya, dia juga
taat pada Allah dan ketaatan pada Allah itulah lebih utama.
HARUS BAGI
ALLAH MEMASUKKAN SIAPA SAHAJA KE SYURGA
Namun boleh
sahaja Allah untuk memasukan siapa saja ke dalam syurga tanpa di hisab, itu
haknya Allah, kehendak Allah dan ia harus bagi Allah. Mungkin maksud hadith ini
sama seperti peristiwa yang berlaku pada 313 orang ahli perang Badar dan
peristiwa Saiyidina Uthman yang menginfakkan hartanya untuk perang khandak, di
mana 313 orang yang menyertai perang Badar itu diampunkan semua dosa-dosa
mereka yang akan datang, demikian Rasulullah SAW bersabda kepada Saiyidina
Uthman setelah Uthman menginfakkan hartanya, “lakukanlah apa sahaja yang
kamu suka.”
REDHANYA
ALLAH ADA PADA REDHANYA SUAMI
Hadith ini
juga boleh difahami bahawa redhanya Allah itu adalah pada redhanya suami, bermakna
wanita itu seorang yang taat sehingga suaminya redha kepadanya lalu menjadi
sebab wanita tadi dimasukan ke syurga. Jika wanita yang buruk akhlaknya dan
menderhakai suaminya sehingga suaminya tidak redha kepadanya maka ia menjadi
sebab dia diseksa di neraka.
Dalam
riwayat Imam Baihaqi Rasulullah SAW berkata pada seorang wanita: “bagaimana
hubungan kamu dengan suami kamu? Bagaimana tingkah laku kamu dengan suami kamu?
Perhatikan wahai isteri, suami kamu itu adalah syurga dan neraka kamu.”
Dalam hadith
riwayat al-Hakim Sayyidah Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai
Rasulullah, apakah hak yang paling besar untuk para wanita?” Baginda menjawab, “hak
yang paling besar bagi wanita ialah suaminya.”
Dalam hadith
riwayat Imam Ibnu Majah dan Imam At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda, “sekiranya
dibolehkan manusia sujud kepada makhluk maka akan aku perintahkan para isteri untuk
sujud kepada suami mereka.”
Rasulullah
SAW bersabda bahawa baginda melihat neraka dan ramai penghuni neraka adalah
dari kalangan perempuan. Perempuan paling ramai di neraka adalah disebabkan
oleh mereka tidak berterima kasih kepada keluarga atau suami dan mereka tidak
pernah berterima kasih kepada Allah atas apa yang telah Allah anugerahkan dalam
Rumah Tangga.
Seorang
perempuan bernama Asma’ binti Yazid Al-Anshoriyyah. Dalam riwayat Imam Bazzar
datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, “Adakah hanya lelaki yang mendapat
keutamaan jihad?” Rasulullah SAW
bersabda: “ketaatan kepada suami dan menunaikan hak-hak suami itu
menyamai pahala ibadah semuanya. Tetapi sedikit sekali perempuan yang
mengamalkannya.”
SUMBER: Majelisrasulullah.org, Kitab Qutuful Falihin,
Hadits yang ke 65.
2 comments:
Thanks for sharing :)
Artikel Ini Sangat membantu Dan Mudah Di Pahami
Post a Comment