Pengertian
Sembelihan binatang pada Hari raya Qurban
(Aidil Adha) bertujuan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
Hukum
Asalnya adalah sunat muakkad namun boleh
menjadi wajib jika seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaanya yang memenuhi
syarat qurban untuk dijadikan qurban atau dia berazam untuk melakukan qurban.
Orang yang dituntut melakukan qurban
Orang yang dituntut melakukan qurban
mestilah Islam, baligh dan berakal (mukalaf) serta berkemampuan.
Binatang Qurban
Qurban hanya sah dengan unta, lembu dan
kambing. Binatang paling afdhol ialah unta, diikuti lembu dan kemudian kambing.
Harus melakukan qurban seekor unta atau lembu untuk tujuh orang (dibahagi
kepada tujuh orang).
Syarat binatang qurban
Umur unta hendaklah disyaratkan masuk tahun
keenam. Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga, manakala umur bagi
kambing biri-biri telah masuk tahun kedua dan telah tanggal gigi hadapannya
walaupun umurnya belum cukup setahun. Binatang qurban tersebut mestilah tidak
cacat (Terlalu kurus, buta sebelah mata, berpenyakit atau putus sebahagian
telinga).
Waktu Melakukan Qurban
Waktu qurban bermula selepas terbit
matahari pada Hari Raya Qurban sehingga terbenamnya matahari pada hari terakhir
hari tasyriq iaitu pada 13 Zulhijjah. Waktu paling afdhol ialah selepas selesai
solat hari raya.
Agihan Daging Qurban
Bagi qurban yang sunat harus bagi orang
yang melakukan qurban untuk makan daging qurbannya dengan syarat sebahagiannya
perlu disedekahkan. Afdhol baginya memakan sedikit dan memaksimumkan bahagian
untuk sedekah.
Harus untuknya untuk makan 1/3 bahagian,
menyedekahkan 1/3 bahagian kepada orang fakir dan 1/3 bahagian dihadiahkan
kepada sahabat handai dan jiran walaupun mereka kaya.
Daging yang dihadiahkan tidak boleh dijual
manakala daging yang disedekahkan boleh dilakukan apa sahaja keatasnya kerana
telah menjadi haknya.
Tidak harus menjual kulit binatang qurban
atau dijadikan upah, namun boleh jika disedekahkan atau gunakan untuk dirinya
sendiri.
Bagi qurban yang wajib, orang yang
melakukan qurban tidak harus memakannya atau diberikan kepada orang yang di
bawah tanggungngannya. Jika termakan maka perlu digantinya dengan bayaran.
Sunat bagi orang yang hendak melakukan
qurban dengan tidak menghilangkan bulu dan kuku di badannya bermula dari 1 Zulhijjah sehingga binatang qurbannya disembelih.
Sunat bagi orang yang hendak melakukan
qurban dengan menyembelih sendiri binatang qurban, jika tidak mampu maka sunat
menyaksikan qurbannya disembelih.
Sunat melakukan sembelihan di kawasan
lapang berhampiran tempat orang berkumpul melakukan solat sunat hari raya.
Sumber: al-Fiqh al-Manhaji ala al-Mazhab
al-Imam al-Syafie’, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, JAKIM