Maksud
Reseki
Rezeki
bermaksud, sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah kepada haiwan dan manusia.
Kemudian, haiwan dan manusia dapat mengambil manfaat daripada pemberian Allah
itu.
Setiap
sesuatu adalah termasuk dalam kategori rezeki apabila dapat diambil manfaat.
Dan sesuatu perkara itu bukanlah dinamakan rezeki apabila tidak dapat diambil
manfaatnya. Sebagai contoh, jika seseorang memiliki sesuatu namun dia tidak
dapat menggunakannya atau memanfaatkannya, maka ia tidaklah termasuk rezeki
baginya. Benarlah kalam tokoh Ulamak pernah berkata, setiap orang akan
disempurnakan rezeki baginya, dia tidak akan mendapat rezeki orang lain dan
orang lain tidak akan mengambil rezekinya.
Dari
Ibnu Mas’ud Radiallahu’anhu berkata dalam sebuah hadith marfu’
“sesungguhnya
Malaikat Jibril telah melontarkan dalam hatiku bahawa seseorang tidak akan mati
sehingga disempurnakan rezeki baginya, maka bertaqwalah kepada Allah dan
perelokkanlah dalam mencari rezeki. Dan janganlah di sebabkan lambatnya rezeki
itu membawa salah seorang dari kamu mencarinya dengan jalan maksiat kepada
Allah, sesungguhnya apa-apa yang ada di sisi Allah itu tidak diperolehi
melainkan dengan cara mentaatinya.”
Oleh
kerana rezeki itu adalah sesuatu yang dapat diambil manfaat daripadanya, maka
sesuatu yang halal, makruh atau haram juga termasuk dalam rezeki jika seseorang
mendapat manfaat daripadanya.
Rezeki
adalah hak Allah
Sekuat
mana kita berusaha sekalipun jika Allah tidak mengizinkan rezeki kepada kita,
maka kita tidak akan mendapat rezeki. Kita tidak mampu mendapat apa pun yang
kita inginkan kecuali dengan pemberian dari Allah, firman Allah Ta’ala dalam
surah al-Ankabuut:
60. Dan (ingatlah) berapa
banyak binatang Yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah Yang memberi
rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi
Maha mengetahui.
Firman
Allah Ta’ala dalam surah Thaahaa:
132.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu,
(bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang
baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.
Jangan
Menghina dan Merungut Dengan Rezeki yang Diperolehi
Kadang
kita rezeki yang kita dapat bukan seperti yang kita harapkan, mungkin ia tidak
memuaskan hati kita dan kita merasa tidak selesa dengannya. Menghina rezeki
seperti kita merendahkan takdir Allah, dan merungut pula akan menjadikan hati
hilang rasa syukur.
Firman
Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216:
216. boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal
ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk
bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya.
Rujukan: Jauharah at-tauhid, hikam