بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
عن عائشة رضي الله عنها قالت:إن كان
رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ليدع العمل وهو يحب أن يعمل به خشية أن يعمل به
الناس فيفرض عليهم
(متفق عليه)
Dari Aisyah isteri baginda Nabi Muhammad SAW, Ummul Mukminin RA berkata: “Jika Rasulullah SAW meninggalkan suatu amalan padahal baginda suka mengamalkannya, ini kerana baginda bimbang manusia yang mengamalkannya kemudian diwajibkan ke atas mereka (Muttafaqun ‘Alaih)
Sesungguhnya,
baginda SAW meninggalkan amal perbuatan, iaitu amalan ibadah sunah (bukan
ibadah yang wajib) padahal Nabi SAW itu sangat suka untuk sentiasa melakukan
amalan sunnah di depan sahabatnya agar di contohi.
Mengapa Nabi
SAW bertindak metinggalkannya? Tindakan Nabi SAW ini adalah kerana خشية (bimbang) أن يعمل به الناس (amalan itu nanti
dilakukan oleh manusia) para sahabat melakukannya secara beramai-ramai lalu فيفرض عليهم (diwajibkan
ke atas mereka) amalan itu oleh Allah SWT. Nabi SAW bimbang amalan itu nanti kemudiannya
menjadi beban kepada ummatnya.
Hadith ini menggambarkan
kelembut hati Rasulullah SAW, Nabi SAW bimbang kelak kita tidak mampu melakukan
amalan yang wajib dan berdosa jika meninggalkannya. Nabi SAW meninggalkan dari
melakukannya di hadapan sahabat, tetapi Nabi SAW tetap melakukannya secara
sendirian di rumah. Contohnya solat sunat dhuha dan tarawih, jika solat wajib
Nabi SAW akan pergi melakukannya di Masjid.
Oleh sebab
itu Nabi SAW hanya melakukan solat sunat tarawih bersama sahabat di masjid
hanya pada malam-malam awal ramadhan dan kemudiannya Nabi SAW tidak ke Masjid
kerana Nabi SAW bimbang jika Nabi SAW berterusan mengimami solat tarawih setiap
malam pada bulan ramadhan, kelak solat sunat tarawih diwajibkan. Nabi SAW
bersabda: “Aku bimbang solat-solat malam menjadi wajib ke atas kamu dan nanti kamu
tidak mampu menjalankannya dan menjadi beban makanya aku tidak keluar pergi ke
Masjid”.
Firman Allah
SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً
لِلْعَالَمِينَ
“Tidaklah-Ku
utus kau wahai Muhammad melainkan menjadi manusia pembawa rahmat bagi alam
semesta”.
Nabi SAW
meninggalkan sesuatu amalan bukan kerana Nabi SAW tidak suka, merasa malas atau
kerana bosan melakukan amalan tersebut. Nabi SAW adalah orang yang paling suka
beribadah. Nabi SAW sentiasa ingin bermunajat dan menjaga hubungan baginda
dengan Allah. Nabi SAW tidak makan bawang kerana tidak mahu mulut Nabi SAW
berbau ketika bermunajat kepada Allah. Nabi SAW bersabda: “Aku setiap detik bermunajat
pada Allah, jadi aku tidak mahu mulut ini bau”.
Dalam Sohih
Bukhari Nabi SAW bersabda: “Agama Islam itu mudah”. Allah SWT berfirman:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah
menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”.
Nabi SAW
bersabda: “Seandainya aku tidak bimbang kamu dibebani dengan siwak (memberus
gigi) maka pasti aku wajibkan kamu semuanya untuk bersiwak setiap kali hendak solat”.
Dalam sohih
Bukhari, Nabi SAW bersabda: “Aku ingin memanjangkan solat, tiba-tiba aku
mendengar tangisan anak kecil. Maka aku ringkaskan solatku. Aku bimbang panjangnya
solat menjadi beban kepada orang tua dan ibu yang ikut solat berjemaah.
Sumber: majelisrasulullah.com, Habib Alwi
bin Abdurrahman Al-Habsy, Qutuful Falihin, Sayyidil Habib Umar bin Muhammad
bin Salim bin Hafidz