Tetaplah berusaha
melakukan kebaikan walaupun kita sering melaukan perbuatan dosa, janganlah
berputus asa dengan rahmat Allah. Setiap ujian dan cabaran yang kita hadapi
akan mengembalikan kita kepada Allah, ini kerana sifat kita manusia adalah
lemah dan memerlukan kepada Allah.
Masalah, sakit,
kesempitan, kesusahan dan ujian juga akan membuatkan kita mengenali siapa diri
kita. Kita sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa kecuali dengan izin dari
Allah. Dan barang siapa mengenali dirinya maka dia akan mengenal penciptanya
iaitu Allah swt. Hamba itu adalah dirinya sentiasa kembali kepada Allah walau
apa sahaja yang berlaku.
Allah berfirman
“laa yukallifullahu nafsan
illa wus a’ha” yang bermaksud “Allah tidak memberati manusia kecuali apa yang
terdaya olehnya”. (al-Baqarah: 286).
Kelemahan dan kekurangan
yang ada pada diri kita menyebabkan kita sering melakukan kesilapan dan dosa
kepada Allah, Allah telah mengajar doa kepada kita bilamana kita menyesal
dengan perbuatan kita.
Allah berfirman:
“rabbana laa tuakhidznaa
innasiinaa aw akhtanaa”. Maksudnya, “Ya Allah jangan hukum kami jika kami tersalah
dan terlupa”. (al-Baqarah: 286).
Dapatlah di fahami dari
ayat ini bahawa Allah telah mengajar kita akan keindahan kalimah-kalimah Illahi
yang sangat indah, keindahan ayat al-Quran ini mampu membuka pintu-pintu cinta
kepada Allah.
Allah terus mengajar kita
berdoa dengan firman-Nya, “Rabbana wala tahmil a’alaina ishran kama
hamaltahu a’lalladziina min qablina”, yang bermaksud “Wahai Tuhan
Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang
telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami”.
(al-Baqarah: 286)
Allah mengajar kita lagi
dengan doa, “Rabbana wala tuhammilna malaa thaqatalanabihi, wa’fu ‘anna
waghfirlana warhamna”. Maksudnya, “maafkanlah kami, ampunilah kami,
dan sayangilah kami”. (al-Baqarah: 286)
Indahnya kalimah ini “warhamna”,
yang bermaksud “sayangilah kami”.
Allah berfirman, “..fanshurna
a’lalqaumil kaafiriin” yang bermaksud “tolonglah Kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (al-Baqarah: 286).
Sesungguhnya Allah maha
melihat kebaikan hamba-Nya dan sangat suka akan hamba-hamba-Nya yang melakukan
kebaikan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam bukhari di mana ada seekor
anjing yang kehausan kemudian diberi minum oleh seorang lelaki atau dalam
riwayat yang lain oleh seorang wanita sehingga anjing itu dapat minum
sepuasnya. Kemudian anjing itu berlalu pergi, anjing itu tidak mampu
mengucapkan terima kasih atas kebaikan itu, namun Allah melihat perbuatannya,
lalu Allah mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya. Allah
berterima kasih kepada hamba-Nya hanya kerana memberi haiwan najis minum. Alangkah
indahnya Allah, agungnya Allah dan mulianya Allah. Rugilah jiwa yang tidak
mencintai Allah.
Washallallahu ala
Sayyidina Muhammad Nabiyyil Ummiy wa Shohbihi wa Sallam
Sumber: Tausiyah Habib Munzir
Sumber: Tausiyah Habib Munzir
No comments:
Post a Comment