Ulamak tidak menganjurkan
supaya kita kerap berkunjung ke tempat-tempat orang berkuasa atau pemimpin dari
kalangan kita atau ke istana dan kediaman mereka, malah terdapat ulamak yang
sangat tegas dalam perkara ini.
Perkara ini jelas
bahawa manusia itu hatinya mudah terpesona dan terpaut dengan kekayaan dan kemegahan,
terutama ketakjuban kekayaan para pemimpin. Hal ini sangat bertepatan dengan hadis
Nabi saw di manaNabi saw bersabda “makin dekat seseorang dengan pemerintah maka
makin jauh dirinya dari Allah SWT.”
Terdapat sebuah
hadis Nabi saw menggambarkan pada hari kiamat kelak ada disediakan tempat khas
dalam neraka untuk ulamak yang mengampu pemimpin serta riak dengan amalan dan ilmunya.
Malah Allah
membenci orang-orang yang selalu mengunjungi pemimpin.
Terdapat Ulamak
pernah berkata, “sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang selalu pergi megunjungi
ulamak, dan seburuk-buruk ulamak ialah ulamak yang selalu mengunjungi ke rumah pemimpin.”
Ulamak juga berpesan
jika kamu melihat seorang yang faqeh tapi dia mempunyai hubungan yang rapat dengan
pemimpin maka dia adalah seorang pengampu.
Pernah diceritakan
bahawa Tuan guru Husin al-banjari disajikan makanan oleh Sultan kedah dengan
menggunakan peralatan yang dibuat daripada emas, lantas beliau serta merta keluar
dari majlis tersebut.
Cuba fahami dan
renungkan mengapa ulamak salaf bertindak menjauhi para pemimpin dan penguasa.
Imam Sufyan
at-Thauri apabila utusan khalifah Harul ar-Rashid datang membawa surat dari
khalifah, Imam Sufyan at-Thauri bertindak mengendahkan dia.
Imam Sufyan
at-Thauri mengatakan bahawa Khalifah Harun adalah pemimpin yang zalim hanya
kerana Khalifah Harun meninggalkan bidang dakwah dan memilih menjadi khalifah.
Nabi saw bersabda
dalam sebuah hadis, “Siapa yang redha dengan kezaliman pemimpin, maka dia bukan
dariku dan aku bukan dari dia dan dia tidak akan dapat minum dari telagaku”.
Ulamak itu pewaris
bagi para Nabi dan Rasul, Nabi saw menolak tawaran wanita, harta dan jawatan,
ia sebagai panduan bagaimana sikap Ulamak Rabbani dalam menghadapi pemimpin.
“Allah menganugerahkan
harta dan dunia pada sesiapa sahaja tapi Allah SWT tidak mengurniakan ilmu dan
agama kecuali kepada orang yang Dia cintai.”
Diri kita menjadi
hina tatkala kita yang dimuliakan Allah tapi tunduk kepada pemerintah.
Ulamak itu adalah
pewaris para Rasul selagi mana mereka tidak bergaul dengan pemerintah.
Nabi saw
bersabda, “Siapa yang berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim dan redha dengannya
dia akan masuk neraka”.
Dan Nabi saw
bersabda lagi, “Jangan berkumpul dengan ahli bid’ah, dengan pemerintah dan perempuan”.
Malah Ulamak salaf
terkenal bernama Imam Sufyan at-Thauri pernah berkata, “kalau diminta mengajar
al-Quran sekali pun jangan pergi”
Begitu juga kisah
yang berlaku pada Imam Malik apabila Khalifah meminta Imam Malik mengajar kitab
di istana, Imam Malik berkata “ilmu itu didatangi bukan dipaggil”
Begitu juga Ulamak
yang bernama Hammad ibn Salamah bila mana menteri menyuruh
Hammad ibn salamah pergi ke Istana menyelesaikan suatu masalah tapi Hammad menyuruh
Menteri itu dating sendiri kepada nya untuk bertanya.
Nabi SAW bersabda, "Manusia yang paling berat siksanya pada hari kiamat kelak adalah pemimpin yang memimpin ke arah kesesatan dan orang yang pandai bersandiwara." [HR. Imam Ahmad]
Nabi SAW bersabda, "Manusia yang paling berat siksanya pada hari kiamat kelak adalah pemimpin yang memimpin ke arah kesesatan dan orang yang pandai bersandiwara." [HR. Imam Ahmad]
Arrasoil
al-Qaiyimah Wal Muqtathofatul Hammah