Pada suatu ketika Rasulullah
saw didatangi oleh tiga orang tetamu yang datang berjumpa dengan Nabi saw
dengan ucapan “assalamu’alaikum warahmatullah”, tetapi Rasulullah saw
mendiamkan diri. Kemudian sekali lagi mereka mengucapkan salam, “assalamu’alaikum
warahmatullah wabarakatuh”, Rasulullah tidak menjawabnya buat kali kedua, sehinggalah
kali yang ketiga Rasulullah saw tetap tidak menjawab tetapi Baginda bertayammum
terlebih dahulu kemudian baru menjawab salam.
Tindakan Baginda Nabi saw
itu menimbulkan kemusykilan pada para Sahabat. Para Sahabat bertanya, “ya
Rasulullah, kami memberi salam dan tuan tidak menjawabnya, adakah tuan marah
kepada kami dan kami adalah ahli neraka”? Rasulullah saw menjawab “bukan
begitu”, Rasul saw bersabda, “aku tidak ingin menjawab salam kecuali dalam
keadaan suci”.
Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani
dalam kitabnya Fathul Baari bisyarah Sohih Bukhari menjelaskan makna yang
pertama Nabi saw tidak menjawab salam tetamunya oleh kerana Nabi saw merasakan
tidak sopan menjawab salam yang diberikan oleh tetamunya dalam keadaan Baginda
tidak suci.
Dapat difahami juga bahawa
Nabi saw bertayamum apabila ketiadaan air, dan Baginda bersuci adalah kerana
Baginda tidak mahu menyebut nama Allah kecuali dalam keadaan berwudhuk.
Habib Munzir
No comments:
Post a Comment