Zakat Fitrah
ialah harta yang wajib dikeluarkn oleh setiap mukalaf dan orang yang di bawah
tanggungannya.
Daripada
Ibnu Umar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat
Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu
gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan
di kalangan orang-orang Islam”.
Wajib dgn 3
syarat:
1.
Islam dan merdeka, maka tidak
wajib zakat atas orang kafir.
2.
Terbenam matahari pada hari akhir
Ramadhan
Dikenakan
zakat bagi orang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada hari akhir
Ramadhan. Tidak dikenakn zakat bagi bayi yang lahir selepas terbenam matahari pada
hari akhir Ramadhan.
Tidak
dikenakan zakat bagi orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada
hari akhir Ramadhan. Dan dikenakn zakat bagi bayi yang lahir sebelum terbenam
matahari pada akhir Ramadhan.
Tidak wajib
zakat atas orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir
Ramadhan dan tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada
akhir Ramadhan.
Kesimpulanya,
wajib keluarkan zakat bagi orang yang hidup pada dua tempoh masa iaitu pada
masa Ramadhan dan masa Syawal.
3. Memiliki
harta yang melebihi keperluan diri dan tanggungannya
Harta dikira
melebihi keperluan jika cukup untuk perbelanjaan diri dan tanggunganya pada
hari raya. Anak yang sudah baligh dan mampu bekerja tidak dikira sebagai di bawah
tanggungan.
Jenis Dan
Kadar Bayaran Zakat Fitrah
Jenis zakat
yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang (4 cupak) Baghdad bersamaan timbangan
metrik 2.60 kilogram (2600 gram). Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari
semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan
penduduk Islam di sesebuah negeri.
Waktu
Mengeluarkan Zakat Fitrah
Waktu Harus:
Sepanjang bulan Ramadhan bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan
Ramadhan.
Waktu Wajib:
Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
Waktu Afdhal/Sunat:
Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang
sunat Aidil Fitri.
Waktu Makruh:
Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
Waktu Haram:
Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri. Berdosa jika terbenam
matahari pada hari raya tapi masih tdk kluarkn zakat dan wajib qadha.
Tempat Zakat
Fitrah Dikeluarkan
Terdapat dua
pandangan, pertama ialah di negeri (tempat) harta itu berada sama seperti zakat
harta. Pendapat yang paling sahih ialah di negeri orang yang mengeluarkan harta
berada. Dalam Mazhab
Syafie, zakat fitrah wajib ke atas seseorang bila bermulanya malam raya dan waktu
'wajib zakat fitrah' ini berakhir sebelum Maghrib hari raya pertama.
Dalam keadaan ini, yang diambil kira ketika mengeluarkan zakat fitrah ialah
tempat di mana seseorang itu berada pada waktu zakat fitrah wajib ke atasnya
(iaitu malam raya sehingga sebelum Maghrib Hari Raya pertama). Ini kerana,
zakat fitrah berkait dengan 'badan' (diri seseorang mukallaf-zakat badan) maka
pembayarannya dibuat di tempat di mana 'badan' itu berada.
Syaikh
al-Qaradhawi menyatakan : “Maka [setiap] muslim
[perlu] membayar zakat fitrah di negeri yang dia menemui malam pertama [bulan]
Syawal (malam raya). Ini kerana, sebab zakat [fitrah] ini [menjadi wajib],
bukannya puasa. Sebab [ia menjadi wajib] ialah [munculnya Hari Raya] Aidil
Fitri. Dengan sebab itu, disandarkan [zakat ini] kepadanya (Hari Raya Aidil
Fitri) dan dinamakan 'zakat al-fitr' (zakat Hari Raya Aidil Fitri).”
Namun bukan
menjadi kesalahan mengeluarkan zakat fitrah di tempat lain pada waktu lebih
awal, perkara ini cuma dari segi keutamaan sahaja.
Zakat Fitrah
Dalam Bentuk Wang Tunai
Menurut
Syeikh Dr. Ali Jum’ah, boleh membayar zakat fitrah dalam bentuk wang tunai.
Al-Hasan al-Basri berkata, “Boleh memberikan Dirham dalam zakat Fitrah”. Meriwayatkan
dari Zuhair berkata: Saya mendengar Abu Ishaq berkata, “Saya bertemu dengan mereka,
mereka membayar zakat Fitrah dalam bentuk Dirham senilai harga makanan”
Pada zaman dahulu
yang masih menggunakan sistem barter, iaitu berlaku tukar-menukar transaksi
jual beli. Walau bagaimanpun pada zaman kita sekarang ini transaksi jual beli dengan wang adalah menjadi keutamaan. Mengeluarkan
zakat Fitrah dalam bentuk wang tunai lebih utama untuk memberikan kemudahan kepada
fakir miskin untuk membeli apa saja yang mereka inginkan pada hari raya. Dan mengeluarkan
zakat fitrah dalam bentuk makanan asasi lebih utama jika makanan sukar
diperolehi atau lebih penting dari wang tunai, ini kerana setiap orang
berbeza-beza keperluanya.
Hukum
Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Pembayaran Elektronik
Hukum
menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik adalah
harus, sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) secara prabayar atau
pascabayar adalah harus, melalui Internet, mesin ATM dan e-Debit. Pihak yang
menyediakan khidmat ini bertindak sebagai wakil bagi pihak amil bagi mengutip
zakat.
Niat
Membayar Zakat
Membayar
fitrah dengan wang adalah TIDAK SAH mengikut MAZHAB SYAFIE jika diniatkan wang
menjadi zakat fitrah seperti diniatkan “Wang ini fitrah yang wajib atasku, bagi
diriku dan orang-orang tanggunganku”. Tetapi HARUS digantikan makanan dengan
wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras
fitrah yang wajib atasku, bagiku dan (orang-orang) tanggunganku pada tahun
ini".
Wallahualam.
Sumber: Fiqhul Manhaji; Majlis Agama Islam Negeri Johor(http://www.maij.gov.my/);
Syekh DR. Ali Jum’ah, Al-Bayan li ma Yusyghil al-Adzhan; Ustaz Abdul
Somad, Fatwa 20 Ramadhan; Fatwa Zakat Negeri Selangor; http://al-fanshuri.blogspot.com; http://warisan-semasa.blogspot.my/;
No comments:
Post a Comment