Akhlak,
adab, moral atau etika akan mencantikkan apa sahaja, dan akan membuat orang
kagum melihat akhlak atau adab itu ada padanya walaupun pada seekor monyet.
Hebat kan dapat lihat monyet berkelakuan menyambut atau bersalaman dengan
seseorang.
Oleh itu kita
akan kagum melihat akhlak yang diajar oleh baginda Nabi sallahu alaihi wasalam
ada pada orang barat. Orang barat apabila berjumpa mereka mudah untuk senyum
dan menyapa seperti "Helo! Hai!", mereka mudah menghargai orang
seperti "Thanks! I really appreciate it! Welcome! Anytime!", mereka
akan memberi semangat seperti "You are amazing! You are awesome! You are
smart!". Demikian Nabi SAW mengajar supaya terlebih dahulu menyapa dengan
memberi salam, bersalaman dengan muka manis, memberi salam pada orang yang
dikenali atau tidak dikenali, berterima kasih sebagai tanda syukur dan
penghargaan, dan memberi motivasi kepada yang putus harapan seperti Allah
bersama kamu, janji syurga dan pahala.
Pernah saya
batuk atau bersin di depan seorang 'mat saleh' yang kebetulan ada berhampiran,
lalu dia menyapa dengan berkata "are you okay sir?". Demikian juga
Nabi SAW mengajarkan supaya mengucapkan "Alhamdulillah" apabila
mendengar seseorang yang bersin. Pernah satu event saya bertugas mengedarkan
air mineral kepada VIP yang sedang berbual, seorang Prof dari United Kingdom
sebagai keynote speaker waktu itu menghentikan perbualan dengan semua VIP
berkenaan lalu mengucapkan "thank you" kepada saya hanya kerana saya
memberinya sebotol air mineral walaupun waktu itu dia dikelilingi VIP dan
perbualan sedang rancak. Malangnya VIP Islam yang ada bersama dengannya tidak
ambil peduli kehadiran saya dan menyambung kembali perbualan.
Perkara
sebegini tidak kelihatan dalam masyarakat Islam walau setiap hari hal ini
diajar oleh para Ustaz dan didapati di dalam kitab. Kadang lagak gayanya
sombong, bermuka masam, tidak menyapa, buat hal sendiri, orang kemalangan depa
ambil gambar dari pergi menolong, orang sedang buat kerja depa tengok saja
sambil goyang kaki, tiada sens of humor, simpati, perhatian, senyum sinis,
jeling hujung mata, tiada penghargaan dan penghormatan.
Rasulullah
saw bersabda: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”
(HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)
Tulisan ini
dituju untuk saya juga... :)
No comments:
Post a Comment