Saturday, August 15, 2009

Sifat seorang hamba pada khaliqnya




Malu

- ia menjadi perisai diri daripada melakukan dosa dan menghalang manusia dari menyalahgunakan nikmat ALLAH dengan sewenang-wenangnya. Malah dengan rasa malu, ia menimbulkan rasa redha dengan ketentuan ALLAH dan akan bersabar bila berhadapan dengan ujian.

Rasa takut dan hebat

- ia akan menghindarkan seorang hamba dari melakukan dosa. Bertindak menimbulkan sifat takabbur dalam pergaulan kerana dia sering memandang rendah pada orang lain.

Rasa harap

- menghilangkan perasaan putus asa dan kecewa dalam hidup. Sentiasa yakin satu masa nanti ALLAH pasti membantu.

Rasa diri serba kekurangan

- akan hilangkan rasa ujub, takbur, sombong dan ego, rasa luar biasa pada kebolehan dan kemampuan diri sendiri serta rasa diri ada kuasa. Pada hakikatnya di tidak berkuasa. Kerana kuasa itu ALLAH yang beri. Dan ALLAH boleh tarik bila-bila masa.

Rasa bersalah

- hilangkan rasa diri bersih dari dosa. Sebaliknya timbul rasa ingin bertaubat kepada ALLAH SWT. Kita sebagai manusia biasa tak dapat lari dari dosa, samada dosa besar atau kecil, lahir atau batin, sedar ataupun tidak. Oleh itu rasa diri bersih dari dosa adalah sangat berbahaya. Boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka. Dengan menganggap orang lain kotor dan berdosa sedangkan kita bersih dari dosa bukanlah sifat seorang hamba.

Rasa hina

- dapat hilangkan sifat kibir atau sombong, ego atau angkuh. Sombong dan angkuh boleh meregangkan ukhwah dam persaudaraan. Ia juga akan berani melakukan penyelewengan dengan nikmat ALLAH...salahgunakan kuasa dan harta, tak boleh ditegur atau tak boleh menerima kebenaran kerana terasa diri ada kelebihan.

Sentiasa diawasi

- melahirkan rasa takut membuat dosa, takut berlaku cuai dan takut derhaka kepada ALLAH SWT.

Saturday, August 8, 2009





Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa