Munafik atau
nifaq adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab.
Dari segi
bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura. Manakala dari segi istilahnya,
nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau
bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka
adalah bertujuan meruntuhkan Islam. Mereka menzahirkan Islam pada diri mereka
tetapi menyembunyikan kekufuran dalam hati mereka.
Golongan
munafik dalam istilah moden boleh disebut golongan subversif ataupun merosakkan
dari dalam.
Menjelaskan
sifat munafik yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w, sesiapa yang
mempunyai tiga perkara ini, maka dia adalah seorang munafik walaupun dia
berpuasa, sembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengatakan dirinya seorang
Muslim.
Para sahabat bertanya,``Apakah
tiga perkara ini?'' Jawab baginda: Iaitu apabila bercakap dia berbohong,
apabila berjanji dia tidak menepati janjinya dan apabila diberi amanah dia
mengkhianatinya. (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat
yang lain Rasulullah saw menjelaskan tanda-tanda orang munafik iaitu apabila
bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri janjinya, apabila diberi
amanah dia mengkhianatinya dan apabila berbalah (bertengkar) dia melampaui
batas. (Riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment