Sunday, January 30, 2011

Orang takwa tempatnya syurga



Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SETELAH Allah SWT menjelaskan adanya pelbagai bentuk usaha manusia dan menunjukkan bahawa orang yang berbuat baik akan dibimbing kepada perbuatan-perbuatan baik, dan orang yang berbuat buruk akan Allah SWT mudahkannya berbuat nista.

Lalu disusuli dengan keterangan bahawa Dia melarang para hamba-Nya mengutarakan sesuatu yang dapat membuka keaiban-keaiban yang sebelumnya dan menunjukkan jalan yang benar kepada semua manusia.

Barang siapa yang ingin mendapat kebaikan, pasti dia akan selamat dan beruntung. Akan tetapi, sesiapa yang meniti jalan yang sesat maka dia pasti jatuh ke dalam lembah kebinasaan.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).

Ibn Jauzi berkata: Atas Kami menerangkan jalan hidayat daripada jalan kesesatan.

Syed Qutub menambah: Sentuhan yang kedua adalah penjelasan yang tegas tentang hakikat kuatkuasa Allah yang mengepung seluruh manusia hingga tiada tempat perlindungan selain dari-Nya.

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia. Syed Qutub berkata: Oleh itu, ke mana lagi orang yang ingin pergi jauh dari Allah? Dan sebagai hasil dari pernyataan bahawa Allah meletakkan ke atas diri-Nya tugas menjelaskan hidayat kepada para hamba-Nya, juga pernyataan bahawa Dialah yang memiliki negeri akhirat dan alam dunia selaku dua negeri untuk menerima balasan dan untuk beramal, Allah mengingatkan mereka dengan keseksaan api neraka.

Firman Allah SWT: Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang. Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.

Al-Maraghi berkata: Sesungguhnya kerana rahmat Ilahi kepadamu sekalian dan pengetahuan Kami yang sempurna tentang kemaslahatan-kemaslahatanmu, Kami telah mengurniakan hidayah kepadamu.

Justeru, Kami mengingatkan kamu tentang api neraka yang menyala-nyala. Di situ akan diseksa orang yang mendustakan ayat-ayat yang dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya, orang yang enggan untuk mengikut syariat-syariat-Nya dan berpaling daripada kebenaran serta tidak kembali kepada-Nya dengan bertaubat daripada dosa-dosa.

Firman Allah SWT: Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa.

Ibn Kathir berkata: Akan dijauhkan dari api neraka orang yang benar-benar bertaqwa dan orang yang menjaga maruah dirinya. Kemudian Allah menafsirkan ayat ini dengan ayat selepas itu.

Firman Allah SWT: Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya. Yakni membelanjakan hartanya dalam ketaatan kepada Tuhan untuk mensucikan diri, harta dan apa yang dianugerahkan Allah kepadanya sama ada berkaitan agama atau dunia.

Syed Qutub berkata: Iaitu manusia yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah untuk membersihkan dirinya bukan kerana riak dan bukan kerana bermegah-megah dan mendabik dada.

Manusia yang mengorbankan hartanya dengan sukarela bukan kerana membalas budi, bukan kerana menuntut terima kasih orang, malah semata-mata ikhlas kerana Allah Tuhannya Yang Maha Tinggi.

Firman Allah SWT: Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas. Al-Alusi berkata: Ayat ini semata-mata untuk mensucikan kerana Allah dan tiada suatu pun di sisinya nikmat yang mungkin dibalas kerana besar dan banyaknya nikmat Allah terhadap manusia.

Al-Maraghi berkata: Dengan mendermakan hartanya itu, dia tidak bermaksud untuk membalas baik jasa orang yang pernah berbuat baik kepadanya atau rasa baik yang pernah diberikan kepadanya.

Firman Allah SWT: Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada Hari Akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

Ibn Jauzi berkata: Melainkan mencari dan menuntut pahala daripada Tuhannya dengan kurniaan syurga daripada pahala Allah SWT tersebut.

Ibn Kathir pula berpendapat: Kerana keinginan yang bersungguh untuk melihat Tuhan di hari akhirat dan mencapai syurga. Begitu juga, Allah pasti meredai orang yang mempunyai sifat yang baik.

Syed Qutub berkata: Apakah yang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh insan yang bertakwa dan berkorban sedemikian rupa? Balasan yang ditunjukkan oleh al-Quran kepada orang-orang mukmin itu amat menakjubkan, amat memeranjatkan dan luar biasa.

Itulah kerelaan dan kepuasan hati yang mencurah di dalam hati orang yang bertakwa. Itulah kepuasan yang menyelubungi jiwanya dan seluruh anggotanya.

Itulah kerelaan yang menyerapi seluruh entitinya dan membasahi hidupnya. Itulah balasan dan nikmat yang paling agung.

Sumber: http://www.utusan.com.my

Sunday, January 16, 2011

KESEDARAN ITU MUNGKIN BERMULA HANYA DARI SATU PERKATAAN

Ana himpunkan beberapa ayat-ayat yang ana tulis di status di Facebook dalam blog ini. Mungkin sebagai mutiara kata, mugkin sebagai ayat hikmah, atau mungkin sebagai puisi dan syair...bergantung kepada sesiapa yang membaca dan menilainya.Apa pn, tujuan ana menghimpukannya adalah sebagai koleksi peribadi dan bahan rujukan ana sendiri.Dan tujuan kedua ialah adalah dengan matlamat dapat memberi manfaat kepada sesiapa membacanya, sedikit kebaikkan atau sedikit manfaat sudah cukup bg ana sebagai menjalankan tanggungjawab sebagai orang islam.Insya Allah... Kesedaran itu mungkin datang dari satu patah perkataan ja, atau ayat, atau keterangan panjang, harap setiap perkataan yang ana sampaikan memberi impak kepada ummah dan islam....apa pun, hidayah milik Allah, ana hanya mampu berusaha sampaikan. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua... Amin..



1. Bermula menuntut ilmu itu adlh dgn krendahan diri dgn Pencita Alam, kerendahan hati dgn keluasan ilmu yg seluas lautan, kerendahan hati terhadap Guru n krendahan hati trhadap saudara sperjuangan....jgn sombong n bngga dgn ilmu yg sdikit, kesombongan i2 akan menghilangkan ketinggian martabat ilmu.

2. Hidupkan waktu maghrib dgn membasahkan lidah dgn wirid n zikir, hidupkan akal dgn bacaan al-Quran...yakinlah, terdapat kelebihan, fadhilat n keberkatan yg sgt bnyak pd waktu dimana terdaptnya fardhu smbyg yg mempunyai bilngan rakaat yg ganjil ini...smoga Allah redha dgn apa kta kerjakan.


3. Nabi s.a.w bersabda, "Riba mempunyai 73 pintu, riba yg paling ringan (dosanya) adlh sprti seorang lelaki berzina dgn ibunya..." [H.R. Ibn Majah]... Ya Allah, jauhilah aku dr terlibat dgn riba n debu2 riba.

4. Masa depan, hari esok n stiap saat untuk jam seterusnya adlh peluang, peluang memperbaiki kesilapan, peluang mencapai kejayaan, peluang mencipta kebahagiaan. saat ini, setiap detik pada ketika ini merupakan pintu kemaafan, pintu Taubat, pintu kesyukuran n pintu kerahmatan. Stiap dakwat yg sdh menjadi catatan untk sejarah, adlh pengajaran, kematangan n keinsafan.... Allah sbaik2 tempat aku brgantung

5. Jgn perkecilkan perkara2 sunat, jgn perkecilkan apa yg sunnah....mgkin amalan sunnah itu kecil dimatamu, tetapi besar disisi Allah...mgkin amalan yg kecil itu yg akan menyebbkan Allah memasukkan kta kedalam syurga...hidupkanlah sunnah dlm khidupan harian, budayakan sunnah sbg lambang dan syiar Islam..

6. Kemungkaran di depan mata,halang la ia jika ada kuasa n mampu ntk halang. org jauh yg bkn berada dikwsn lingkaran tanpa dia mengetahui kemungkaran yg berlaku, tidaklah dia bertanggungjawab ubah kemungkaran itu. andai dia thu, tp berada jauh, maka dia hanya mampu halang kemungkaran hanya dgn lidah n hati.....jgn kita melihat kemungkran didepan mata, tetapi menyalahkan org yg berada jauh...

7. Org i2 lbih pandai dr ku, org i2 lbih besar pangkatnya dr ku, org i2 lbih tinggi pangkatnya dr ku, org i2 da kuasa yg melemahkan aku.... Ya Allah, berikan aku kekuatan menyatakan n menegakkan kebenaran di hadapannya, lembutkan hatinya menerima kbenaran.

8. Apa sahaja perkara, benda, org, atau makhluk asing yg baru ditemui, kali pertama menghadapi, kali pertama berjumpa....pastikan kita tentukan kemana arah perkara atau benda bru tersebut akn mempengaruhi kita....andai ia mempengaruhi kearah yg haram, jauhilah, andai ia mempengaruhi yg halal, manfaatkannya.


9. Tanamkan keimanan seperti tertanamnya tiang bagi sbuah bangunan yg besar n teguh....biar tornedo melanda, biar tsunami mengganas, biar banjir kilat melanda...bangunan yg besar itu tidak bergegar n tidak runtuh kerana mempunyai tiang yg teguh.

10. Siapkan kerja jgn tangguh, nt kerja akn bertimbun. Siapkan diri dgn ilmu, nt masalah bnyak untk diselesaikan dgn ilmu. Siapkan diri dgn Ibadat yg berpahala, nt x tertanggung dosa yg bertimbun. Siapkan diri dgn cintakan Allah n Rasulnya, nt banyak org yg akn mengajak kta untk terjun ke neraka.


11. Perjalanan hidup memenatkan jika tidak jumpa apa yg di cari.... hidup ini terasa jauh dan kosong jika kta hanya melihat jauhnya perjalanan tanpa melakukan apa-apa, hingga penghabisan hidup, kta msih tdak thu apa yg di cari.

12. Ya Allah Ya Rabbul Izzati....jadikanlah Pahala pda langkahku, nafasku, deriaku, hatiku, dan jadikan jga pda amalanku kebajikan yg akn mendekatkn diri hamba-Mu ini kpd-Mu, Ya Ar-Rahman, sesungguhnya aku sgt mengharapkan redha-Mu.


13. Brkata Syeikh Fuad al-maliki “Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap
orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda
lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang
lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan
maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih
melakukan maksiat,”

14. Firman Allah SWT:Patutkah Kami (berlaku tidak adil dengan) menjadikan borang-orang Islam (yang taat) sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur dan ingkar)." (Apa sudah jadi dengan akal kamu?) Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (al-Qalam: 35-36)


15. Apbla kta mencintai seseorng, kta akn bersedia untk berkorban masa, tenaga, wang ringgit, dan sgala2nya ntk si-dia....begitu jualah apbla kta menanamkan cinta dlm hati kta kpd Allah n Rasul-Nya, kta akn sanggup berkorban apa shaja malah snggup menghadapi apa shaja walau berenang di lautan api n memijak lantai berpaku ntk Allah n Rasul-Nya...cinta Allah tiada tandingannya.

16. Menghayati besarnya hikmah n pengajaran Hari Raya Aidil Adha dgn sntiasa didik diri untk berkorban dlm mnjalani kehidupan sterusnya. korbankn sesuatu yg lain untk mndpt sesuatu yg lebih utama. sprti korbankan masa tidur untk study mghadapi final exam n qiam di tgh mlm, korbankan kemahuan hawa nafsu ntk mndptkn kemanisan iman...Allah, kuatknlah hamba-Mu..

17. “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya,
sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain
dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima
amalan kami dan amalanmu).” - Fath al-Bari.


18. Ya Allah yg Maha Pengasih...berilah aku kekuatan n kelembutan hati untk memohon simpati kemaafan dr insan yg aku telah lukakan hatinya, Ya Allah...berilah aku kekuatan n kelembutan hati untk memaafkan insan yg menyakitkan hatiku. Ya Allah, beriknlah jga kekuatan n kelembutan kpda hati insan yg telah aku sakiti hatinya agar memaafkan aku. Kpd-Mu jua aku kembalikan sgala urusan.

19. Musibah Banjir: sabda Rasul saw : “Tidak terjadi Kiamat diatas seseorang yang berkata Allah, Allah”. (Shahih Muslim). Tentunya seorang muslim dari Ummat Muhammad saw, maka fahamlah kita bahwa Dzikir orang-orang muslim menahan datangnya Kiamat..truskan n perbnykkanlah dzikir.. Subhanallah.


20. Kuatkan Iman, yakin dgn takdir Allah, yakin dgn keadilan n pentadbiran Allah, yakin dgn hikmah yg Allah sediakan. Iman mudah dipupuk bla da hati yg baik,klau hati da sikit kekotoran n sdikit penyakit hati, berusahalah cari penawarnya. stiap pnyakit da penawarnya, Allah dh sdiakan penawar bg hati.

21. Indah mana pn pakaian yg dipakai, akhirnya kn reput jgk. Enak mana pn mknan di mkn, akhirnya lapar kembali. tinggi mana pn gelaran n pangkat seseorng, akhirnya dlm tanah jgk bersemadi. Jgn meninggalkan rasa sombong pd pakaian, kemalasan lpas kenyang dgn kelazatan mknan, mnjadi zalim dgn gelaran n pangkat...meninggal kelak, hanya tinggal sehelai sepinggang... Allah sebaik2 tempat kembali.


22. Stiap perbuatan, tindakan n kputusan yg di buat jgn sampai biarkan masyarakat menjauhi kta. Ciptakan suasana n keadaan dr tindakan n perbuatan kta spaya masyarakt menghampiri kta. jdlah spri pnjual minyak wangi, org ramai sntiasa menghapirinya ntk membeli minyak wangi. Andai org tdk membelinya, skurngnya bau minyak wangi itu melekat pda pakaian org yg menghampirinya.

23. Kebahagiaan itu dtgnya dr hati, bkn dr rupa paras atau sifat fizikal.Allah mencampakkan kebhagiaan dlm hati manusia dgn kehendaknya. didiklah hati dgn keikhlasan, sabar, selalu memohon maaf, selalu berterima kasih, sntiasa memberi salam n bersedekah. hati yg bahagia ialh hati yg jauh dr sifat dengki, ego, marah n sifat2 mazmumah yg lain...taqwa n zikrullah dgn stiap anggota tubuh..hati kn tenang hadapi dugaan.


24. Hormatilah org lain walau org i2 nmpak bodoh dimatamu, krn mungkin dia mulia pada pandangan Allah n kamu hina disisi Allah. muliakanlah org lain dgn selayaknya, krn mungkin darjatnya tinggi disisi Allah pdhal darjat kamu direndahkan oleh Allah. jgn menhina org lain, mungkin dia tersenyum di syurga kelak, padahal kamu menangis dgn belengu azab...bermuamalahlah dgn sebaiknya, jga lidah n perbuatanmu..

25. Dalam rahim ibu Allah mnjagaku, lahir ke dunia meniti atas jambatn Islam. Jambatan diikat kuat oleh tali keimanan, menyeberanginya dgn penuh pengabdian... Ya Allah masukkanlah aku ke dlm jemaah yg slmt hngga ke hari akhirat, tempatkn aku bersama solihin, bentuklah aku dgn taqwa n akhlak..aku telah mndpt kebahagian di alam rahim,aku idamkan kebahagiaan di dunia, di alam barzakh n di akhirat.. Ameen..


26. Hidup hanya sekali, berdiri disini bt kali terakhir.Alhamdulillah diberi peluang n kesmpatn, apa yg terlepas n sgala penyesalan, bayar dgn tidak mengulangi dimasa depan. Klau tetap diulangi, bermakna kekalahan kali kdua, penyesalan berganda..kaki msih bleh melangkah, pilihan melangkah berpijak ats duri n bara api atau melangkah untk dptkn kebahagiaan n ketenangan. Allah bersama org yg sabar, istiqomah n bersederhana.

27. SAHABAT ialah org bt kta berasa selesa n tenang dgn kehadirannya. dia kn tgur n marah kta krn Allah, bkn marah kta krn nafsu marah. dia ajak kta melakukan perkara kebaikkan, n larang kta dr melakukan perkara kbrukan. dia akn mendoakan ntk kta scra senyap tnpa pengetahuan kta, dia kn berckap tntang kebaikkan kta pda org lain n mnutup aib kta.


28. Truskn sabar...didik jiwa dgn sabar, redha dgn pa yg berlaku, berasa cukup dgn apa yg ada, bersedia hadapi ketentuan strusnya....percya n yakin dgn Pentadbir Alam ini, da kebaikkan yg kta x mampu lihat.
29. Terus sabar...pa yg berlaku da hikmahnya...Insya Allah da rezeki, cuma ditahan oleh Allah. keluarkan sedekah sbg kafarah dosa, krn da dosa rezeki ditahan... hanya Allah yg ku sembah, hanya dr Allah aku pohon pertolongan...

30. "Isilah masa2 kosong, ketika masih muda,ketika badan masih kuat, ketika lintasan hati masih murni, ketika masih sedikit perkara2 yg menyibukkan dengan menuntut n menadah Ilmu, sbelum tibanya rintangan waktu tua n apbla sudah tinggi kedudukan"-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

31. Jgn Iri hati terhadap org lain kecuali terhadap dua perkara. PERTAMA, seseorng yg dikurniakan harta oleh Allah lalu dia berupaya menggunakan sebanyak mungkin harta itu dijalan Allah. KEDUA, org yg diberi ilmu n kebijaksaan oleh Allah lalu dia mengamalkan ilmunya n mengajarkannya. mafhum hadis, riwayat al-Bukhari dan muslim.

32. Truskan perjalanan...kuatkn kaki melangkah, kaki ku kurniaan Allah, pasti mampu untuk membawaku sampai ke tempat destinasi...teruskan melangkah, btapa kuat cbrannya akn ku tempuhi...tabahkan hati, teguhkan jiwa, tingkatkn kesabaran...tempat destinasi ada kebahagiaan menanti... Allah bersamaku...

33. Sudah jauh aku berjalan, pelbgai cbran n rintangan aku tempuhi...dlm perjalanan kakiku sntiasa sakit bgitu juga anggota tubuhku yg lain.smkin jauh aku berjalan, kaki semakin sakit...aku sedar klau aku teruskn perjalanan ni, kaki ku mungkin lumpuh... aku ptut teruskn perjalanan atau berhenti??? mgkin aku ptut berhenti....

34. Manusia dicipta dgn pelbagai watak n pelbagai perbezaan...tp Allah Yg Maha Bijaksana telah mewujudkan titik persamaan antara kita...berusahalah mencari titik persamaan, kesepakatan n pertemuan yg mampu mengeratkn hubungan sesama kita secara tdak langsung mwujudkan perpaduan yg kukuh sesama kita agar Umat islam Bangun kembali....Insya Allah...

35. Bila dtgnya ujian n cabaran, iman n kekuatan hati digugat. Mujur la msih da kesabaran hasil dr mujahadah n tarbiah. Dgn kesabaran itu, maka keadaan kembali normal, kebahagiaan n kegembiraan pn kembali. cma sabar jap ja waktu hadapi ujian, bla dh lpas dr waktu itu, rupanya da hikmah disebaliknya. Allhamdulillah.

Thursday, January 13, 2011

Kenangan di Majlis Habib Omar al-hafidz di Yayasan Jenderami

Majlis ilmu & zikir bersama Habib Umar al-Hafidz di Yayasan Jenderami, Selangor pada 12 Januari 2011 (Rabu).

























Wednesday, January 12, 2011

TAWARRUQ IN ISLAMIC BANKING SYSTEM



Most banks in practicing their operation still have the element of usury. Some banks operation involved in the carried out usury and transactions to be not clean and become forbidden in Islam.

Tawarruq is from word tawarraqa, the word means coin of silver. In technical terms, tawarruq mean that buying a Commodity on Deferred payment basis and then selling it on cash basis to a person other than the buyer.

Parties involve in tawarruq transaction
1. Seller (muwarriq) or creditor;
2. Buyer (mustawriq or mutawarriq), i.e. the one who is looking for liquidity; and
3. Subject matter: Commodity.

View of Tawarruq
There are various opinions about the tawarruq. There are two major views, the first is to allow it in practice by the Islamic bank, and the second opinion is not allowed. The opinion states that tawarruq are prohibited because it involve with riba. It is similar with the transaction in practicing bai Inah, majority of scalars’ is disagree of the practicing of bai Inah.

The Differences between Taqwarruq and Bai Inah
Bai inah is defined as the sale of commodity on credit and repurchasing it for a lesser amount in cash. Bai inah is a fake sale, which is used as a means of usury (interest), and not to conclude a genuine sale. In fact, bai inah is a loan with interest, which is offered by the first seller.


The Issue
The parties said of tawarruq is prohibited are contradicted with the opinion from parties that allowing the practices of tawarruq. The opinion allows the practices of modern tawarruq, stated that tawarruq is different from bai Inah and it is not the trick of riba. This is because, in practice tawarruq, it involve third party. Where, the first party buys an item from the second party with deffered payment, and sells it to the third party with cash at a lower price.

Its means that the purchased of item is does not return to the second party. If the commodity just goes back to the second party with the different prices, a new transaction is said to fall into the riba and it most like bai Inah. They stated further that, in practice there is no element of riba in tawarruq because there are no additions or surplus money in the one transaction. However, there are conditions in practicing the modern tawarruq. If it is carried out tawarruq by organize, then it is prohibited.

The practices of modern tawarruq are allowed because it involves the purchase of commodities with the deferred and the buyer becomes the owner of the commodity. Selling of ownership of property for cash with a lower price is allowed and not involved with riba. Organized tawarruq occur when a person buys a commodity from Islamic bank on credit. He then makes the bank his agent to sell this commodity for him, which he has not received.

Sometimes, the bank commissions the seller of the commodity to sell the commodity for the benefit of the customer, by which the price will be directly given to the customer. In most transactions, organized tawarruq is done on local commodities, like iron, rice, mechanical tools, motor vehicles and so on.
The Differences of Organized Tawarruq and Real Tawarruq
The difference between organized tawarruq and real tawarruq is that the customer in the organized tawarruq does not receive the commodity and is not engaged in selling it, but the customer of the real tawarruq has the choice to either keep the commodity or to sell it by himself in the market, because he has already taken the commodity with him, in which he can do whatever he likes with it.

Conclusion
Tawarruq is widely used as a financing and liquidity management tool but sharia jurists differ on its permissibility. I agreed with opinion that allow the real tawarruq and prohibited the organized tawarruq. And I also agreed with the majority of the scholars, modern tawarruq that practicing in Islamic bank is legally permissible based on that the origin of things is permissibility and Allah says, “Allah has allowed trade and has prohibited riba” (surah Al-Baqarah: 275). In this sale of tawarruq, no riba is intended and the general concept of modern tawarruq does not look like riba.


References

1.Tawarruq in The banking System, Dr. Said Bouheraoua, International Shariah Research Academy International Islamic University Malaysia (IIUM)
2.Tawarruq, its Essence and its Types, Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Damascus University.
3.Tawarruq, Its Concepts, Its Practice and Its Economics Implcation on its Promotion by Islamic Bank, Dr. Abdur Rahman Yusri Ahmad, Alexandra University Egypt.
4.Tawarruq, its Reality and Types, Prof. Dr. Ibrahim Fadhil Dabu, Kingdom of Bahrain
5.Verdicts on At-Tawarruq and its Banking Applications, Muhammad Taqi Uthmani, Dar al-Ulum, Karachi