Berkaitan
dengan janggut, terdapat perintah membiarkan (tidak mencukur) dan memelihara janggut,
Nabi SalAllahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
“Bezakanlah diri kamu dengan orang-orang
musyrik. Biarkanlah janggut dan potonglah misai”.
(HR. al-Bukhari dan Muslim).
Ulamak
berbeza pendapat tentang maksud ayat perintah Rasulullah SalAllahu ‘alaihi
Wasallam ini sama ada ayat ini bermaksud
wajib atau hanya anjuran. Jumhur ahli Fiqh berpendapat bahawa perintah ini
membawa maksud wajib. Di sisi Mazhab Syafi’i pula berpendapat bahawa hadis ini hanyalah
anjuran.
Ulamak
Mazhab Syafi‟i yang berpendapat demikian diantaranya adalah Syaikhul Islam
Zakariyya al-Anshari (Asna al-Mathalib, juz 1,551). Imam ar-Ramli memberikan
komen terhadap pendapat ini dalam Hasyiyah-nya terhadap kitab Asna al-Mathalib,
“Makruh mencabutnya dengan maksudnya makruh mencabut janggut dan seterusnya.
Perbuatan yang sama seperti itu adalah mencukur janggut.”
Pendapat
al-Hulaimi dalam Minhaj-nya mengatakan, “pendapat yang mengatakan tidak
halal bagi seseorang mencukur janggut dan bulu mata, ini adalah pendapat yang
lemah”. Al-‘Allamah Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfat al-Muhtaj Syarh
al-Minhaj berkata, “mereka menyebutkan disini bahawa janggut dan sejenisnya,
ada beberapa perbuatan makruh, diantaranya ialah mencabut janggut atau mencukur
janggut. Demikian juga dengan dua bulu mata.”
Imam
Ibnu Qasim al-‘Abbadi menekankan pendapat ini dalam Hasyiyah-nya terhadap
Tuhfat al-Muhtaj dengan berkata, “Atau diharamkan, bertentangan dengan
pendapat yang dijadikan sebagai pegangan‟. Dalam kitab Syarh al-‘Ubab dinyatakan,
“Fa’idah: Dua Syekh (Imam ar-Rafi’i dan Imam an-Nawawi) berkata, “Makruh
hukumnya mencukur janggut.”
Al-‘Allamah
al-Bujairimi berkata dalam Syarh-nya terhadap al-Khathib, “Sesungguhnya
mencukur janggut itu makruh dilakukan lelaki dewasa, bukannya haram”. Sebutan
kata ar-Rajul (lelaki dewasa) dalam teks ini bukan sebagai lawan bagi kata
perempuan, akan tetapi sebagai lawan kata asy-Syab ash-Shaghir (remaja) dengan
makna makruh hukumnya mencukur janggut bagi remaja.
Pendapat
yang menyatakan makruh hukumnya mencukur janggut juga dinyatakan oleh ulama dari
luar Mazhab Syafi’i. Diantara mereka adalah Imam al-Qadhi Iyadh pengarang kitab
asy-Syifa, salah seorang ulama Mazhab Maliki. Beliau berkata, “Makruh
hukumnya mencukur janggut, memotong dan membakar janggut”.
Dapat
difahami bahawa ahli Fiqh yang mewajibkan memelihara janggut dan mengharamkan
mencukur janggut adalah kerana mereka menilai dari aspek lain. Terdapat unsur
tambahan terhadap teks hadis, iaitu mencukur janggut itu sesuatu yang dianggap sebagai
aib, bertentangan dengan bentuk wajah manusia saat itu, orang yang mencukur janggut
pada zaman itu dipandang hina.
Imam
ar-Ramli berkata tentang hukum Ta’zir, bahawa hukum Ta’zir tidak dijatuhkan
bagi orang yang mencukur janggut. Beliau berkata dalam Hasyiyah Asna
al-Mathalib, “Tidak ada hukuman Ta’zir bagi orang yang mencukur janggut.
Guru kami berkata,“Kerana mencukur janggut itu aib, orang yang melakukannya sangat
dikecam, bahkan terkadang anak-anaknya pun ikut dikecam.”
Jika
hal ini terkait dengan kebiasaan dan tradisi, maka itu menjadi sebab yang mengalihkan
ayat perintah dari makna wajib kepada makna anjuran. Sebagaimana sabda Rasulullah
SalAllahu ‘alaihi Wasallam :
“Ubahlah
uban, janganlah kamu menyamakan diri dengan orang-orang Yahudi”.
(HR. at-Tirmidzi).
Bentuk
kata perintah dalam hadis perintah mengubah uban menyerupai hadis perintah
memelihara janggut. Akan tetapi kerana mengubah uban bukanlah suatu perbuatan yang
diingkari di tengah masyarakat, maka ia tidak dilakukan.
Para
ahli Fiqh berpendapat bahawa mengubah uban itu hukumnya dianjurkan, mereka tidak
mengatakan diwajibkan. Para ulama bersikap keras dalam hal pemakaian topi dan memakai
tali leher, mereka menyatakan bahawa sesiapa yang memakainya itu adalah kafir. Bukanlah
kerana perbuatan itu kafir pada zatnya. Akan tetapi kerana perbuatan itu
mengandungi makna kekafiran pada masa itu.
Ketika
pemakaian tali leher sudah menjadi tradisi, tidak seorang pun ulama mengkafirkan
orang yang memakainya. Hukum janggut pada masa Salaf, seluruh penduduk bumi, baik
yang kafir mahupun yang muslim, semuanya memanjangkan janggut. Tidak ada alasan
untuk mencukurnya. Oleh sebab itu ulama berbeza pendapat antara jumhur yang mewajibkan
memelihara janggut dan Mazhab Syafi’i yang menyatakan bahawa memelihara janggut
itu sunnat, tidak berdosa bagi orang yang mencukurnya.
Oleh
sebab itu menurut kami pada zaman ini perlu mengamalkan pendapat dari Mazhab Syafi’i,
kerana tradisi telah berubah. Mencukur janggut itu hukumnya makruh. Memelihara janggut
hukumnya sunnat, mendapat pahala bagi yang menyimpannya dan menjaga supaya rapi
dan kemas. Wallahu Ta’ala A’la wa A’lam.
Sumber:
Syekh DR. Ali Jum’ah, Al-Bayan li ma Yusyghil al-Adzhan. Ustaz Somad Moroco
No comments:
Post a Comment