Definisi Doa
Menurut Ibn Manzur, doa bermaksud al-Istighazhah iaitu
memohon pertolongan dan perlindungan. Doa hanya dipohon kepada Allah Ta’ala sebagai
jalinan penghubung antara hamba dan Penciptanya sebagai tanda pengabdian diri.
Menurut Syeikh Ibrahim al-Baijuri dalam syarah Jauharah
at-Tauhid, doa merupakan permohonan kepada Allah Ta’ala bagi memperkenankan suatu
hajat. Doa mampu memberi manfaat kepada mereka yang masih hidup atau yang sudah
meninggal. Doa juga mampu memberi mudarat jika mendoakan bencana dan kecelakaan walaupun
doa itu datangnya dari orang kafir. Ini berdasarkan hadisNabi saw dari Anas r.a:
“doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan walaupun
dia seorang yang kafir.”
Namun, doa orang kafir bagi memohon keringanan azab
dan keselamatan di hari Kiamat kelak tidaklah dimakbulkan berdasarkan firman
Allah Ta’ala:
“Dan tidaklah doa orang-orang kafir itu kecuali dalam
kesesatan.”
Antara Doa dan Taqdir
Hakim telah mensahihkan sebuah hadis Nabi SAW
bersabda:
“Bala bencana itu benar-benar akan turun dan doa
akan menjumpainya maka kedua-duanya saling mengubati satu sama lain sehingga hari
kiamat.”
Sabda Nabi SAW:
“Tiada yang boleh mengubah Qadha’ Tuhan, kecuali dengan
berdoa, dan tiada yang boleh menambah umur, kecuali dengan beramal kebajikan.”
Doa mampu memberi kesan pada Qadha’ Mubram iaitu ketentuan
atau takdir Allah yang sudah pasti. Juga pada Qadha’ Muallaq iaitu takdir Allah
yang dikaitkan dengan sesuatu.
Namun bukan semua takdirnya Allah terkait dengan doa,
mungkin sahaja di disebabkan oleh perkara lain sebagai contoh sedekah yang
dilakukan atau perkara kebaikan lainnya yang telah kita lakukan.
Pada Qadha’ Mubram, doa tidak mampu mengangkatnya.
Namun Allah yang Maha Bijaksana mampu menjadikan takdir itu berubah bentuknya disebabkan
oleh doa. Sebagai contoh, batu yang besar terjatuh menghala kearah kita namun disebabkan
doa maka batu itu hancur menjadi pasir halus. Nabi SAW bersabda:
“Doa itu member manfaat terhadap sesuatu bencana
yang sudah turun dan yang belum turun.”
Berdoa telah Sabit dalam al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak
Telah sabit dari al-Quran dan Sunnah akan suruhan dan
anjuran berdoa. Allah berfirman:
“Dan jika hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa orang yang berdoa jika dia
berdoa kepada-Ku.”
Allah berfirman dalam surah al-A’raf:
“Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan
(dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
Yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah
Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu
mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang yang memperbaiki amalannya.”
[al-A’raf: 55-56]
Baginda Nabi SAW telah banyak berdoa sebagai contoh
sewaktu perang badar. Telah ijmak(sepakat) para Ulamak Salaf dan Khalaf sabitnya
berdoa. Nabi SAW bersabda:
“Doa itu adalah ibadah” dan “doa itu ialah senjata
orang Mukmin”
Doa Akan dimakbulkan
Ada riwayatNabi SAW telah bersabda:
“Tiada seorang yang memohon kepada Allah Ta’ala,
melainkan akan dikabulkan. Samaada Allah menyegerakan pemberian apa yang
dipohon, atau Allah menolak daripadanya suatu bencana dari apa yang dipohon,
atau Allah menyimpanya untuk diberikan pada hari Akhirat kelak berupa suatu
yang lebih utama dan lebih sempurna dari apa yang dipohon didunia.”
Dan Allah berfirman:
“berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankannya.”
Oleh itu sentiasalah berdoa disaat senang dan susah. Jika masih tidak dimakbulkan janganlah berputus asa kerana ada perkara dan rancangan Allah Ta’ala yang kita tidak tahu, ada kebaikan dan manfaat yang tersembunyi. Maka teruslah berdoa dan menyerahkan kepada pentadbiran Allah yang Maha Bijaksana.
Syarat-syarat doa dimakbulkan
1.
Memakan
makanan yang halal.
2.
Meyakini
doa akan dimakbulkan.
3.
Hatinya
khusyuk dalam berdoa.
4.
Tidak
berdoa perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa dan maksiat.
5.
Tidak
berdoa pada suatu yang mustahil.
6.
Berdoa
dengan doa daripa al-Quran dan dari Nabi SAW.
Adab-adab berdoa
1.
Berdoa
pada waktu-waktu mustajab doa seperti waktu sujud dan ketika azan.
2.
Berwuduk
dan mendirikan solat
3.
Menghadap
kearah kiblat
4.
Mengangkat
tangan kearah langit
5.
Menginsafi
dan mengaku dosa yang dilakukan.
6.
Ikhlas
7.
Memulakan
dan menutup doa dengan pujian kepada Allah serta solawat keatas Nabi SAW.
8.
Bersungguh-sungguh
memohon dengan penuh keazaman.
9.
Banyakan
berdoa diwaktu senang.
Ada riwayat yang menyebut:
“Allah Ta’ala itu Pemalu, Pemurah, merasa malu untuk
menolak permohonanhamba-Nya apabila hamba mengangkat tangan memohon kepadanya.”
Antara nikmat yang besar Allah Ta’ala kurniakan kepada
hambanya ialah doa. Allah memerintahkan supaya sentiasa berdoa, Allah akan murka
kepada hamba-hamba-Nya yang tidak mahu berdoa, sebagai sabda Nabi SAW:
“siapa yang tidak memohon sesuatu kepadaTuhan,
nescaya Dia akan murka kepadanya.”
No comments:
Post a Comment