Saya dan beberapa sahabat telah mengadakan kajian terperinci mengenai pelaburan tersebut. Saya telah membentangkan kertas tersebut di Muzakarah Penasihat-Penasihat Institusi Kewangan ke 7 anjuran JAKIM dengan kerjasama ISRA. Di akhirnya kami dapati ia menyalahi Syarak berdasarkan kepada perkara-perkara di bawah:
Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.
i. i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit melalui leveraj (leveraj) adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.
ii. ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.
iii. iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide'
iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.
v. v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.
vi. vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.
vii. Pandangan di atas adalah bersesuaian dengan Resolusi al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami pada persidangannya ke 18 di Mekah pada April 2006.
Walaupun begitu, urusniaga matawang seperti berikut adalah diharuskan dalam Syarak iaitu:
1. i. Urusniaga antara prinsipal iaitu bank-bank berlesen untuk menjual matawang dalam skala yang besar kepada syarikat-syarikat. Unsur menjual sesuatu yang tidak dimiliki adalah diminimumkan apabila bank mampu memiliki wang tersebut. Kewajipan qabd lani dilaksanakan dalam kontrak tersebut dalam tempoh dua hari (T-2) kerana ‘urf tukaran asing memerlukan tempoh tersebut, namun keharusan ini dikhususkan kepada ‘keperluan yang sukar dielak’. Walaupun begitu, urusniaga ‘prop trading’ di bank-bank tidak termasuk di dalam keharusan ini.
2. ii. Urusniaga pasaran sekunder seperti ‘on demand forex’ yang berlaku dengan pengurup matawang adalah harus kerana berlaku ‘qabd’ secara hakiki.
3. iii. Urusniaga TT (telegraphic transfer) adalah harus kerana berlaku urusniaga bonafide dan qabd hukmi dalam tempoh dua hari (T+2) dan adalah dimaafkan kerana tempoh transaksi semasa dunia yang sukar dielak dan diubah.
Masyarakat awam dinasihatkan menggunakan produk-produk kewangan yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti serta yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihatan Syariah di institusi kewangan.
Wallahu a'lam,
Abu al-'Izz
Sumber : http://drasmadinet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment