Thursday, October 6, 2016

DOA KETENTERAMAN, KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN


بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah dosaku, luaskan rumahku, berkatilah rezekiku."

Rasulullah SAW selalu membaca doa ini dan bersabda: "Adakah doa yang lain dapat tenteramkanmu selain doa ini. ?" (Riwayat al-Nasaie)


Rumah yang luas dan lapang akan memberi kebahagiaan. Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara yang membahagiakan: Perempuan(isteri) yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa." (Riwayat Ibn Hibban)

BERKAHWINLAH, JANGAN RISAU


Wajib Berkahwin Bagi Yang Mampu
Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam bersabda : "Sesiapa di kalangan kamu(pemuda) yang berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah. Ini kerana prkhwinan itu akan menunduk pandangan dan menjaga kemaluan." (Riwayat al-Bukhari )

Jangan Bimbang Rezekimu
Usah bimbang rezeki tidak mencukupi, yakinlah Allah akan mencukupkan dan menambah rezeki. Firman Allah ta'ala: "Dan kahwinlah orang-orang bujang dari kalangan kamu dan orang soleh dari hamba kamu lelaki dan prmpuan. Jika mereka miskin, Allah akan mmberikn kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." (Surah Al-Nuur: 32)

Allah akan Memberi Pertolongan
Orang yang berkahwin akan mendapat pertolongan Allah. Sabda Nabi saw: "Manusia yang berhak mendapat pertolongan Allah ialah orang yang berkhwin kerana hendak menyelamatkn dirinya dari perbuatan keji." (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

 Sumber: Halal dan Haram dalam Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi