Friday, December 11, 2009

Membentuk Akhlak Mulia


Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang akhlak yang baik, maka baginda membacakan kepadanya firman Allah.
“jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang ma’aruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.” (Al-A’raf: 199)
Hadis Hasan riwayat Anas dan ibn mardawaih

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.”

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
“Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.”

Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata,
”ya Rasulullah, apa sebenarnya agama itu? Maka baginda menjawab, “akhlak yang baik.” Orang itu mendatangi Rasulullah sebanyk tiga kali dari arah kiri, kanan dan belakang baginda dengan soalan yang sama. Tetapi jawapan Baginda tetap sama. Maka pada pertanyaannya yang terakhir, Baginda menoleh kepadanya dan bersabda. “tidakkah kau mengerti, akhlak itu adalah keupayaanmu untuk tidak marah.”
H.R Muhammad bin Nashr

Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w,
“berilah aku nasihat.” Maka Baginda pun mengatakan, “bertakwalah kepada Allah, di mana pun engkau berada.” Orang itu berkata lagi, “tambahkan untukku.” Sabda Baginda, “iringkanlah perbuatan burukmu (yang telah kau lakukan) dengan suatu perbuatan baik, sehingga (dengan perbuatan itu) engkau dapat menghapuskannya.” Orang itu berkata lagi, “tambahkanlah untukku.” Sabda Baginda , “bergaullah dengan menusia dengan akhlak yang baik.”
H.R Tirdmizi dari Abu Dzarr

Cara menumbuhkan akhlak yang baik
Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan dengan latihan-latihan rohani (riadhoh). Sebagai contoh, seseorang yang menginginkan supaya dirinya sentiasa memakai jam tangan di tangan kanannya, sedangkan sebelum ini dia memakai jam di tangan kirinya. Untuk kali pertama sudah tertentu dia merasa tidak selesa dan janggal dan kadang-kadang dia tersilap memakainya di tangan kiri. Akan tetapi, apabila kelakuan itu sudah lama diamalkan, memakai jam di tangan kanannya akan menjadi kebiasaan dan apabila dia hendak memakai jam secara langsung dia akan memakainya di tangan kanan. Dalam tempoh untuk membiasakan diri itu, terdapat perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan dengan latihan-latihan rohani (riadhoh) sehinggalah tumbuh dan tertanamnya akhlak yang diinginkannya.

Tujuan melatih diri untuk berakhlak ialah untuk mendapatkan nikmat dari perbuatan yang di lakukan. Contohnya, terdapat orang apabila di minta untuk menderma, dia akan rasa kerugian dan tidak mahu mengeluarkan derma, berlaku penolakan dalam hatinya yang akibatnya dia merasa tidak tenteram bila ada orang yang meminta derma darinya. Bagi orang yang sudah terlatih dengan sifat dermawan, dia akan merasa nikmatnya bila melakukan derma, dia akan merasa lapang dan senang hati serta membuatkan dia tersenyum dengan nikmat yang di rasakannya.

Apabila pelaksanaan suatu kewajipan dan penghindaran diri dari segala perkara haram, hati merasa berat atau kurang selesa di dalam hati, maka hal itu adalah petanda suatu kekurangan, yang pasti akan merupakan penghalang timbulnya kebahagiaan yang sejati..

Nabi s.a.w bersabda,
“beribadahlah kepada Tuhanmu dengan perasaan redha(senang hati). Namun apabila kamu tidak mampu melakukannya, maka dalam kesabaran menghadapi apa yang kau tidak sukai, tersimpan kebaikkan yang sangat banyak.”
H.R At- Tabrani.

Dapat di fahami, kita perlulah beribadah dengan senang hati iaitu denagn redha supaya akan lahir keikhlasan dalam hati dan membolehkan ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t. namun apabila kita merasa tidak suka, tidak selesa, tidak ada keikhlasan, maka kita perlulah bersabar dan terus melakukannya secara istiqomah, apabila diri kita telah dilatih melakukan suatu ibadat, ia akan menjadi suatu kebiasaan dan dapat melakukan dengan senang hati.

Thursday, December 10, 2009

Kisah Taubat Malik Ibn Dinar




Diriwayatkan oleh Ibnu al Jauzi di dalam kitabnya al Tawwabin, daripada Malik ibn Dinar, bahawa beliau ditanya tentang sebab beliau bertaubat, maka katanya:

Semasa aku menjadi seorang anggota polis, aku telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan yang amat aku sayangi. Namun, apabila umurnya telah genap dua tahun, anakku yang amat aku sayangi telah meninggal dunia. Kematiannya menyebabkan aku dirundung kesedihan.

Suatu malam, bertepatan malam nisfu sya’ban dan malam jumaat, aku bermimpi seolah-olah hari kiamat telah berlaku, ditiup sangka kala, mayat-mayat dibangkitkan dan semua makhluk dibangkitkan. Semasa aku berkumpul bersama mereka, tiba-tiba aku mendengar suatu suara di belakangku, lalu aku pun menoleh kearah suara tersebut. Alangkah terperanjatnya, apabila aku mendapati seekor ulat naga yang sangat besar dan berwarna hitam kebiru-biruan sedang membuka mulutnya dan dengan tangkas menuju kearahku. Aku berlari lintang pukang dan penuh ketakutan untuk menyelamatkan diri.kemudian aku menemui seorang tua ketika aku melalui jalan. Dia memakai baju yang bersih dan begitu harum. Aku memberi salam kepadanya lalu dia menjawab salamku.
“wahai tuan! Selamatkanlah aku dari ular ini, moga Allah akan menyelamatkan kamu pula,” kataku kepadanya.

Orang tua itu sambil menangis berkata, “aku terlalu lemah, sedangkan ular itu lebih kuat dariku. Pergilah kamu dengan segera. Mudah-mudahan Allah akan menemukan kamu dengan orang yang akan menyelamatkan kamu dari ular itu.”
Aku pun terus berlari dan mendaki sebuah tempat yang tinggi sehingga neraka berada di hadapanku. Hampir-hampir aku jatuh kedalamnya kerana terlalu takut. Kemudian aku mendengar suatu teriakan, “kembalilah kamu kerana kamu bukan dari kalangan ahli neraka”.

Aku merasa tenang mendengar kata-kata itu dan kembali semula. Aku kembali kepada orang tua tadi dan berkata,”Wahai orang tua! Aku benar-benar meminta pertolongan agar kamu menyelamatkan aku daripada ular itu, tetapi kamu tidak menolongku”.
Orang tua itu sambil menangis berkata, “sesungguhnya aku terlalu lemah. Pergilah kamu kebukit sana kerana di dalamnya terdapat barang-barang peninggalan kaum Muslimin. Jika barang kamu berada di dalamnya ia akan memberikan pertolongan kepadamu”.

Aku memandang kearah bukit yang dikatakannya. Bukit itu dikelilingi oleh perak, di dalamnya terdapat pintu-pintu gerbang dengan tabir. Lalu aku pun berlari kearah bukit itu. Ular itu masih mengekoriku sehinggalah aku berada hampir dengan bukit itu, aku mendengar sebahagian malaikat berteriak, “angkatlah tabir! bukalah pintu dan lihatlah! Moga-moga ada di antara kalian yang menjadi barang simpanan kepada orang yang berputus asa ini dan dapat menyelamatkannya dari musuhnya.”

Setelah pintu-pintu dibuka, aku melihat terdapat kanak-kanak yang bercahaya seperti bulan purnama. Ular tadi makin menghampiriku dan aku menjadi bingung.

Kemudian aku terlihat anak perempuanku, sambil menangis dia berkata kepadaku, “babaku, demi Allah.” Kemudian dia datang kepadaku dan berada di sisiku. Kemudian dia pun menghalau ular itu dengan tangan kanannya dan ular itu pun lari. Dia duduk di ribaku dan mengusap janggutku, lalu dia membaca sepotong ayat al-Quran,
“belum sampaikah lagikah masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah.” [al-Hadid: 16]

Aku menangis dan berkata, “wahai anakku! Kamu semua mengetahui al-Quran?
“kami lebih mengetahuinya daripada kamu”katanya…

Tanyaku,”beritahulah tentang ular yang ingin membinasakan aku tadi,
Jawabnya, “itulah amalan burukmu yang telah kamu berikan kekuatan kepadanya dan dia hendak menengelamkan kamu kedalam api neraka jahannam.

“siapa pula orang tua yang aku lihat tadi?” tanyaku lagi..
Jawanya,”dia ialah amalan solehmu yang telah kamu lemahkan sehingga dia tidak mampu untuk menewasklan amalan burukmu itu.”

Aku bertanya lagi,”wahai anakku! Apa yang kamu lakukan di dalam bukit ini.?”
Jawanya, ”anak-anak kecil kaum muslimin diletakkan disini sehingga hari kiamat untuk menunggu kalian supaya datang kepada kami dan kami akan memberikan pertolongan kepada kalian.”

Malik ibn Dinar berkata,”maka akupun terjaga. Mulai saat itu, aku meninggalkan semua perkara yang melalaikan dan perkara-perkara maksiat. Aku berjanji pada diriku untuk bertaubat kepada Allah dan Allah telah menerima taubatku.”

Sumber: Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban, Al Muhaddith Al Hafiz Syeikh Salim Al Sanhuri Al Maliki.

Wednesday, December 9, 2009

Agamamu Dalam Bahaya

Di dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“perpaduan umat islam laksana satu tubuh badan. Apabila salah satu anggota tubuh badan sakit, bahagian yang lain turut merasa sakit dan sama-sama berjaga malam.”




Di dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“pada akhir zaman, umatku berpecah pada 73 golongan. Daripada 73 golongan itu hanya satu golongan diterima Allah, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Berdasarkan hadis tersebut sudah cukup bagi kita untuk berfikir betapa umat islam diingatkan dengan keras agar jangan berpecah belah. Hadis itu juga mengingatkan kita supaya bersatu padu dan menjaga perpaduan.

Melalui hadis yang kedua itu, umat islam diingatkan supaya kembali bersatu ke dalam golongan yang diterima oleh Allah s.w.t, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah jika berlaku perpecahan.
Kini perpecahan umat Islam semakin hari semakin tenat. Wujudnya pelbagai aliran pemikiran dan gerakan. Timbulnya Islam liberal, Islam Plural, anti hadis, Islam Sekular, Wahabiah/salafi, syiah dan aliran-aliran pemikiran yang banyak terpesong dari nilai Sunnah sebenar.

Walaupun ada antara aliran ini sudah hidup agak lama, tetapi di Malaysia keadaannya semakin meruncing. Persamaan antara aliran-aliran ini ialah mereka cuba membawa satu gerakan dengan bertujuan melakukan perubahan dalam pemikiran umat Islam. Bagi mereka, gerakan mereka itu adalah sebagai mensucikan kembalikan agama Islam. Dalam mereka tidak sedar mereka telah meniup angin perpecahan dan menyesatkan orang yang tidak tahu.

Pendapat mereka yang ketara ialah ingin melakukan perubahan kerana telah berlaku banyak kesilapan dalam amalan Islam sebelum ini. Maka berlakulah tindakan mentafsir semula ayat al-Quran dan hadis, menolak hadis kerana hanya berpandukan pada al-Quran, menyamakan semua agama dengan agama Islam, mengkafirkan para Sahabat Nabi s.a.w dan para ulamak tabi’ dan tabi’in serta ahli sunnah Wal Jamaah secara keseluruhannya, mengasingkan agama dari sistem kehidupan yang lain seperti politik dan ekonomi.

Terdapat pula golongan yang merendahkan ulamak-ulamak terdahulu, mengatakan ulamak silam telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan fatwa, merendahkan ulamak dari pengajian pondok, mempertikaikan amalan-amalan yang telah sekian lama diamalkan oleh ulamak terdahulu, lebih parah lagi apabila mereka menuduh amalan yang diamalkan ulamak terdahulu sebagai syirik, bid’ah dan tidak ada landasannya dalam syariat Islam.

Mari kita kembali bersatu dengan merendah diri mengatakan diri kita sebenarnya masih terlalu rendah tahap ilmu kita, apa yang kita tidak tahu dan tidak faham, segeralah kita bertanya pada orang yang tahu. Jangan kita menuduh orang lain salah atau perbuatannya sesat tanpa kita bertanya terlebih dahulu. Sesungguhnya, Islam yang sebenar itu adalah dengan ulamak-ulamak sebelum kita, ulamak itu bersambung kepada Tok Guru-tok guru mereka yang terus bersambung kepada para Sahabat Nabi s.a.w dan sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. marilah sama kita merenungi sebuah hadis Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.”
[Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a.]

Monday, December 7, 2009

Kelebihan Majlis Zikir



"Sesungguhnya ALLah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir. Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesama mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, Setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu ALlah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :


Dari Mana kamu datang?

Malaikat menjawab : Kami datang dari sisi hamba-hambaMu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

ALLah bertanya lagi : Apa yang mereka memohon?

Mereka menjawab : Mereka memohon syurgaMu.

ALlah bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu?

Mereka menjawab: Tidak, wahai Tuhan

Allah berkata : Maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaKu?

Para Malaikat berkata : Mereka juga meminta dijauhkan kepadaMu

ALLah bertanya : Daripada apa yang mereka minta dijauhkan?

Mereka menjawab: Daripada nerakaMu.

ALLah bertanya : Adakah mereka pernah melihat nerakaKu?

Mereka menjawab : Tidak

ALlah berkata : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihat nerakaKu?

Para malaikat memberitahu lagi : MEreka juga beristighfar kepada Engkau.


ALlah berkata : Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta jauhkan.

Para malaikat berkata lagi : Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka lalu duduk bersama mereka.

ALLah berkata : Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka."

[hadith shahih yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a ]

Tuesday, December 1, 2009

Mengenali Diri Sendiri

“Biar la, aku hendak menjadi diri aku sendiri”, perkataan ini kadang kala di perdengarkan dengan percuma di telinga kita. Seseorang itu yang berkata demikian telah beriktikad akan menjadi sepertimana dirinya yang dia beranggapan dia telah menjadi dirinya yang sebenar-benarnya.

Perkataan ini juga merupakan satu luahan perasaan tanpa berfikir panjang dan mempertahankan kesalahan dirinya. Perasaan ini di luahkan secara spontan apabila dirinya di kritik, di persenda, atau di kecam oleh orang tertentu.

Dalam kita tidak sedar apa yang kita luahkan ini telah menjadi satu penolakkan terhadap matlamat asas kita di ciptakan. Adakah seseorang itu yakin dia telah menjadi dirinya yang sebenar??
Kehidupan sebagai manusia tidak lebih hanya sebagai hamba,

Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali untuk men gabdikan diri kepadaKu”.
(S 51:56)

Firman Allah:

( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5

“Akan dikau kami sembah dan hanya kepadaMu kami minta pertolongan”. (S
1:5)

iaitu hamba kepada Pentadbir sekian alam, hamba kepada Yang menguasai hari pembalasan. Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang hamba??

Seorang hamba perlu terus menjadi seorang hamba seperti mana yang di kehendaki oleh Tuannya. Jika Tuannya memerintahkannya untuk mengutuskan surat, surat itu perlu di hantar kepada penerima surat yang betul, perlu di hantar pada alamat yang betul dan tidak membuka surat tersebut. Jika di beri arahan, perlulah tunduk dan patuh dengan apa yang diperintahkan.
Kita seperti seorang yang bekerja di salah sebuah organisasi, di mana terdapat pengarah

syarikat sebagai orang paling berkuasa di dalam syarikat. Dan kita hanya bekerja sebagai tukang sapu, atau apa sahaja jawatan yang yang palling rendah dalam organisasi. Bila kontrak telah ditandatangani, kita sudah tentu tidak akan melanggar peraturan-peraturan yang telah syarikat itu tetapkan kerana takut di buang kerja.

Demikian juga jika kita hidup dalam sebuah keluarga, di sekolah, kolej, universiti atau sesebuah nagara. Adakah kita akan melanggar peraturan??

Apatah lagi apabila kita hidup dalam sebuah organisasi dunia yang yang di kuasai oleh Allah S.W.T. Bezanya dengan organisasi Negara yang mempunyai perlembagaan tertentu ialah, bila kita melakukan kesalahan kita akan di masukkan kedalam penjara, tetapi dalam organisasi bawah pemerintahan Allah S.W.T kita akan dimasukkan kedalam api neraka yang ahlinya terdiri dari umat jin dan manusia.

Siapa diri kita sebenarnya?? Apakah hak kita untuk menentukan siapa yang kita akan jadi. Allah telah menetap siapa diri kita sejak dari alam semesta dan sejak dari seluruh bumi dan isinya wujud, sejak dari sebelum ruh kita bertemu jasad dan sebelum pupusnya spesies dinosaur. Oleh itu kita perlu menjadi seperti mana yang Allah yakni Maha Pencipta mahukan, seperti mana Allah tetapkan dan seperti mana yang telah diperintahkan.

Bagaimana?? Kita perlu mencari semula panduan dari al-Quran dan Sunnah melalui ulamak iaitu Tali Allah yang sejak sekian lama kita tinggalkan, dan setiap hari kita semakin melupakannya. Berpeganglah pada Tali Allah dengan erat supaya tidak terlepas, Allah telah menjanjikan kita tidak akan sesat selama-lamanya, sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji.

Inilah diri kita sebenarnya, inilah identiti kita, inilah jawapan bagi jiwa yang kosong, dan inilah taufik dan hidayah sebagai cahaya yang akan menerangi hidup kita di atas dunia, manerangi kegelapan kita di dalam kubur, dan menerangi kegerunan di padang Mahsyar,dan seterusnya menerangi jalan menuju ke Syurga….wallahu,alam..

Wednesday, November 18, 2009

Menyintai Ahlul Bait


Habib Ali Jifri


Habib Umar





Terdapat riwayat sahih dari Sa'id bin Jubair radiyaLlahu 'anhu bahawa dia berkata tentang makna ayat ini,
"Tidaklah suatu kampung (sub kabilah) dari Quraisy kecuali ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam.. "Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda, "..hendaklah kalian menyambung tali kekeluargaan di antara diriku dengan kalian." (Riwayat Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4 hlmn 1286)

Demikian pula sabda Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam :
"Wahai manusia, aku tinggalkan pada kalian perkara yang apabila kalian berpegang dengannya, pasti kalian tidak akan tersesat : Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan keturunanku (ahlulbait) " (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 26 dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlm 662)

sikap ekstrim (rasa cinta berlebihan atau yang keterlampauan) itu tidak terdapat dalam cinta, tetapi itu ada di dalam keyakinan. Oleh itu, selama seorang Muslim bersih aqidahnya, maka tidak ada kekeliruan baginya di dalam cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan keluarganya.

Kita wajib meyakini tidak ada Tuhan selain ALLah subahanahu wa ta'ala, junjungan besar kita Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah pesuruh ALlah subahanahu wa ta'ala, dan para Nabi itu ma'sum (terpelihara). Sedangkan manusia selain Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam seperti para ahlulbait keturunan yang suci dan Sahabat radiyaLlahu 'anhu yang mulia tidak ma'sum. Mereka itu mahfuz (dipelihara) dengan pemeliharaan ALlah subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang yang soleh.

Sunday, November 15, 2009

Kualiti dan Kuantiti, mana lebih Penting?





Seperkara yang perlu kita perhatikan adalah antara mendahulukan kualiti dan kuantiti dalam pekerjaan. Al Quran amat memandang berat mereka yang hanya melihat kepada kuantiti berbanding kualiti. Contohnya : Terdapat golongan yang hanya ramai sahaja tetapi terdiri dari orang yang tidak berakal, tidak berilmu, tidak beriman dan tidak bersyukur.

1. Berapa ramai yang solat?
2. Yang tahu mengenai sirah rasuluLLah?
3. Terlibat dengan rasuah?
4. Gejala Sosial?
5. Reti membaca dan faham, menghayati al Quran?
6. Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup?
7. Institusi keluarga berterabur akibat PENCERAIAN?
8. Reti bersyukur atas harta yang ada?
9. Mengambil kisah mengenai halal dan haram dari sumber rezeki?
10.Mengutamakan agama di dalam pendidikan di samping pembelajaran akademik?
11.Lelaki yang boleh diharapkan sebagai pemimpin Islam?
13.Wanita yang boleh diharapkan menjadi wanita mukminah?
13.Ibu dan ayah yang semakin hilang kasih sayang kepada anak-anak akibat sibuk bekerja.
14.Ibu dan Ayah yang di rumah tidak tahu mendidik anak, tidak bersolat, tidak berpuasa.
15.Lihatlah dan nilaikan sendiri kualiti yang ada pada umat Islam dan diri kita masing-masing.

Bagaimana ALlah menanggapi mengenai kualiti berbanding kuantiti :

ALlah berfirman yang bermaksud : "Akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya". (surah al Ankabut 29:63)

ALlah berfirman yang bererti : ... Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman. (Surah Hud 11:17)

ALlah berfirman yang bermakna : ...akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Surah al Baqarah:2:243)

dan lagi firmanNya yang bererti : ...dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang berterima kasih. (Surah Saba' : 34 : 13)

Berapa ramai manusia yang boleh diharapkan memberi sesuatu kepada umatnya,dapat berlaku adil kepada orang lain?

Ada antara kita yang sibuk hendak menyelesaikan pekerjaan dengan banyak sekali, tetapi semuanya tidak sempurna.

RasuluLLah pernah bersabda : Manusia bagaikan unta. Di antara beberapa ratus ekor unta itu belum tentu engkau dapat bertemu dengan seekor unta yang boleh dijadikan sebagai tunggangan. Diriwayatkan oleh Muttafaq 'Alaih, daripada Ibn Umar. Lihat al Lu' Lu; wa al Marjan (1651).

Sumber: IbnuNafis, http://jomfaham.blogspot.com/

Tuesday, November 10, 2009

Kepentingan Ulama Dan Ilmu Pengetahuan




Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.


(Surah al-Nahl: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim iaitu seseorang yang sangat berilmu pengetahuan. Secara umunya ulama Islam adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu Allah Taala secara mendalam serta ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil dari al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Sedangkan jika hendak dibandingkan kefahaman masyarakat awam untuk memahami dalil-dalil sudah tentulah mereka tidak berupaya sama sekali seperti keupayaan para ulama ini dalam memahami dalil-dalil. Kita juga tidak menafikan kadang-kala para ulama tetap tersalah di dalam ijtihad mereka tetapi amatlah sedikit kesalahan mereka itu. Para ulama yang sebenar tidak akan mengeluarkan sesuatu hukum agama mengikut hawa nafsu mereka semata-mata kerana mereka adalah golongan yang paling takut kepada kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.

(Surah Faathir: Ayat 28).

Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).


Firman Allah Taala bermaksud:

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.

(Riwayat Tarmizi).

Thursday, October 15, 2009

Biodata Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki



Lahir: Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله dilahirkan pada tanggal 1 September 1960M di sebuah desa yang bernama Harus di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Anak ketiga dari tujuh bersaudara. Lahir dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri (meninggal dunia pada 1984) adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Pendidikan: Beliau belajar membaca la-Quran dari nenek beliau, ibu saudara beliau (Rokiah dan Zainab) dan kakak beliau (Ruminah). Manakala perdidikan formal beliau dapati di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di Pondok Pesantren Normal Islam – Rasyidiah Khalidiah - . Pengajian beliau disini tidak lama seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah dan menetap disana.

Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di Madrasah Shaulathiah al-Hindiyah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di Madrasah Shaulathiah. Di samping belajar, beliau juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajak beliau untuk menemaninya ke Madinah bagi menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sewaktu menceritakan pada abuzahrah perihal Tuan Guru yang dikasihinya ini … beliau kelihatan sebak dan matanya kemerahan menahan sedih.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Pernah beliau berkata kepada abuzahrah, apa yang beliau nikmati kini adalah hasil dari keberkatan doa para masyaikh yang beliau telah berkhidmat kepada mereka. Dan kini beliau dapati pula apa yang pernah beliau berikan kepada para guru beliau dahulu.

Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfanani, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”.

Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanadnya hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990. Menurut beliau, perpindahan ke Mesir ini adalah kerana beliau dan beberapa orang lagi telah dihalang untuk mengajar pengajian di Masjidilharam kerana ketiadaan tauliah. Dan sekiranya mereka berkeras, maka mereka akan di tangkap oleh pihak berkuasa Saudi. Maka pada ketika itulah guru beliau menyarankan beliau untuk ke Mesir, belajar dan mengajar.

DiAntara guru-gurunya ketika belajar di Mekah adalah adalah:-

Syaikhul ‘Ulama al-‘Allamah asy-Syaikh Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin ‘Abd al-Wahid al-Masyath رحمه الله (wafat pada hari Rabu, 7 Syawal 1399H) – Syaikh Nuruddin mengambil dari beliau secara wijadah dan munawalah kebanyakkan karangan beliau seperti Is’aaf ahl al-Iman, Is’aaf ahl Islam, Inarah ad-Duja fi Maghazi Khair al-Wara’, Tuhfah al-Sunniyah fi Ilm al-Faraid’, Nasaih Diniyyah wa Wasaya Hamah’ dan lain-lain. Syaikh Nuruddin juga sering menghadiri perhimpunan di dalam majlis-majlis yang diadakan di Ja’ranah, ‘Arafah, Tan’im dan Madinah. Syaikh Nuruddin menceritakan bahwa beliau sering bersama gurunya al-‘Allamah Syaikh Ismail Utsman Zain berziarah ke rumah al-‘Allamah Syaikh Hasan Masyath pada petang setiap hari Khamis. Mereka akan bersholat Maghrib bersama ulama tersohor ini dan tidak akan pulang melainkan setelah mendapat doa dan nasihat dari al-‘Allamah Syaikh Hasan Masyath. Dari Syaikh inilah beliau mendapat nasihat dan wasiat untuk sentiasa mengamalkan Sholawat Masyisiah.

Al-Faqih ad-Darakah al-‘Allamah al-Jalil asy-Syaikh Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله (wafat 20 Dhulhijjah 1414H) – Syaikh yang banyak mendidik dan mencorak Syaikh Nuruddin. Antara kitab yang dibacakan pada ulama besar ini adalah Umdah as-Salik. Beliau juga meriwayatkan kitab Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidhi, Sunan Nasai, Sunan Ibn Majah dan lain-lain

Al-‘Allamah al-Jalil, al-Faqih al-Fahhamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Said bin Muhammad Ubadi al-Lahji رحمه الله (wafat di hospital an-Nur, Mekah, jam 10.50 hari Sabtu, 1410H) – dari ulama besar berasal dari Yaman ini, beliau belajar kitab Tafsir Ibn Katsir, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, al-Minhaj, Bulughul Maram, Matan Abu Syuja’, al-Idhoh, al-Qawaid al-Asasiyah dan lain-lain. Telah menjadi kebiasaan Syaikh ’Abdullah Said al-Lahji, selepas selesai pengajian akan bergaul dan beramah mesra dengan murid-muridnya. Beliau akan menceritakan kepada mereka kisah-kisah lucu dan hikayat-hikayat lama yang mana iainya memberi kesan besar ke dalam jiwa murid-murid beliau dan mereka yang mengasihi beliau.

Syaikhul Hadits wa Musnidud Dunya al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله (wafat 28 Dhulqaedah 1410H) – Syaikh Nuruddin mengambil daripada beliau secara riwayat, ijazah dan wijadah dari kebanyakkan karangan, tsabat dan musalsal beliau.

Menabur jasa dan menyandang gelaran ‘Azharus Tsani’. Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat Universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di Masjid Jami’ al Fath di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.

Menghasilkan Karya Ilmiyah. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

Majlis pengajian beliau di Malaysia: Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.

Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau.

Walaupun beliau sudah kembali ke Indonesia, namun sehingga kini majlis pengajian yang dipimpin beliau masih aktif di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pahang dan lain-lain. Dan beliau juga mengadakan daurah tahunan di Malaysia. Beliau juga di jemput untuk mengadakan majlis pengajian di Kalimantan dan Singapura.

Membuka pesantrennya sendiri. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah, akhirnya beliau pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau mengasaskan Ma’had az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Nama pesantren ini adalah mengambil sempena nama guru kesayangan beliau al-Faqih ad-Darakah al-‘Allamah al-Jalil asy-Syaikh Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله. Konsep pesantren beliau adalah “اجتماع القديم الصالح والحديث النافع” yang bermaksud menghimpunkan ilmu-ilmu dulu yang benar (yang berkat) dan ilmu-ilmu baru yang bermanfaat. Disinilah beliau menetap bersama-sama keluarganya sehingga kini. Dan di pesantren inilah beliau mendidik mencurahkan ilmunya dan mendidik bakal-bakal ulama muda untuk meneruskan kesinambungan ilmu yang berteraskan kepada sistem pengajian bersanad.

Diantara Keistimewaan beliau

* Yang pertama dan utama adalah beliau istiqamah dan tekun serta gigih dalam apa jua yang dikerjakannya, terutamanya didalam menuntut ilmu. Sehinggakan walaupun beliau sudah terkenal ‘alim, namun beliau masih mencatit ilmu atau maklumat baru yang beliau pelajari atau dengari dari ulama-ulama lain. Ini telah beberapa kali abuzahrah saksikan sendiri, seperti ketika rauhah Habib Umar sewaktu Multaqa Ulama di Bogor juga di dalam beberpa majlis yang beliau hadiri.
* Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu dan tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar.
* Dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat memberi kesan sekali kepada para hadirin.
* Sangat menekankan adab-adab ketika belajar kepada murid-murid beliau, yang mana agak sukar didapati sekarang ini guru yang tegas di dalam adab belajar. Bahkan abuzahrah menyaksikan sendiri adab-adab yang beliau tekankan itu dipraktikkan oleh beliau tatkala beliau bertalaqqi atau berada di dalam majlis ilmu yang dipimpin ulama lain.
* Beliau akan duduk iftirasy atau tawarruq ketika mengajar walaupun berjam-jam lamanya dan beliau tidak pernah duduk bersila ketika mengajar. Beliau pernah katakan pada abuzahrah, insyaallah ana tidak anak mengangkat atau meninggikan kaki di hadapan orang lain, melainkan ketika makan kerana mengikut akan sunnah.


Bergambar bersama sebahagian peserta Daurah Tafaqquh Fiddin -1 di Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Sik, Kedah pada tahun 2007


Irsyadat al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nurruddin: (Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)

* Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan Adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
* Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
* Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
* Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
* Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
* Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
* Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
* Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
* Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
* Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

SUMBER: http://al-fanshuri-kenaliulama.blogspot.com/

Bahaya Riba




Firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah 278-279;

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Thursday, October 8, 2009

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT





" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59

Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

anda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

sumber zaharuddin.net

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT




KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Tuesday, September 1, 2009

SENANGKANLAH HATIMU*


SENANGKANLAH HATIMU*



"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan. Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dan suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak adajalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.

Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia. Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya. Kalau sekiranya engkau tak kuasa jadi dermawan, itu pun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian mesti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya. Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu, segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-rnulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan, dan kalau kalah tidak begitu terasa, Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang. Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celanya kapada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah. Ingatlah! Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah temyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan. Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah fernyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, iaiiu kesihatan dan kesakitan.
Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia, ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkanlah hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang terang benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihat-Nya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya matamu sehinggajadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam: "Adalah” sehingga dia pun "Ada". Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacatmu, tak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, di hadapanmu ada puncak bukit kemuliaan orang yang masyhur itu berdiri di atas masyarakat, dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yang kecil-kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tak didapat oleh yang bibimya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam ombak ilham.


Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu. Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senang-kanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah**. Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkanlah hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan. Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa 'sial -dangkal', maka senangkan juga hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.



Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belaskasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusimya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri. Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!
Merasa tenteramlah!


“Tasawuf Moden” oleh Allahyarham Prof. HAMKA.