Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.
Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak
(Al-Imam al-Bukhari ( nombor 2550(. Dan (Al-Imam Muslim )nombor 1718).
Perbincangan:Hadis ini turut dibahaskan oleh al-imam nawawi r.h.m. dalam hadis 40 beliau. Hadis ini menunjukkan betapa tegasnya larangan mengada-adakan dalam urusan agama yang bukan termasuk dalam perkara agama.
Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. Contoh menongkok tambah dalam ibadat yang telah disyariatkan secara khusus adalah seperti menambah atau mengurangkan rakaat dalam solat fardhu. Bid’ah juga boleh berlaku dalam Muamalat seperti melakukan ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
Pengajaran:lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.
Definisi Bid‘ah Mengikut Imam Shafi’e:Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari‘at. Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî:
Harmala menyebut, “Aku mendengar Imam al-Shâfi’e(ra) berkata, “Bid‘ah itu dua jenis (al-bid‘atu bid`atân)” “Bid‘ah yang dipuji (bid‘ah mahmûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bid‘ah mazmûmah). Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan
itu dikeji (mazmûmah).” Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khattâb (ra) kepada jemaah yang mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan Ramadân dengan katanya:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”
Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam Al-Shâfi`î berkata kepada kami, ‘Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muhdathâtu min al-umûri darbân):
Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan al-Qur’ān atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijmâ’ para ulamā’, maka bid‘ah itu adalah sesat (fahâdhihi albid‘ atu dalâlah). Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan (mâ uhditha min al-khayr) yang tidak bertentangan dengan mana-mana pun di atas, dan ini bukan bid‘ah yang dikeji (wahâdhihi muhdathatun ghayru madhmûmah).`Umar (ra) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan Ramadhan, “Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” bermaksud bahawa ‘perkara baharu’ yang diadaadakan yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara di atas (Al-Qur’ān, Sunnah, athār Sahabat dan Ijmā’).'”
Sehubungan dengan itu Imâm al-Haytamî, Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî, dan Imâm
al-Lacknawî seterusnya menyambung, “Bid‘ah dari segi Shari‘atnya ialah apa jua perkara baharu yang diadakan yang bertentangan dengan hukum yang diturunkan Allah, samada berdasarkan dalil-dalil yang nyata atau pun dalil-dalil umum” “Hanya Bid‘ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji” “Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”
Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi sesuatu perkara itu dikira ‘bid‘ah’ Sesat hanya semata-mata kerana ianya ‘perkara baharu’, Al-Bayhaqî mengulas kenyataan al-Rabî, “Begitu juga dalam hal perdebatan aqidah (kalâm), walaupun kaedah kalām merupakan ‘perkara baharu’
namun ianya dipuji (mahmudah) kerana ianya bertujuan untuk mendedahkan
kepalsuan pereka bid‘ah itu.
Rasulullah dan begitu juga para Sahabat ditanya soalan berhubung dengan Qada’ dan Qadar. Namun pada masa itu, para Sahabat sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah . Namun sebaliknya di zaman kita ini pereka bid‘ah tidak lagi berpuas hati dengan jawapan yang yang diberikan oleh Rasulullah, dan mereka tidak lagi menerimanya. Oleh itu bagi menangkis serangan yang mereka sebarkan kepada umum, perlu bagi kita berhujah menggunakan kaedah pembuktian yang diterima pakai oleh mereka sendiri.
Dan sesungguhnya kejayaan itu datangnya dari Allâh jua. Ini merupakan pembelaan Imâm al-Bayhaqî secara terang-terang terhadap keperluan kalâm dan sifatnya yang selari dengan tuntutan Sunnah demi mempertahankan Islam dari pereka bid‘ah. Pendirian yang hampir sama juga boleh dilihat di
kalangan para Imam besar seperti Ibn `Asâkir, Ibn al-Salâh, al-Nawawî, Ibn al-Subkî,
Ibn `Abidîn dan lain-lain.
Pembahagian Bid‘ah di kalangan ‘ulama’ Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya
(a) Definisi Imam al-GhazâlîHujjatul Islâm Imam al-Ghazâlî ketika mengulas perbahasan berhubung dengan penambahan ‘titik’ pada huruf ayat-ayat al-Qur’ān dengan katanya, Hakikat bahawa ianya perkara baharu yang diadakan (muhdath) tidak menghalang ini semua. Berapa banyak perkara baharu yang diadakan tetapi ianya baik, seperti mana sembahyang Terawih secara berjemaah. Ianya adalah antara bid‘ah Saidina`Umar (ra) tetapi ianya adalah bidôah yang baik (bid‘ah hasana). Bid‘ah yang keji ialah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah atau yang boleh membawa kepada perubahan Sunnah itu.
(b) Definisi Qâdî Abû Bakr ibn al-‘Arabî al-MâlikîQâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî ketika mengulas berhubung dengan bid‘ah berkata: Ketahuilah, Moga Allah menganugerahkan kamu ilmu, bahawa bid‘ah itu ada dua jenis (al-muhdathâtu darbân), Perkara baharu yang diadakan yang tiada asas [agama] melainkan mengikut hawa nafsu sesuka hati. Ini ada jenis yang salah, dan Perkara baharu yang diadakan selari dengan apa yang sudah disepakati. Seperti Sunnah para Khulafâ’ dan para Imam-imam besar. Perkara baharu yang
diadakan dan bid‘ah bukanlah keji kerana ianya ‘baharu’ (muhdath) [baharu yang tiada sebelum ini] atau semata-mata dipanggil ‘bid‘ah’, dan tidak juga kerana maknanya! Allâh Yang Maha Agung berfirman:
“Tidak datang kepada mereka peringatan yang baharu (muhdath) dari Tuhan
mereka” (21:2)
Dan Saidina `Umar (ra) berkata: “Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” Sebaliknya, bid‘ah yang bertentangan dengan Sunnah itu yang dikeji atau perkara baharu yang diadakan yang membawa kepada kesesatan itu yang dicela.
(c) Definisi Ibn Hazm al-ZāhirīIbn Hazm al-Zâhirî berkata:
Bid‘ah dalam al-Din ialah apa jua yang datang kepada kita yang tiada disebutkan di dalam al-Qur'ân dan Hadith Rasulullâh , melainkan seseorang itu diberi ganjaran pada sebahagiannya, dan mereka yang melakukannya dimaafkan jika mereka berniat baik. Di antaranya adalah yang diberi ganjaran dan dikira baik (hasan), apa yang pada asalnya diharuskan (“mâ kâna asluhu al-ibâha”) sepertimana yang diriwayatkan oleh
Saidina`Umar (ra): “Alangkah baiknya bid‘ah ini!” Ia jelas merujuk kepada semua amalan kebaikan yang dinyatakan oleh nass (al- Qur’ān dan Hadith) secara umum akan galakan melakukannya, walaupun amalan berkenaan itu tidak disebutkan dalam nass secara khusus. Di antaranya juga ada yang dikeji dan tidak dibolehkan apabila ada dalil-dalil yang melarangnya.
Definisi Ibn al-JawzīIbn al-Jawzî menyatakan perkara yang sama dalam kitabnya Talbîs Iblîs: “Ada sesetengah perkara baharu (muhdathât) diamalkan yang tidak berlawanan dengan Shari‘at atau menyalahinya, mereka [para Salaf] melihat ianya tidak mengapa untuk diamalkan, seperti tindakan Saidina Umar mengumpulkan orang bagi mendirikan sembahyang Terawih di bulan Ramad.ân, kemudian itu beliau berkata: `Alangkah baiknya Bid ‘ah ini!'
(e) Definisi Ibn al-Athîr al-JazarîPakar perkamusan Ibn al-Athîr menyebut di dalam kitabnya, al-Nihâyah fî Gharîb al-H{âdîth wal-Athar menyebut:
Bid‘ah itu ada dua jenis: bid‘ah yang berpetunjuk (bid‘atu hudâ) dan bid‘ah yang sesat (bid`atu dalâlah). Apa jua yang menyalahi perintah Allâh dan RasulNya : itu termasuk dalam perkara yang dikutuk dan dipersalahkan. Dan apa jua yang masuk dalam keumuman Allâh atau RasulNya perintahkan atau galakkan: maka itu termasuk dalam hal-ehwal yang dipuji. Apa jua yang tiada amalan sebelum ini seperti terlampau pemurah atau berbuat baik – seumpama itu termasuk dalam perlakuan dipuji.
Tidak dibenarkan beranggapan perkara seumpama itu sebagai menyalahi Shari‘at kerana Rasulullah telah menyebutkan bahawa amalan sedemikian itu diberi ganjaran: “Sesiapa yang memulakan sesuatu amalan kebaikan dalam Islâm (man sanna fîl-islâmi sunnatan hasana) memperolehi ia ganjarannya dan ganjaran sekalian orang yang melakukannya”. Begitu juga sebaliknya Baginda bersabda sesiapa yang memulakan amalan jahat dalam Islâm (waman sanna fîl-islâmi sunnatan sayyi'atan) memikul dosanya dan dosa sekalian mereka yang melakukannya.”
(
f) Klasifikasi Imam al-Izz Ibn `Abdul SalâmShaykhul Islâm, Sultân al-`Ulâmâ' Imâm al-`Izz Ibn `Abd al-Salâm menyebut bahawa Bid‘ah itu ada lima jenis, sama sepertimana yang diputuskan para fuqaha dalam amalan perbuatan seeorang, iaitu: Wâjib, Harâm, Sunat (mandûb), Makrûh, dan Harus (mubâh).
(g) Sokongan Imam Nawawî terhadap Klasifikasi Imam al-Izz
Sheikhul-Islâm, Imâm al-Nawawî menyebut: Bid‘ah mengikut Shari‘at ialah mereka sesuatu yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah dan ianya dibahagikan kepada “baik” dan buruk” (wahya munqasimatun ilâ h}asanah wa qabîh}ah).
(h) Sokongan Ibn Hajar terhadap Imam al-Izz Hâfiz Ibn Hajar berkata:Akar kata perkataan ‘bid‘ah’ itu ialah sesuatu yang direka tanpa ada duluannya sebelum ini. Ianya digunakan dalam Shari‘at sebagai lawan kepada Sunnah, dan oleh itu dikeji. Jika diteliti, sekiranya ianya termasuk dalam apa yang digalakkan oleh Shari‘at, maka ia termasuk dalam bid‘ah baik (bid‘ah hasanah), dan jika ia termasuk dalam perkara yang dikeji maka ianya adalah bid‘ah buruk (mustaqbah}ah).
Dengan mengubah istilah Imam al-Shâfi`î dan Imam al-Izz ibn `Abdul-Salâm dengan masing-masing membawa maksud “bid‘ah dari segi bahasa” (bid‘ah lughawiyya) dan “bid ‘ah dari segi syarak” (bid‘ah shar`iyyah). Walaupun ini tidak tepat, mereka cuba memadankan apa yang Imam al-Shâfi`î' sebutkan sebagai “dibenarkan” dan “dikeji.
Sumber :
1. “Mafahim Yajib An Tushahhah” karya Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani
2. Definisi Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah, Sheikh Gibril Fouâd Haddâd
3. Jomfaham.blogspot.com