“Kamu adalah umat terunggul (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”...(Ali 'Imran:110)
Tuesday, August 27, 2013
CARA MEMAKAI CINCIN SECARA SUNNAH
Gambar Mufti Mesir Syeikh Dr. Ali Jumuah memakai cincin.
Dalam kitab Sharah Sohih Muslim karya Imam an-Nawawi disebutkan:
Dari hadis Thalhah bin Yahya dan Sulaiman bin Bilal, dari Yunus, dari Ibnu Syihab, dari Anas, “sesungguhnya Rasulullah Saw memakai cincin perak di sebelah kanan.”
Dalam hadis Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas: cincin Rasulullah Saw di sini”. Ia menunjuk jari kelingking kanan kiri.
Dalam hadits Ali: “Rasulullah Saw melarang saya memakai cincin di jari ini dan ini”. Dia menunjuk pada jari tengah dan jari di sampingnya (telunjuk). Diriwayatkan dalam kitab lain selain Sohih Muslim: “Jari telunjuk dan jari tengah”. Kaum muslimin sepakat bahwa Sunnah meletakkan cincin di jari kelingking. Sedangkan perempuan memakai cincin di jari jemarinya.
Adapun hikmah dalam masalah ini menurut para ahli Fiqh, mereka sepakat bahawa memakai cincin di sebelah kanan, boleh di sebelah kiri, tidak makruh di kanan atau di kiri. Ulamak khilaf berkaitan di sebelah mana yang lebih afdhal? Ramai dari kalangan Salaf yang memakai cincin di sebelah kanan, ramai juga yang memakai di sebelah kiri. Imam Malik pula menganjurkan dipakai di sebelah kiri, dan makruh di sebelah kanan. Menurut Mazhab Syafi’e, ada dua pendapat: menurut pendapat yang sohih sebelah kanan lebih afdhal, kerana sebagai perhiasan, sebelah kanan itu lebih mulia dan lebih berhak untuk diberi perhiasan.
Ustaz Somad Morocco
Friday, August 2, 2013
HUKUM MENGALIH ZAKAT
Diriwayatkan
oleh sebilangan ahli hadis bahawa ketika Rasulullah Saw mengutus Muaz bin Jabal
ke Yaman, Rasulullah Saw berkata kepadanya, “Jika mereka taat kepadaku, maka
ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah Swt mewajibkan zakat kepada mereka dalam
harta mereka. Diambil dari orang-orang yang mampu di antara mereka dan
diserahkan kepada orang-orang yang fakir di antara mereka”.
Berdasarkan
riwayat-riwayat ini para fuqaha(ahli Fiqh) berdalil bahawa zakat dibahagikan
kepada orang-orang fakir yang berada di dalam negerinya. Ulama berbeza pendapat
tentang hukum mengalihkan zakat ke negeri lain. Ijmak ulamak bahawa boleh mengalihkan zakat ke
negeri lain jika negeri tempat pengutipan zakat tersebut tidak memerlukannya.
Menurut
Mazhab Hanafi, makruh mengalihkan zakat kecuali jika pengalihan tersebut kepada
saudara mara yang memerlukan, kerana ia dapat menyambung silaturahim, atau
kepada kelompok masyarakat yang lebih memerlukan daripada fakir di negeri
tempat pemungutan zakat. Juga boleh mengalih zakat di sebabkan oleh maslahat
bagi kaum muslimin, untuk para penuntut ilmu, atau zakat tersebut dibayar sebelum
masanya diwajibkan, ertinya dibayarkan sebelum Haul. Maka dalam semua keadaan
ini tidak dimakruhkan mengalihkan zakat.
Menurut
Mazhab Syafie,
tidak boleh mengalihkan zakat dari suatu negeri ke negeri lain, wajib dibahagi
ke negeri tempat zakat tersebut dipungut dari muzakki(pengeluarkan zakat) yang
telah sampai haul. Jika tidak ada mustahik(penerima zakat), maka dialihkan ke
negeri yang di negeri tersebut terdapat mustahik zakat. Dalil mereka dalam
masalah ini adalah hadis Muaz diatas.
Abu
Ubaid meriwayatkan bahawa Muaz datang dari Yaman setelah Rasulullah Saw meninggal
dunia, Muaz mengirimkan sebahagian harta zakat tetapi Umar tidak menerimanya. Umar
menolaknya lebih dari sekali meskipun Muaz menjelaskan bahawa tidak ada
mustahik zakat yang mengambilnya.
Menurut
Mazhab Maliki, tidak boleh mengalihkan zakat ke negeri lain kecuali jika sangat
diperlukan, maka Imam mengambil zakat tersebut dan menyerahkannya kepada
orang-orang yang memerlukannya.
Menurut
Mazhab Hanbali, tidak boleh mengalihkan zakat ke negeri lain yang jaraknya
sejauh jarak Qasar solat. Zakat dibahagikan di negeri zakat tersebut dikutip
dan negeri sekitarnya yang berada di bawah jarak Qasar solat. Ibnu Qudamah
al-Hanbali berkata, “Jika seseorang menentang pendapat ini dan ia mengalihkan
zakatnya, zakatnya tetap sah menurut pendapat majoriti ulama.
Jika
seseorang tinggal di suatu tempat dan hartanya di tempat lain, maka zakatnya
dibahagi di negeri tempat hartanya berada kerana para mustahik di tempat
tersebut melihatnya. Jika hartanya berada di beberapa tempat, maka zakatnya
ditunaikan di setiap negeri tempat harta tersebut berada. Ini berlaku pada
zakat Mal.
Sedangkan
zakat Fitrah dibahagikan di tempat orang-orang yang berzakat, kerana zakat
tersebut adalah zakat dirinya, bukan zakat hartanya. Jika ada mustahik zakat di
tempat ia tinggal, maka zakat dibahagikan kepada mustahik yang ada di tempat
tersebut, demikian menurut jumhur fuqaha.
Fatwa
Syeikh ‘Athiyyah Saqar.
Subscribe to:
Posts (Atom)