Nabi
saw membenarkan berzikir menggunakan biji tasbih
Daripada
Ummul Mukminin Sofiah binti Huyai:
“Rasulullah
saw datang kepadaku dan di tanganku ada empat ribu (4000) biji kurma yang aku
bertasbih menggunakannya, lalu baginda bersabda: Apakah benda ini wahai anak
perempuan kepada huyai? Lalu aku berkata: Benda ini telah aku gunakan untuk
bertasbih. Baginda kemudian bersabda: Sesungguhnya aku telah bertasbih sejak
aku meninggalkan kamu tadi lebih daripada ini. Kemudian aku berkata: Ajarkanlah
kepada aku Rasulullah. Baginda bersabda: Sebutlah, Maha suci Allah sebanyak
bilangan setiap sesuatu yang diciptakan oleh-Nya.”
Hadis
Sohih Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan at-Tabrani
Berkata
al-Imam al-Hafiz al-Mubarakfuri di dalam Tuhfatul Ahwazi syarah kepada
sunan Tirmizi, “telah berkata al-Qari: Hadis ini adalah dalil yang jelas
menunjukan hukum harus menggunakan biji tasbih untuk berzikir dengan sebab
ikrar(pengakuan) Nabi saw”.
Para
Sahabat r.a dan Salafussoleh bertasbih Menggunakan biji tasbih
Ibnu
Sa’ad meriwayatkan daripada Hakim bin ad-Dailami bahawa Sa’ad bin Abi Waqas r.a
bertasbih menggunakan batu.
Ibnu
Abi Syaibah di dalam “al-Musannaf” daripada hamba Sa’ad bahawa beliau
bertasbih menggunakan batu atau biji-bijian.
Ibnu
Sa’ad menyebutkan dalam at-Tobaqat terdapat seorang perempuan
meriwayatkan kepada Jabir bahawa Fatimah binti al-Husain bin Ali bin Abi Talib
bertasbih menggunakan benang yang disimpulkan.
Abdullah
bin Imam Ahmad dalam “zawaid az-Zuhd” meriwayatkan dari jalur Nu’aim bin
Mahraz bin Abi Hurairah r.a bahawa Abu Hurairah r.a memiliki untaian benang
yang ada padanya seribu simpulan, beliau tidak akan tidur malam kecuali setelah
beliau bertasbih dengannya.
Imam
Ahmad dalam az-Zuhd meriwayatkan bahawa Abu ad-Darda r.a memiliki
biji-bijian daripada kurma yang berada di dalam bekas, selesai solat subuh
beliau akan keluarkan bijian tersebut untuk bertasbih dengannya.
Ibnu
Sa’ad meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau bertasbih
menggunakan biji kurma berwarna hitam dan putih.
Ibnu
Abi Syaibah telah meriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Abu
Sa’id bertasbih menggunakan batu.
Imam
Ahmad meriwayatkan dalam kitab az-Zuhd bahawa Yunus bin Ubaid
meriwayatkan dari ibunya telah berkata: “Aku pernah memerhatikan Abu Sofiah sentiasa
berzikir menggunakan batu. Abu Sofiah adalah salah seorang sahabat Nabi saw dan
dia tinggal berjiran denganku.”
Penggunaan
biji tasbih oleh beberapa orang Sahabat Nabi saw menunjukkan bahawa penggunaan
biji tasbih adalah tidak salah dan ia adalah perbuatan yang mulia. Sesungguhnya
para Sahabat Nabi saw adalah sangat benar dan adil. Berkata Imam Ibnu as-Solah,
“bagi para Sahabat Nabi saw mempunyai keistimewaan iaitu tidak dipersoal
akan keadilan, kebenaran dan kebaikan mereka berdasarkan al-Quran, sunnah dan
Ijmak Ulamak”.
Kelebihan
dan keistimewaan para Sahabat Nabi saw disebutkan banyak dalam al-Quran surah al-Fath ayat 29
Sabda
Nabi saw:
“sebaik-baik
umatku adalah pada kurun yang aku diutuskan kepada mereka.”
Para
Ulamak muktabar menggunakan biji tasbih
Berkata
al-Jalal al-Bulqini dalam kitabnya “Tuhfah al-Ibad”: Menghitung tasbih
menggunakan jari lebih afdhal daripada menghitung menggunakan biji tasbih
berdasarkan hadis Ibnu ‘Amr r.a, beliau meriwayatkan: “Aku melihat Nabi saw
menghitung tasbih dengan menggunakan tangan baginda.”
Oleh
itu menghitung tasbih menggunakan jari adalah lebih afdhal bagi mereka yang
merasa aman daripada kesilapan dan mampu membilang dengan baik, bagi yang
bimbang tersalah menggira jumlah tasbih maka lebih afdhal bagi mereka
menggunakan biji tasbih terutama untuk bilangan yang banyak.
Al-Qadi
Abu al-Abbas Ahmad bin Khilkan menyebutkan dalam wafaqat al-A’yan bahawa
dilihat di tangan Abu al-Qasim al-Junaid bin Muhammad r.h.m terdapat seutas
tasbih. Abu al-Qasim al-Junaid berkata, “ini adalah salah satu jalan yang
menyebabkan aku sampai kepada Tuahanku, aku tidak akan berpisah dengannya”.
*
Abu al-Qasim al-Junaid bin Muhammad r.h.m merupakan anak murid kepada Abu Thaur
yang merupakan salah seorang anak murid Imam Syafie’, para Ulamak menggelar
beliau ketua kepada Tasawuf.
Berkata
Imam al-Hasan al-Basri apabila ditanya tentang tasbih: “Ini adalah sesuatu
yang telah kami gunakan ketika permulaan(jalan menuju Allah), kami tidak akan
meninggalkannya pada pengakhiran, aku suka untuk mengingati Allah dengan
hatiku, tangan serta lidahku.”
Menggunakan
biji tasbih bukan sahaja termasuk dalam meniru cara ibadat para Ulamak dan
mengharapkan keberkatan mereka, tetapi ia adalah perkara penting dan sangat
dituntut. Bertasbih adalah cara mengingati Allah swt, manusia apabila melihat
biji tasbih mereka akan mengingati Allah dan ini adalah merupakan suatu faedah
yang sangat besar.
Biji
tasbih menjadi satu sebab untuk berterusan mengingati Allah swt sebagai “tali
penyambung” atau “pengikat hati”. Malah tidak pernah diriwayatkan daripada
golongan salaf atau khalaf akan larangan menggunakan biji tasbih atau
melihatnya sebagai makruh, malah mereka berterusan menggunakannya.
Berkata
I’maduddin al-Munawi mengenai tasbih, “biji-bijian disusun menjadi tasbih,
apabila seorang yang pintar berkhalwah dengannya nescaya urusannya akan
terhimpun(khusyuk), di saat dia mengingati Allah maka akan tercantum nama Allah
pada tasbih sehingga dia ketakutan dengan pengaruhnya (pergerakkan tasbih).”
Sumber:
Terjemahan kitab Rasail Hamah Wa mahabis Qayyimah, karangan Imam al-Hafidz Jalaluddin
as-Suyuthi
1 comment:
jom blogwalking. pelbagai info menarik tentang kesihatan. kecantikan serta banyak lagi.
suppl3m3nt4u.wix.com/suppl3m3nt4u
Post a Comment